CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Salahkah Rindu Mak" - Sebab Pelajar Ini Berbaju Melayu Sama Setiap Hari Meruntun Jiwa

5-3-2018 03:17 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 3931| Komen: 16|Original author: Oleh: Khair

Benarlah kata orang, kasih seorang ibu tak akan dapat ditukar ganti walau dengan emas atau wang ringgit kerana sentuhannya sentiasa memberi kasih sayang kepada seorang anak tanpa syarat. 


Bahkan, ramai yang mengatakan sangat terkesan dengan pemergian ibu tercinta walaupun sudah dewasa dan berkeluarga sendiri. Begitu jugalah dengan luahan pelajar ini. 

Adam Hafis yang bertugas sebagai seorang kaunselor di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak telah berkongsi di Facebooknya (FB) sebuah kisah mengenai pelajarnya yang memakai baju Melayu sama setiap hari.



Menurut Adam, pada suatu petang dia menemui pelajar tersebut sedang menangis teresak-esak di laluan tangga yang jarang dilalui orang ramai. Naluri semula jadi sebagai seorang kaunselor membawa Adam mengajak pelajar tersebut untuk berbual di pejabatnya. 


Ketika di pejabatnya, pelajar tersebut masih kelihatan teragak-agak untuk bercerita dan kerana itu Adam memberikan pelajar tersebut sehelai kertas untuk dia melukis atau menulis sebagai cara meluahkan perasaan. 



Dalam kertas itu, pelajar tersebut menceritakan situasinya diejek rakan-rakan kerana memakai baju yang sama setiap hari. Pengkongsian Adam itu meraih perhatian ramai netizen yang turut terkesan dengan kisah pelajar berkenaan.


Foto: FB

Merasai kehilangan itu memang memeritkan terutamanya kehilangan orang yang kita sayangi seperti ibu sendiri. Jadi, janganlah 'menari' di atas kedukaan orang lain. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-3-2018 03:40 PM
Iols plak yang berairmata neh..
Quote nadna 5-3-2018 03:59 PM
Orang yang kehilangan sahaja yang akan tahu
Quote myakayina 5-3-2018 04:06 PM
mengalir jgk airmataku..
Quote prettyuglybabe 5-3-2018 04:07 PM
makcik bawang mana pulak yang kopek bawang ni..
Quote ayang79 5-3-2018 04:13 PM
sedangkan aku yg dah dewasa ni.... bila teringatkan arwah abah yg pergi bln 9 thn lepas. boleh bergenang air mata tiba2.. ini kan pulak  budak2..... sakit sangat bila rindukan orang yg dah tiada... kita xmampu nk luahkan pada org tu kita rindukan dia...kita sayangkan dia...
Quote afie_m 5-3-2018 04:13 PM
sedihnya....
Quote chinta89 5-3-2018 04:46 PM
mata kena habukkkkkkk
Quote Ambola 5-3-2018 05:12 PM
{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose
Quote Artemesiaa 5-3-2018 06:28 PM
Orang yang pernah kehilangan je akan faham perasaannya
Quote kroit92 5-3-2018 06:52 PM
aku dulu time study pun, 4 tahun tu,
Isnin sampai Khamis, aku rotate 4 baju Raihan dengan baju melayu yang parents aku belikan.
lantak lah budak lain nak cakap ape, diorang bukan faham

and baju2 tu aku pakai sekali je eh, 4 baju 4 hari, hujung minggu terus aku basuh.
kadang2 memang sayu hati kena mulut orang, tapi nak buat macam mana, diorang bukan tau cerita kita. sabar je lah dik
Quote jerukkedondong 5-3-2018 08:58 PM
Edited by jerukkedondong at 6-3-2018 12:07 AM
kroit92: aku dulu time study pun, 4 tahun tu,Isnin sampai Khamis, aku rotate 4 baju Raihan dengan baju melayu yang parents aku belikan.lantak lah budak lain na ...


Skrg dah kerja ke dik...
Sis doakan yang baik2 utk adik...
Berjaya dlm khidupan dunia jg akhirat.
Diprmudahkn semua urusan...
Quote RatuDunia94 5-3-2018 11:32 PM
Kak Hassanah versi kaunselor?
Quote Burong_Hantuk 6-3-2018 10:16 AM
taat pada ibu,berkat hidop kamu
Quote makita 6-3-2018 11:35 AM
Ala bdk2 ni x baju yg sama pon nk jd isu.
Kami masa tingkatan 4 sama kelas dgn ank cikgu ni. Baju kurung putih x pnh bergosok.
Lek lek je kami xde ejek ke apa ke.
Quote mjla 6-3-2018 11:46 AM
Den duli pi sekolah baju dan tudung siap jahit &  tampal
Ilek je. Pedulikan ckp org.
Quote devilito2 6-3-2018 12:19 PM
semoga diberikan ketenangan...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.132095 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top