CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Kita Kata Gini, Dia Kata Gitu

13-3-2018 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6705| Komen: 12


Saya suka ikan kembung. Ada orang panggil ikan temenung. Tak tau kenapa. Tapi bunyi sebutan “temenung “ sama dengan “termenung”.

Dulu ikan kembung dianggap “poor man’s fish" sebab harganya yang murah yang kononnya hanya dibeli oleh golongan miskin. Itu dulu. Kini lain ceritanya.


Sehari dua lalu, seorang kawan lama saya buat satu posting di laman Facebooknya.Saya rasa posting tu kawan saya repost .Maknanya posting itu bukan ciptaannya. Mungkin juga anda pun ada menerima atau baca menerusi platform media sosial. 

Foto hiasan. Sumber: Blog bukanchef
Begini bunyinya: “Dulu takde duit mampu  beli ikan temunung je" (dimuatkan gambar ikan temenung ) lalu disambung:  “Sekarang nak beli ikan temenung pun termenung 2 – 3 jam tengok beg duit".


Sinis mesej tu. Rasanya kita semua faham. Tak perlu hurai lanjut. Bulan lalu ,pada malam sebelum Tahun Baru Cina, jiran-jiran saya daripada masyarakat Cina agak sepi menyambut tahun baru. Mereka bakar mercun dan main bunga api ala kadar saja. Setengah jam lepas midnight senyap. Tidak seperti tahun tahun lampau. Taman perumahan kami bagai medan perang. Bingit dengan bunyi mercun dan langit diterangi pecikan bunga api. 

Dan majlis makan malam bersama keluarga juga kali ini kata mereka simple dan  ringkas. Dulu majlis demikian adalah 10 atau 12 course dinner. Meja makan penuh dengan pelbagai hidangan. Kali ini kata kawan kawan saya, sekadar hidangan steam boat simple dengan bebola ikan dan crabstick serta sayuran.

Kata mereka ekonomi sekarang lembab dan nilai ringgit masih mengecil. Lantas mereka terpaksa berjimat dan ikat perut walaupun mereka daripada golongan kelas pertengahan. Pun begitu saya baca laporan di mana perdana menteri menyifatkan sambutan tahun baru Cina kaili ini amat meriah kerana keadaan ekonomi negara yang bertambah baik. 

Foto hiasan. Sumber: Blog Ferozee
Beralih pula kepada sembang sembang di majlis kahwin, kenduri atau pun lepak lepak sambil  mengeteh atau mengopi. Apa yang sering kita cakapkan dan yang selalu kita dengar “Kita merungut dan mendengar rungutan".

Rungutan sama ada orang muda atau orang tua. Termasuk saya. Rungut pasal harga barang naik, semua dah mahal, kos sara hidup tinggi, gaji tak naik, bonus tak de. Dan macam macam lagi yang menyayat hati dan merobek poket. Rungutan itu terbit daripada apa yang kita lalui. Berdasarkan pengalaman bukan fake news. Rata rata ramai kata keadaan ekonomi tidak rancak. 

Tapi seorang wakil rakyat berasal dari Sabah yang isteri mudanya seorang artis jelita berkata ekonomi tidak teruk  - tidak ada siapa yang mati tak makan di Malaysia. Malah katanya di negara ini orang sakit kerana terlalu banyak makan. Pak pak  menteri turut bertanya jika ekonomi negara tidak bagus bagaimana rakyat Malaysia boleh pergi melancong?

Foto hiasan. Sumber: ppim
Tidak bercadang saya menjawab kenyataan seperti  itu. Sekadar mengutara  kesimpulan: memang ada golongan berada di negara ini dan perlu ingat ada  juga golongan tidak berada . Persoalannya golongan mana yang lebih ramai? Dan persoalan lebih penting adakah orang atasan tidak dengar suara orang bawahan? Waullahualam.  
13

Bagus
29

Marah
16

Terkejut
24

Sedih
14

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 13-3-2018 12:32 PM
top 20

middle 40

bottom 40

yg melancong bagai idop tak merungut tu top20

&upper middle 20


yg merungut bagai merintih idop perit mostly

yg below middle20 & among bottom 40

so korang golongan mana
Quote kroit92 13-3-2018 12:44 PM
rakyat sengsara sangat-sangat..

macam mana menteri2 boleh berbangga dengan hasil usaha mereka yang membunuh manusia
Quote ninjago 13-3-2018 01:17 PM
pasal ikan... memang termenung tgk harga ikan kat pasar skrg nie
Quote salmon-suki 13-3-2018 02:37 PM
Bila y di atas selalu di atas,xkan tahu perasaan y di bawah..cuba dia hidup dgn gaji below 1k/month..nk tgk jgk boleh x dia keluarkn statement y sama..ni kalau gaji pn 50k/month mmg xkn rasa laa kesusahan org lain..
Quote HannahMontana 13-3-2018 09:26 PM
Aku xsuka nasi


kalau buat salad ikan makan


tp mmg kita tahu  harga makanan sekrang sgt  mendukacita kan .
Quote ~boolean 13-3-2018 11:07 PM
Bung cikebum sedap diulit tubuh montok zizie ezette mana dia kisah kita makan apa..

Bila ntah nak mampos
Quote bungarose 13-3-2018 11:36 PM
           
Quote diss69 14-3-2018 09:24 AM
ninjago: pasal ikan... memang termenung tgk harga ikan kat pasar skrg nie

pg td g kedai ikan pelaling rm 16,murah sket dari taim raya cina tu rm 18..{:question
Quote nadna 14-3-2018 10:20 AM
Hanya yang merasa mengetahui
Quote Burong_Hantuk 14-3-2018 10:56 AM
ikang kembong kalau goreng cili memang sedap
Quote BoongaKertas 19-3-2018 09:11 AM
teringat komen abam bung. obesiti rakyat=ekonomi negara di tahap bagus


*facepalm*
Quote krustykrab 19-3-2018 10:13 AM
Burong_Hantuk replied at 14-3-2018 10:56 AM
ikang kembong kalau goreng cili memang sedap

acaner nak buat tu mak nora danish? bg resepi ingat nk buat mlm ni sbb stok ikan kembong last wk tak berusik lagi

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.061113 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top