Macam biasa, perayaan Tahun Baru Cina tahun ini disambut meriah di sekitar Malaysia. Tahun ini merupakan tahun anjing yang semestinya boleh mendatangkan keuntungan kepada sesiapa berusaha mengejar ke arahnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti akan terdedah dengan pelbagai kepercayaan dan tradisi yang dianggap pelik yang diamalkan oleh masyarakat Cina tempatan. Mari kita lihat, apakah amalan masyarakat Cina Malaysia untuk menarik "ong".
1. Jauhi buku Rakyat malaysia kebanyakannya malas membaca, jadi ini adalah satu berita baik untuk anda. Tetapi kepada yang menggemarkan buku sebagai aktiviti mengisi masa lapang, anda patut menjauhinya seketika.
Masyarakat Cina percaya bahawa perkataan "Shu" atau buku dalam bahasa Kantonis sama bunyinya dengan "kalah" dan semestinya anda tidak mahu sesuatu kekalahan mencemarkan nasib baik anda tahun ini kan? 2. Membela ikan di rumah Selalu kalau kita pergi ke kedai rakan-rakan Cina kita, pasti kita akan ternampak mereka membela ikan seperti 'flowerhorn' seekor dalam satu akuarium besar ditengah-tengah rumah. Ada juga yang membela ikan koi dalam kolam di luar rumah sebanyak beberapa ekor sebagai hiasan taman, tetapi mengapa? Selain mempercayai 'Feng Shui', mereka juga mempercayai sekiranya mereka membela ikan di rumah akan mendapat nasib baik! Ini kerana peribahasa Cina ada menyebut “年年有余” (nian nian you yu) yang mempunyai maksud lebih kurang, "mempunyai lebihan setiap tahun". Selain itu, perkataan "yu" di situ bunyi sama seperti perkataan Cina lain bermaksud 'ikan'. Nampak logiknya mereka membela ikan? 3. Pecahkan telur merah atas kepala orang lain Aduh, sakit betul nak dapat nasib baik ni. Pada masyarakat Hokkien di Malaysia, ramai percaya bahawa telur merah membawa simbol kepada perkembangan dan lambang nasib yang baik. Jadi apa rasionalnya amalaN ini? Memecahkan telur merah di atas dahi seseorang sekali gus mengucapkan 'selamat maju jaya dan makmur sepanjang masa. Lagi kelakar kalau anda rakam dan masuk dalam Instagram lepas pecahkan telur tu. 4. Golek nanas ke dalam rumah Ye, ini adalah salah satu perkataan serupa yang membawa maksud yang positif kepada masyarakat Cina di Malaysia. Tahukah anda bahawa nanas dalam bahasa Kantonis dipanggil "Wong Lai" atau dalam bahasa Hokkien dipanggil "Ong Lai". Nampak tak dimana 'ong' di situ? Ia disifatkan sebagai memanggil nasib baik datang kepada si pelaku kerana bunyinya sama seperti 'nasib baik, datanglah' dalam basa Kantonis. 5. Bertukar hadiah Jangan terkejut sekiranya anda bertandang ke rumah jiran atau sahabat Cina, mereka akan memberi anda hadiah. Mereka percaya bahawa memberi hadiah akan membawa tuah kepada si pemberi. Jadi tidak hairanlah ramai sahaja orang ke pusat membeli belah semata-mata mencari hadiah untuk diberi kepada tetamu. Tidak kira kecil atau besar, asalkan ianya berian ia akan tetap membawa tuah. Rezeki, kongsi-kongsi. Betul tak? -CARI
|
15
Bagus |
33
Marah |
39
Terkejut |
20
Sedih |
17
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hyie replied at 20-2-2018 04:01 AM
diorang nak mula kerja first day lepas new year pon ada hari2 tertentu tau. Tahun anjing ni aku rasa ...
bulan_gerhana replied at 20-2-2018 10:42 AM
aah .. sama la cam kelig aku.. utk mula keje ade harinye.. dan dia akan siapkan 1 pasang baju baru ...
ADVERTISEMENT