CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gadis Koma Sebelum Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Bernada Tinggi?

27-12-2017 04:46 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4660| Komen: 17|Original author: Oleh: Amiey


Aktiviti karaoke memang menjadi kegemaran dan kebiasaan ramai terutama bagi mereka yang mahu melepaskan tekanan atau mahu meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan untuk mengeratkan lagi hubungan.




Namun malang bagi model berusia 28 tahun yang berasal dari Singapura ini apabila koma selama 3 hari sebelum meninggal dunia akibat menyanyi lagu bernada tinggi ketika berkaraoke bersama rakan-rakannya. 

Gadis yang dikenali sebagai Karen Stella Wong adalah model terkenal terutama sekali di pameran kereta.


Dia yang ke pusat karaoke yang terletak di Neil Road pada 12 Disember lalu, tiba-tiba mengalami sakit kepala yang teruk kemudian turut mengadu kebas pada sebelah badannya.

Menyedari keadaannya, dia dikejarkan ke hospital oleh rakannya dan kemudiannya koma. Keadaan tersebut berlanjutan selama tiga hari sebelum doktor mengesahkan Karen meninggal dunia pada 15 Disember. 

Menurut bapanya, doktor mengumumkan punca kematian adalah disebabkan oleh pendarahan dalaman yang teruk pada serebrum satu-satunya anak perempuannya itu. 


Ibunya juga meluahkan perasaan sedih akibat kehilangan anaknya itu dilaman Facebook miliknya pada 21 Disember lalu:

"Sekiranya saya dapat mendengar suara dan senyuman manisnya, itu adalah permintaan terbesar saya pada hari Natal ini.."

Rakan-rakannya turut sedih dengan pemergian Karen dan menganggap dia seorang yang mempunyai personaliti yang manis dan menyenangkan. 

Bagi mereka yang suka berkaraoke, hati-hatilah dalam memilih lagu yang bernada tinggi dan cepat-cepat rujuk kepada doktor sekiranya mengalami simptom-simptom seperti pening kepala dan kebas. - CARI 

8

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
23

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 27-12-2017 05:35 PM
Mcm kene stroke aje symptomnya
Quote MyNameIsIris 27-12-2017 05:41 PM
ari tu i pergi karok dengan rakan-rakan
i bantai lagu slammmmm je
memang sakit bahagian kepala
hambekk zamani punya suara tinggiiiiii
Quote CiliPadiSedap 27-12-2017 06:05 PM
tu lah suara tak boleh tinggi jangan nak tinggi nanti jadi macam katak usaha besarkan badan dia sampai gelembung jadi ikan buntal2
Quote abangadek 27-12-2017 06:14 PM
sesia je kau mati dek
Quote Jorja 27-12-2017 06:27 PM
Yang I baca pula doc nafikan kata bukan mati pasal karaoke lah. Ada pdarahan dlm kepala..mendiang slu sakit kepala tapi daddy dia kata tak tfikir nak scan anggap sakit biasa aja
Quote jazaa100 27-12-2017 06:31 PM
tak semua org blh jadi ziana zain....
Quote yangsemb 27-12-2017 06:48 PM
Kena brain aneurysm ke {:question
Quote moonbug 27-12-2017 08:30 PM
Kes aneurysm?

Quote ohnoLia 27-12-2017 08:32 PM
Who knows akibatnya prolongue nyanyi nada tinggi.. over times .dia bg akibat ke kepala?...

So jgn berhati2 dgn headtone...whistling tu semua....
Quote Greenbutterfly 27-12-2017 11:53 PM
Cantik mendiang..tp betul ke nyanyi nada tinggi blh bwk maut?fobia pulak nk g karaoke..
Quote lumie 27-12-2017 11:57 PM
Aneurysm tu ape? Mode mls nk google. Tolong suap{:give
Quote devilito2 28-12-2017 07:58 AM
Takziah....
Quote haryatie 28-12-2017 08:20 AM
cantiknyaaa..
cpt pulak ajalnya..
Quote botol_purple 29-12-2017 01:06 PM
Ajal dh sampai..  
Quote madam.com 29-12-2017 04:33 PM
ye laa.. misti dia sebenarnyer ada penyakit ni.. cam nih nyanyi lagu anak itik tokwi je la
Quote ninjago 29-12-2017 04:36 PM
or in other words, nak ckp dia mati sebab over meneran masa menyanyi sampai urat putus?
Quote hudalarva 31-12-2017 01:37 PM
Melalak sampai berdarah otak? Macam dah lama jer problem tu... cuma worsened by times... nak2 pulak kena lepas karok

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.068240 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top