CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pergh! Ajai Buka Restoran Asam Pedas, Resipi Asli Dari Muar Ni..

8-2-2018 12:06 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 7545| Komen: 21|Original author: Oleh: Faizal

Kini ramai artis dan juga penghibur tanah air yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Terkini, penggubah lagu terkenal Ajai telah membuka restoran asam pedas di Taman OUG Parklane, Kuala Lumpur.

Sumber: (themalaymailonline.com)


Dengan nama restoran Asam Pedas Hirup, sudah pasti para penggemar asam pedas teruja untuk mencuba pelbagai jenis ikan dan ayam yang dimasak asam pedas dengan resepi istimewa dari Muar ini.

Sumber: (themalaymailonline.com)

Memetik Mail Online, Ajai berkata, menu asam pedas istimewa yang ada direstorannya merupakan resepi tradisi yang telah beliau sendiri warisi dari ibunya dan juga arwah kakaknya. 

Yang paling menarik di restoran ini ialah Ajai sendiri yang akan memasak untuk pelanggan yang datang. Bagi sesiapa yang nak merasa air tangan artis boleh la singgah di restoran ini ya.

Sumber: (themalaymailonline.com)

Antara menu asam pedas yang terdapat di restran ini dan menjadi 'killer' ialah asam pedas ikan kembung, asam pedas ikan merah dan asam pedas ayam. Dan selain asam pedas, ada satu menu tambahan iaitu nasi ayam raja.

Sumber: (themalaymailonline.com)

Bercerita tentang penyediaan bahan-bahan untuk operasi restorannya, Ajai menjelaskan bahawa semua bahan mentah termasuk ayam dan ikan dibelinya sendiri setiap hari isnin di Pasar Borong Selayang bagi memastikan kualiti terjamin serta memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Kebanyakan pelanggan sangat berpuas hati dengan makanan yang ada di restorannya. Untuk pengatahuan anda, hidangan yang dijual di restoran ini adalah dihidang secara set.

Sumber: (themalaymailonline.com)

Harga set A iaitu nasi dengan ikan merah, telur dan sayur berharga RM20. Manakala set B pula nasi, ikan pari, telur serta sayur bernilai RM15.

Untuk set C: nasi putih, ikan kembung, telur dan sayur RM12. Bagi set D, nasi putih, ayam, telur dengan sayur, juga RM12.

Harga bagi hidangan bukan set: asam pedas ikan merah RM30 (kepala), ikan merah (sepotong) RM15, ikan pari RM10 dan ayam RM7.

Juadah lain di restoran ini termasuklah nasi ayam raja, sup ikan merah, nasi goreng mualaf dan roti Benggali.

Roti Benggali dengan asam pedas ikan merah berharga RM17, dengan asam pedas pari (RM12) dan dengan asam pedas ayam (RM8).

Sumber: (themalaymailonline.com)

Bagi anda yang hendak ke mari, restoran ini terletak berdekatan dengan restoran nasi kandar D'Tanjong dan juga berdekatan dengan Pangsapuri Parklane. - CARI

10

Bagus
17

Marah
22

Terkejut
21

Sedih
13

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 8-2-2018 12:12 PM
Roti benggali? Yummy..
Quote pearl.silver 8-2-2018 12:20 PM
Sebelum ni dia buka kt penang kan?
Quote iwan007 8-2-2018 01:40 PM
Mahal ok utk portion mcm tu
Quote chikumanis 8-2-2018 04:24 PM
kalo tak sedap, kita komplen, kena kecam tak? sbb kebanyakkan artis ni suka claim dia masak sedap...
Quote Oroi8887 8-2-2018 04:32 PM
Mcm mhl juga la
Quote Iema5008 8-2-2018 05:47 PM
Agak mahal harga bgitu.... tp apapun smoga sukses dn xda viral2 harga cekik drah nnt
Quote airisa 8-2-2018 06:01 PM
pergi pasar borong seminggu sekali je ke ajai?? kalau gitu, kita gi makan situ hari selasa je la .. ikan & ayam masih fresh.
Quote syue86 8-2-2018 06:29 PM
sedih tgk telur dadah itu
Quote whitePoison 8-2-2018 06:34 PM
muar memang sedap asam pedas dan mee bandung..
Quote wadiunong 8-2-2018 07:02 PM
Tak laku kat penang, bukak pulak kt KL ye Ajai. Dulu2 ada gossip psl ni kat bod gossip
Quote awanearisu 8-2-2018 10:37 PM
Ajai kalau kreatif sedikit buatlah telur dadar bergulung atau kirai.
Quote RatuDunia94 9-2-2018 12:11 AM
wadiunong replied at 8-2-2018 07:02 PM
Tak laku kat penang, bukak pulak kt KL ye Ajai. Dulu2 ada gossip psl ni kat bod gossip

Yer forumer tu ckp heols ada skandal kt penang. After dh putus restoran pon bungkus pindah kl..
Quote jazaa100 9-2-2018 12:46 AM
iwan007 replied at 8-2-2018 01:40 PM
Mahal ok utk portion mcm tu

Kann....

Aku pun rasa mahal sikit...

Quote adel7 9-2-2018 02:51 AM
Mcm biasa je. Sedap lagi asam pedas hjh mona
Quote de_ikea 9-2-2018 07:27 AM
Dulu asam pedas hirup jugak yg bungkus kt penang tu kan. Semoga business maju jaya kt sini.
Quote wadiunong 9-2-2018 08:58 AM
RatuDunia94 replied at 9-2-2018 12:11 AM
Yer forumer tu ckp heols ada skandal kt penang. After dh putus restoran pon bungkus pindah kl..

kannn... forever womanizer dia ni
Quote Pygmalion 9-2-2018 10:18 AM
mahal nya hga
Quote beeeee 9-2-2018 12:26 PM
chikumanis replied at 8-2-2018 04:24 PM
kalo tak sedap, kita komplen, kena kecam tak? sbb kebanyakkan artis ni suka claim dia masak sedap...

serupa jjcm semua org percaya sedap jilat jari. Bila try sendiri choiiii sgt!!
Quote kimchipedas 9-2-2018 02:44 PM
Adik aku try dulu masa kat penang dia ckp rasa bole la xla mengancam sgt.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.110024 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top