Ratu dan raja selfie sekalian. Pasti teruja dan mahu ke sini!
Muzium yang khusus menampilkan koleksi gambar-gambar selfie ini hanya akan dibuka dari 17 Februari sehingga 17 April 2018. Apa agaknya yang 'dihidangkan' di muzium ini ya? Pelik juga, dan pasti ramai yang ingin tahu.
Di dalam muzium ini, bakal menampilkan seni, budaya dan ilmu yang mengetengahkan tentang kehebatan diri sendiri. Pengasas muzium ini Honton menjelaskan bahawa satu koleksi yang paling istimewa bakal dipamerkan di muzium ini kelak ialah tentang kerusi singgahsana yang diperbuat daripada monopod.
Lebih menarik, kerusi ini telah didaftarkan di dalam Book of World Record.
Beliau menambah lagi, ada juga ruang yang didedikasikan untuk menceritakan tentang sejarah melukis diri sendiri yang telah bermula sejak 40000 tahun lalu. Ternyata Honton bukan sahaja mengetengahkan tema hiburan di dalam muzium ini, tetapi beliau juga mahu mendidik para pengunjung tentang kesan-kesan negatif apabila kita terlalu taksub berselfie. Ada juga ruang pameran khas yang mempamerkan gambar atau karikatur mereka-mereka yang meninggal atau kecelakaan ketika sedang melakukan selfie. Tiket The Museum of Selfies akan dijual dengan harga 25 dollar AS. Bagi sesiapa yang berpeluang untuk travel ke US Februari ini jangan lupa untuk singgah muzium ini nanti. - CARI |
11
Bagus |
11
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
16
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT