CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kagum, Majikan India Hantar Bibik Indonesia Tunai Umrah

19-2-2018 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4644| Komen: 20

“Majikan saya sangat baik, beliau pernah membiayai belanja umrah saya pada Disember 2016.” 

Itulah yang dikatakan oleh wanita warga Indonesia, Sama Sokah, 49, yang bekerja sebagai pembantu rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk L Manickam.


Memetik laporan Harian Metro dia bersyukur kerana selama ini, dirinya dilayan bak keluarga majikannya sendiri. 

“Sepanjang 15 tahun menjadi pembantu rumah bagi keluarga ini, saya dilayan seperti keluarga sendiri.

“Majikan saya itu juga pernah membiayai ibadat umrah selepas saya tertangguh untuk ke Tanah Suci kerana ditipu ejen pada 2014.

“Malah Datuk mengeluarkan duit tambahan bagi memastikan hasrat saya menunaikan ibadat itu tercapai dan sanggup ke Jakarta menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Alhamdulillah, akhirnya selepas tertangguh saya dapat menunaikan umrah pada Disember 2016 dan terharu apabila beliau sanggup mengeluarkan belanja tambahan,” katanya ketika Harian Metro menemuinya di rumah Manickam di Bahau. 


Ujarnya lagi, antara kenangan tak dapat dilupakan ialah apabila majikan membantunya pulang bagi melihat kali terakhirnya pemergian ibunya yang meninggal dunia. 

“Saya sempat melihat wajah arwah ibu buat kali terakhir sebelum dikebumikan dan semua itu atas bantuan majikan sekeluarga yang membantu menguruskan perjalanan pulang saya,” katanya.

Dalam pada itu, M Indhu, 19, anak ketiga Manickam berkata, wanita itu sudah dianggap sebagai ahli keluarganya, apatah lagi dia menjaganya sejak kecil termasuk menghantar ke tadika berhampiran rumah.

Foto: Harian Metro
“Jika dia pulang bercuti ke kampung, saya akan merinduinya malah ada ketika mahu tidur saya akan menangis kerana merinduinya.

“Saya memang rapat dengannya malah gemar masakannya. Dia suka bergurau dan menasihati saya dalam banyak perkara,” katanya. - CARI 
14

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jorja 19-2-2018 12:51 AM
Jom sama sama tunai umrah bulan ramadhan nanti. Anyway time buat umrah yg lepas lepas tgh menunggu masuk waktu I pernah terdengar makcik malaya ni tanya tanya org indon mcm mana dapat kumpul duit utk tunai umrah. "Awok jual kebun ye?" Stfu ya makcik. Kurang ajar sgt soalan mcm tu. Tipikal malaya suka patronize org
Quote Burong_Hantuk 19-2-2018 02:01 AM
alhamdulillah .bagos lah
Quote Magnum8 19-2-2018 02:02 AM
Haraplah rezeki i tunai umrah dn haji muda2
Quote Changa 19-2-2018 02:13 AM
Jorja replied at 19-2-2018 12:51 AM
Jom sama sama tunai umrah bulan ramadhan nanti. Anyway time buat umrah yg lepas lepas tgh menunggu m ...

acik kepam itu ingat indon yg rakyat nya beratus juta itu semua hidup melarat gamak nya, kalau 5% rakyat nya upper middle class pun dah berapa juta.jumlah nya. bimbo sangat acik kepam itu
Quote kucen_miang 19-2-2018 02:44 AM
citer mcm ni keluar tak kat media indon?
Quote kivio 19-2-2018 06:37 AM
kucen_miang replied at 19-2-2018 02:44 AM
citer mcm ni keluar tak kat media indon?

Nan hado.
Cite maid mati aje kuar.
Quote babynina30 19-2-2018 07:30 AM
Jorja replied at 19-2-2018 12:51 AM
Jom sama sama tunai umrah bulan ramadhan nanti. Anyway time buat umrah yg lepas lepas tgh menunggu m ...

Apeke tongong soalan makcik tu?
Dia tak tengok ke set2 indon yg bwk Birkin sambil solat dlm Masjidil Haram dgn jubah warna warni mereka tu.

Tgh sae'i, mengelek handbag Chanel di sisi yach puak2 indo ni.

Quote Miming2 19-2-2018 01:25 PM
Untung lah akak nie dapat jumpa majikan yg baik hati..
Quote zafira 19-2-2018 02:09 PM
ayoyo, ini cerita sudah ada... kenapa ulang2 lagi...
Quote akusukaq 19-2-2018 03:59 PM
dah wakil rakyat nama nya .tak kan le nak tunjuk kejam mcm kasta paria atau puak jinjang tu.jauh beza latar belakang nya.
Quote Modngengade 19-2-2018 04:08 PM
jangan kau curi uang dan barang kemas india tu sudahlah ye makcik
Quote cupu 19-2-2018 04:32 PM
Mostly majikan melayu yg ramai baik..makcik aku ank 3 semua dh besar.dia ngan bibik dia je kat rmh.bini no 2 jd laki jarang ada.skali dia pergi bukak gerai jual goreng pisang ngan keropok  dpn rmh dia.kemain seronok bibik..dpt extra income..klu raya dia yg byk melaram emas.sama kepala ngan makcik aku.tp endingnya makcik aku meninggal sbb breast cancer.menangis bengkak2 mata bik ms arwah takde.skrg dh blk indon.
Quote jazaa100 19-2-2018 06:39 PM
akusukaq replied at 19-2-2018 03:59 PM
dah wakil rakyat nama nya .tak kan le nak tunjuk kejam mcm kasta paria atau puak jinjang tu.jauh bez ...

Kan....

Tu yg suruh maid nama adelina tidur dgn anjing tu paria kannn
Quote jazaa100 19-2-2018 06:44 PM
cupu replied at 19-2-2018 04:32 PM
Mostly majikan melayu yg ramai baik..makcik aku ank 3 semua dh besar.dia ngan bibik dia je kat rmh.b ...

Ala kau ni.....

Tengah seronok baca dorang berjimba, kau cite sad ending pulak....sedih aku.....

Takziah....
Quote cikampuk 19-2-2018 06:48 PM
sokong putuskan hubungan diplomatik dengan indon sokong indon  hentikan hantar tki ke malon kenape tak de cerite bibik bangladesh yang dihantar gi umroh??
Quote Artemesiaa 19-2-2018 06:50 PM
Cerita lama ni ulang siar je.  Sebab tu kalau ada satu keluarga jenis pembuli tak bolehlah labelkan semuanya pun jenis pembuli juga.  Mental ni sakit individu tu sendiri je bukan kaum atau apa agama,
Quote nooriesz 19-2-2018 06:57 PM
jazaa100 replied at 19-2-2018 06:39 PM
Kan....

Tu yg suruh maid nama adelina tidur dgn anjing tu paria kannn

laaa.. ingatkn chinese..

rezeki die dpt majikan bagus.. teringat video maid indo yg da kje 33 thn kt saudi ke dubai ntahh.. habis 1 family yg dh berranak pinak hantar maid diorg ke epott.. siap menangis pelok2 nk berpisah.. nmpk sgt diorg aggp maid tu mcm family.. iols tgk pun terharuu..
Quote pyropura 19-2-2018 08:27 PM
Berita kebaikan Malon memang tak pernah masuk media indon syok sendiri @palban @Tupax @pembisikmaut @thanawat
Quote wunan88 20-2-2018 09:00 AM
Berapa kos nk wat umrah nie yea

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.155100 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top