CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipukul Suami Sampai Mati Kerana Disangka Curang

15-1-2018 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2653| Komen: 14

Description: Gara-gara syak wasangka, wanita maut dipukul suami di Matang, Taiping, Khamis lalu, lapor Bernama.
Gara-gara syak wasangka, wanita maut dipukul suami di Matang, Taiping, Khamis lalu, lapor Bernama.

Noor Waheedah Abd Wahid, 38, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kira-kira jam 9.30 malam Sabtu, kata Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib dalam satu kenyataan pada Ahad.


"Kejadian dipercayai berlaku pada jam 11 malam, Khamis. Keesokannya, kira-kira 9.15 pagi, seorang pekerja buruh lelaki berusia 40 tahun datang ke Balai Polis Kuala Sepetang membuat laporan memberitahu dia telah memukul isterinya.

"Isterinya cedera, lalu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB selepas disyaki mengalami pendarahan dalam otak," katanya.



Sementara itu, hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa disebabkan trauma tumpul.

Tambah Mohamad Taib, suspek ditahan dan direman tiga hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan.

"Polis akan memohon lanjutan tempoh reman ke atas suami mangsa esok (Isnin) untuk siasatan lanjut kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Punca kejadian, suami mengesyaki isteri ada hubungan rapat dengan lelaki lain," katanya.

Pasangan berkenaan memiliki empat cahaya mata berusia lima hingga 15 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 15-1-2018 01:23 PM
kalau benar selingkuh cash la kau dekk
Quote budaktua 15-1-2018 01:27 PM
.... disebabkan trauma tumpul.



trauma tumpul tu mende..?
Quote shiedafaizal 15-1-2018 01:30 PM
mcm mcm hal la ni
Quote lostfaith 15-1-2018 02:00 PM
Yg benar laki dia pukul mati bini. Yg tak tahu benar ke tidak isteri dituduh curang. Kesian arwah isterinya. Diburuk burukkan. Kisah sebenar belum tahu. Yg pasti dia pun tak boleh mempertahankan diri dia lagi. Tak habis habis dihighlight curang. Padahal jantan tak guna. Hampas sehampasnya.
Quote Jorja 15-1-2018 02:11 PM
Mesti arwah kena pukul kt kepala ni kan tu yg pengsan n meninggal. bini dah tak ada, laki masuk jail. Tak pasal pasal anak anak n saudara yg jadi mangsa
Quote samasam90 15-1-2018 02:12 PM
harap kau gila meroyan la.. sayang bini khuenssss
Quote mieymiey 15-1-2018 02:13 PM
Kesian kat anak-anak
Quote batu kikir 15-1-2018 02:14 PM
Lelaki kalau cemburu mengalah berok mat yeh.....seburok burok perangai. Tapi kalau dia sendiri curang.....pijak semut pun tak mati
Quote mnh_2004_mnh 15-1-2018 02:15 PM
kesiannya anak-anak. paling kecil umur 5 tahun..huhuhu
Quote delsmomm 15-1-2018 02:15 PM
dahsyat nya kena pukul sampai mati...

kenapa lelaki tergamak buat mcm tu pada isteri..

kalau curang skali pon, apa hal nak pukul smpai mati oiii....
Quote minguk 15-1-2018 02:34 PM
takziah...
Quote yangsemb 15-1-2018 03:04 PM
Takziah diucapkan..
Quote duri_durians 15-1-2018 03:30 PM
budaktua replied at 15-1-2018 01:27 PM
.... disebabkan trauma tumpul.

dipukul dengan objek tumpul. kalau pisau dia akan refer objek tajam.
ni boleh jadi penumbuk ke atau apa2 objek keras yg tidak tajam.


"blunt object"



Quote notsospecial007 15-1-2018 03:34 PM
niat xmenghalalkan cara

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057829 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top