CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Jadilah Mata Dan Telinga Kebaikan

5-2-2018 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3242| Komen: 1

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar tingkatan 3 yang nekad membunuh diri selepas malu dituduh mencuri telefon oleh gurunya. Begitu juga dengan kematian seorang kanak-kanak perempuan darjah 3 akibat didera oleh bapa kandungnya. 


Lihatlah bagaimana dua tindakan orang dewasa yang memberi kesan sangat tragis dan kejam. Siapa kata mental remaja kurang stabil? Bagaimana pula dengan mental orang dewasa? Ditambah lagi bila dia menjadi pihak yang berautoriti, maka dia berani memperlakukan sekehendak hatinya terhadap pihak yang lemah seperti anak murid dan anak sendiri.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai isu tersebut. Cuma saya ingin mengajak kita bersama-sama fikirkan solusi bagaimana mengendali orang dewasa panas baran atau berlagak ‘gangster’ di kalangan keluarga dan rakan-rakan kita. 


Jika ahli atau rakan sekerja bertindak membabi-buta, tindakan kita sepatutnya begini:
1. Usah menjirus minyak dalam api atau  batu api
Cubalah bersikap neutral dan jangan menyebelahi mana-mana pihak. Cuba tenangkan dia dan elakkan dia melakukan perkara yang di luar kawalan. Cuba bantu selesaikan hal atau masalah dengan cara berhemah.

2. Pujuk supaya bertenang
Pujuk pasangan atau rakan kita itu supaya bertenang. Jika dia marah sebab kehilangan sesuatu, minta dia bertenang dan fikirkan semula di mana lokasi terakhir dia berada sebelum dia sedar barang tersebut telah hilang. Usah membuat satu kesimpulan yang salah.

3. Ada bukti baru percaya
Tanpa ada bukti kukuh, usah percaya membuta-tuli cerita atau tuduhan liar sesiapa pun. Usah terlibat dengan membentuk kumpulan untuk membuli orang yang dituduh. Jika dia ingin berkonfrantasi dengan orang itu, anda perhatikan saja dan jangan cuba memburukkan keadaan. Jika dia bertindak melampau, anda kena hentikan.

4. Biar gaduh sekarang jangan menyesal kemudian
Tindakan anda yang tidak ‘sebulu’ dengannya mungkin akan mengundang rasa kurang senang atau kecil hati. Biarlah anda berselisih pendapat dengannya sekarang sebelum nasi menjadi bubur. 


5. Buat siasatan sendiri
Jika anda dapati cara dia tidak betul, cubalah buat siasatan sendiri. Semakin cepat anda dapatkan bukti semakin kuat anda boleh menegahnya daripada melakukan tindakan yang melampau.

6. Segera jauhkan mangsa daripada bahaya
Jika anda dapati mangsa pernah didera atau dianiaya sebelum ini, segera bertindak dengan menjauhkan mangsa daripada sebarang bahaya atau punca masalah. Membiarkan sahaja mangsa menghadapi bahaya setiap hari adalah tindakan yang tidak wajar dan sama kejam.

7. Jauhkan budaya buli dan gangsterisme 
Tindakan mengugut atau menakut-nakut seseorang adalah satu budaya gangterisme. Sebagai orang yang berautoriti bukan itu cara yang patut dilakukan. Sebagai orang yang terhampir, anda sepatutnya mencegah perkara ini daripada berlaku bukannya ‘join the club’.

8. Hormati hak orang lain
Hormatilah sesiapa sahaja tidak kira kecil atau muda. Anak kecil yang anda pandang hina itu sebenarnya adalah harapan buat orang tuanya dan pembela negara pada masa depan. Didiklah diri kita sendiri dengan sifat kemanusiaan yang tinggi. Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja yang sanggup menganiaya dan menghina orang lain. Tanamlah rasa malu pada diri sendiri.


9. Nyawa lebih berharga daripada harta benda
Seringkali ada sahaja manusia yang lebih menghargai ‘gelas kaca’ berbanding nyawa anak sendiri atau orang lain. Saat gelas kaca itu pecah, marahnya bukan main. Habis semua dimaki hamun dan dipukul seolah-olah gelas kaca itu mampu mendoakan kesejahteraannya di dalam kubur nanti. Letaklah akal di tempatnya bukan di kepala lutut. Jadi, jika anda ada pasangan atau rakan begini, cepat-cepat nasihatkan dia agar insaf dan beristighfar.

10. Letaklah kasih sayang sesama manusia itu sebagai yang teratas
Jika anda ada sifat kasih, anda akan jadi manusia penyayang. Sedangkan ALLAH itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Layakkah kita yang hanya sekadar hamba yang menumpang hidup sementara ini bersifat kejam ke atas sesama manusia tidak kira sama ada dia pencuri, pengemis atau penagih sekalipun. Malu ya kalau orang ini mengaku dia manusia. 

Maaf sekira perkongsian saya ini tidak anda gemari. Tapi itulah yang lahir dari dalam hati saya yang kerap bersedih melihat kezaliman manusia. Tidak perlu meneropong Zionis, di sekeliling kita pun tak kurang lagaknya.  

Moga anak-anak kita dijauhkan daripada manusia sebegini dan diberikan kekuatan mental dan fikizal untuk menghadapi sebarang dugaan. Jumpa lagi.

Liza Ali
Facebook: Liza Ali
www.123mamanet.com
28

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
25

Sedih
26

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 5-2-2018 11:57 AM
some people prefer to use their fingers to judge others
while others prefer to use their mind to do the thinking...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.100430 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top