Katanya, antara negara tercantik di dunia - New Zealand menjadi dambaan ramai kaki jalan yang sekurang-kurangnya mahu sampai ke sana walau sekali seumur hidup. Jadi, nak meneroka tempat Hobbit serta pemandangan indah, anda haruslah memandu, barulah boleh menikmati percutian sepuas-puasnya. Nak memandu di tempat orang pula, haruslah tahu ‘adab’nya. Di sini ada 10 tip memandu di New Zealand yang harus anda ikuti. 1. Plan itinerary Sebelum merancang untuk memandu di New Zealand, anda perlu sediakan ‘checklist’ dulu jadual dan juga laluan pemanduan. Dari situ, baru anda tahu berapa hari nak sewa kereta, berapa jauh perjalanan dan berapa hari nak naik kenderaan awam.
2. Sewa kereta dari syarikat yang dipercayai Penggunaan GPS memang penting untuk membawa kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Selalunya anda boleh sewa juga GPS sekali dengan kereta. Atau pun untuk yang mempunyai roaming data Internet anda pakai saja Google Maps. Sewa GPS bermula pada harga $5 sehari. 5. Lesen memandu Terima kasih Malaysia di atas format baru lesen memandu yang diterima di New Zealand. Ini adalah kerana dwi-bahasa yang terdapat pada lesen memandu terbaharu kita diterima di sana. Mudah kan? Untuk yang belum perbaharui kepada lesen baharu, anda boleh lakukan sedemikian di mana-mana cawangan JPJ di seluruh Malaysia. 6. Jalan sama macam Malaysia Buat rakyat Malaysia, ini satu lagi kelebihan untuk kita yang ingin memandu di New Zealand. Jalanraya di sana sama je coraknya seperti jalan di Malaysia. Jarang ada lubang-lubang mengejut yang berbahaya. Pemanduan mereka juga sama macam kita iaitu di sebelah kanan. Itu yang best! 7. Memandu ikut had laju Bila dah dapat kereta tu, selalunya anda akan diberikan minyak yang penuh. Macamana anda dapat begitu, jadi pulangkan pun kena macam tu juga. Keadaan kereta selalunya memang elok. Disarankan supaya anda memandu ikut had laju yang ditetapkan. Kamera ada di mana-mana. Jadi, ingat, sepanjang di sana, jaga had laju ya. 8. Maklumat parkir terperinci Kalau di New Zealand, kebanyakkan tempat kecuali di bandar, memang parkirnya PERCUMA. Contoh kalau di Dunedin, anda boleh cari kotak parkir dan bayar sahaja di parking coin acceptor, ambil resit dan letakkan di dashboard kereta. 9. Haiwan berkeliaran Kebanyakkan tempat yang memerlukan anda memandu sendiri lazimnya terletak di luar bandar. Di New Zealand pula, ianya lebih kepada biri-biri, arnab, possum, kucing ataupun landak. Jadi, perlu lebih berhati-hati sekiranya memandu di kawasan-kawasan begini. Takut-takut ada yang melintas, terkejut. 10. Memandu secara berhemah Apa-apa pun, anda yang merancang untuk memandu di Australia ataupun di New Zealand harus berhati-hati, patuhi setiap undang-undang jalanraya dan berhenti jika mengantuk. Beri laluan dengan aktifkan signal anda (ke sebelah kiri) jika memandu secara perlahan. Tak perlu laju-laju, tak lari destinasi dikejar, yang penting utamakan keselamatan. Selamat memandu! - CARI Kredit : Travelkemana
|
16
Bagus |
17
Marah |
15
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 6-2-2018 12:39 PM
Rules yang sama bila rasa nak memandu diluar negara
Peterpan17 replied at 6-2-2018 01:06 PM
Aku nak ke New Zealand lg Art bulan 4 ni. Kali ke 3 punya trip. Mmg berhantu NZ ni
Artemesiaa replied at 6-2-2018 01:19 PM
Dah kesana 3rd Qtr last year tahun ni berkelana ke lain pulak dulu. Beku balik layan snowboard bu ...
Peterpan17 replied at 6-2-2018 01:24 PM
Ko bukan dok KL ke Art?? Aku dpt panggilan haji tahun ni. So lepas NZ trip, dok diam2 kat rumah. N ...
pokokbunga replied at 7-2-2018 02:40 PM
tingin nak gi NZ, nak plan pegi dec tahun ni, kalau dlm 2 minggu , korang suggest gi North or South ...
pokokbunga replied at 7-2-2018 02:40 PM
tingin nak gi NZ, nak plan pegi dec tahun ni, kalau dlm 2 minggu , korang suggest gi North or South ...
ADVERTISEMENT