CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Asal Viral Semua Nak Tiru Tapi Hasil Tak Semenggah

23-3-2018 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13038| Komen: 41

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Cerita pasal makanan viral ini makin hari makin menjadi-jadi. Kadang-kadang kita tak sangka bahawa makanan macam tu pun boleh menjadi tular di kalangan rakyat Malaysia.

 
Sedangkan makanan tersebut sudah lama pun wujud dan dah lama telah dijual di situ. Namun, bila ada yang mula membuat isu tentang makanan itu baru ia mendapat perhatian. Contoh macam dulu Kuih Keria Gula Melaka sebelum ini kedai perniagaan tu telah ada bertahun-tahun kat situ jual kuih Keria. 

Tapi sejak masuk media sosial terus mendapat perhatian dan mula ramai orang nak cuba. Sama juga dengan kes Milo Ais Kepal yang juga sebelum ini mengikut makcik pemilik kedai tu mereka dah lama meniaga kat situ. Tapi bila mula ada seorang masukan dalam media sosial terus ia mula jadi tular dan ramai orang sanggup datang dari jauh semata-mata nak cuba ais kepal tu.

Paling teruk ada pula yang mula meniru makanan yang viral ini. Kalau nak cuba tiru tu buat betul-betul seperti mana yang viral tu ok tapi ini tidak mereka seperti mengambil kesempatan untuk menggunakan nama yang sama tapi produk yang jauh lebih tidak sama.


Foto carian internet
Macam kes ais kepal tu tu masa ia viral ramai peniaga nak cuba ambil kesempatan atas populariti makanan itu menggunakan nama yang sama tapi bila rasa ia jauh daripada yang original. Itu paling menyesal dan paling tidak bagus sekali kerana ia memberi imej yang tidak baik kepada makanan yang telah viral itu.

Kalau ais kepal sebenar tu gunakan seratus peratus serbuk Milo bersama dengan campuran bahan yang lain tapi bila datang kaki tiru ini mereka campurkan pula dengan bahan-bahan lain. Janji nampak sama dan juga lebih kurang pastu jual guna nama yang popular.

Siapa yang rugi bila perkara ini berlaku mereka yang menjadi mangsa nak beli dan cuba makanan tersebutlah. Sanggup pergi cari jauh-jauh dan berbaris panjang-panjang semata-mata untuk cuba tapi bila rasa ia lain sangat dan paling tidak elok tu ia tidak sedap langsung.
Harga letak sama mahal macam mana yang viral jadi mulalah orang tularkan rasa tidak setimpal dengan harga. 

Paling tak syok menggunakan nama yang viral semata-mata nak laris. Adakah itu salah siapa? Di mana punca dan apa penyelesaiannya?
Jalan paling bagus adalah mempatentkan produk makanan itu seperti mana yang dibuat sebelum ini oleh Shell Out dan juga Nasi Kak Wok. 

Apabila produk itu telah dipatentkan dan bila orang mula tiru dan guna nama demi mengaut untung tapi pihak yang asal boleh ambil tindakan kepada mereka mengikut lunas-lunas undang-undang negara.

Foto cari

Mungkin kesedaran kepada keperluan untuk patent sesuatu yang menjadi viral ini tidak serius dikalangan rakyat Malaysia. Bagi mereka mungkin rezeki masing-masing tapi buka itu isunya yang paling tidak enak tu yang meniru tu buat produk yang tidak seperti mana asal dan mengaut keuntungan tanpa produk berkualiti.

Mangsa adalah pengguna yang teraniaya dengan menggunakan nama untuk mengaut keuntungan semata-mata. Jadilah peniaga yang berhemah dan juga jujur dalam mendapatkan rezeki tu. Bukan semata-mata nak kaut untung sahaja tapi produk tidak semenggah.
Mana nak daftar untuk patent produk anda Malaysia dan ada agensi MyIPO yang memang menyediakan khidmat itu. Harga dan juga syarat-syarat yang ditetapkan boleh dapatkan terus ke laman web agensi itu sendiri. 

