Dah menjadi kebiasaan tak sempat nak tutup lampu atau televisyen sebelum tidur. Tak kurang juga yang sudah menjadi tabiat dari kecil tidak boleh tidur dalam gelap. Takut mungkin, atau memang sukar melelapkan mata jika berada dalam gelap.
Tahukah anda, tidur dengan lampu menyala akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan seperti tekanan dan kanser. Malah, tidur juga akan menjadi lebih kerap terganggu. Ia membuatkan jam biologi tubuh mudah terganggu, seperti kita bereaksi untuk terjaga apabila cuaca mulai pagi dan kembali tidur apabila cuaca kembali gelap. Ibaratnya tiada siang dan malam, kerana tubuh hanya tertumpu pada cahaya lampu yang dipasang setiap hari.
Chronobiology International turut melakukan kajian bahawa cahaya dari lampu ketika tidur menyebabkan kanser payudara. Selain itu, ia juga mendorong kepada perubahan emosi dan menyebabkan tekanan. Kalau salah gaya, boleh terkena penyakit darah tinggi. Awas juga kepada pekerja yang melakukan kerja shif malam. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada cahaya yang menyebabkan mudah mengalami obesiti dan menyebabkan gangguan menstruasi. Maka, sebaiknya tidur dengan lampu yang ditutup. Tutup televisyen dan skrin komputer juga. Kalau takut juga, cuba guna lampu malap dan diletakkan di sudut bilik atau rumah. Semoga info ini bermanfaat buat anda. - CARI
|
5
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SecretLuv replied at 4-1-2018 01:53 PM
Aku tidur dengan lampu led tapi aku hadang lampu tu dengan kotak supaya cahaya tak terang sangat. La ...
ADVERTISEMENT