Foto amazing nara
Maha cuba membantu sahaja dan bagi pendapat sebab dah pernah jadi mangsa tentang isu tiru meniru ni. Apa pun jom follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan untuk kongsi sebarang idea atau nak lontarkan soalan yang mana tahu nak tanya secara personal. Selamat semuanya.
21

Bagus
20

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 23-3-2018 11:44 AM
Smlm beli ais kepal milo kt area puchong utama, sedap juga.
Quote Artemesiaa 23-3-2018 12:04 PM
Macam tu ler risiko berniaga risiko bakal kena tiru kadang susah nak dielakan tapi lambat laun pengguna bakal tahu juga.  Pengguna sekarang dah makin bijak mereka tahu dah membezakan yang mana asli dan yang mana tiruan.  Yang penting bagi peniaga asal kena sentiasa jaga quality mesti pelanggan tak lari
Quote batmana 23-3-2018 12:26 PM
org skrg tk pikir tiruan ke asli
psl dorg cari yg termurah & bersih

lagipun pelanggan bukan juri pertandingan memasak

asal dpt mkn sudah

makan sedap2 pun, berak jadi taik juge

sama je taik mkn bnda ori dgn tk ori.
Quote achilles_heel 23-3-2018 03:14 PM
masalahnya patent boleh patent. nak menguatkuasakan undang2 hak cipta ni siapa? xkan owner nak kena jelajah satu Malaysia cari kedai yang langgar hak cipta ni. nak harapkan KPDNKK soal barang yang sengaja di naikkan harga sebab GST pun x selesai2 lagi
Quote haryatie 23-3-2018 03:22 PM
x kisah pun siapa tuan punya asal
kalau org lain jual pun asal tmpt jualan tu bersih, rsa pun sedap... rembat jerk
xde la beria nk pegi jugak cri makanan yg org viral tu, kena pulak jauh2
kecuali kalau da kebetulan depan mata... itu pun kalau org x ramai@beratur pjg
xde la obses sgt psal maknan sampai nk mencari serata alam kalau org viral @ kata sedap tu
kdg2 org jerk kata sedap ikut selera dia
selera org lain blum tentu
Quote dekmieDandy 23-3-2018 03:25 PM
haritu lepas makan ais milo kepal ni terus rasa berdosa

habis pening kepala, penyudahnye tido sampai ke malam

manis ngat

beli kat AU3
Quote CrowneGlory 23-3-2018 03:27 PM
viral2 ni hujung2 sampah belaka sbb yg tukang viral tekak biawak...
Quote armin 24-3-2018 05:51 PM
Owner shell out pun patentkan nama shell out tu kan? Siap cakap nak saman kalau ada siapa2 guna prkataan shell out. Tp aku tgk byk je kedai guna nama shell out jgk. Mcm mana nak stop kan? Penat je bayar patent ribu2 masih kena ciplak
Quote rosasen 25-3-2018 11:10 AM
dekmieDandy replied at 23-3-2018 03:25 PM
haritu lepas makan ais milo kepal ni terus rasa berdosa

habis pening kepala, penyudahnye tido sam ...

dh cek gula dalam darah? hihihi...kidding
Quote krustykrab 25-3-2018 01:42 PM
Benda2 mcmni lebih kpd fad je...
Quote NBH 25-3-2018 05:13 PM
itu bukan patent la. copyright, patent dengan trademark tu benda berbeza dan tujuan berbeza. patut buat research dulu.
Quote sinalegna 25-3-2018 07:45 PM
Edited by sinalegna at 25-3-2018 07:47 PM

But TT.. dalam bab selera & makanan uolls kena cuba dulu baru tau which one's the winner.

I think to claim rights on food or recipe is a dick move coz in the end, air tangan yg akan tentukan kesedapan & jadi ke tak end product tu. But trademark is a different story la

Original tak semestinya delicious, kadang ciplak vision is better
Quote skystrike 25-3-2018 11:02 PM
makanan viral ni bila hype dia dah hilang confirm xde sapa yg nak cari...sebab tu siapa yang start niaga makanan2 viral ni risiko dia agak tinggi....bila hype dia tengah hot confirm cepat naik & dapat untung...tapi bila hype dia semakin hilang confirm rugi & last sekali gulung tikar....contoh terbaik burger bakar...
Quote WillyPink 26-3-2018 12:00 PM
skystrike replied at 25-3-2018 11:02 PM
makanan viral ni bila hype dia dah hilang confirm xde sapa yg nak cari...sebab tu siapa yang start n ...

betulll...byk kali terkena...viral, tapi rasa x seperti yg digambarkan...kalau makanan western saya prefer yg biasa sya mkn...takut nak try yg viral...takut rasa kesal keluar duitt....
.
Dan apa yg aku peratikan, kat Malaysia ni asal tabuh cheese, meleleh2 sket...menduyun smua nak try....pelik2222
Quote bloodyamuk 27-3-2018 02:36 AM
kahkahkah marhaen punya mentaliti semua nak try...itulah jakun namanya...peniaga amek kesempatan atas kejakunan marhaen. bab makan ni nak kekal lama biar ada originality and passion. kalo bermusim ke sebab hype je ke tal kan last forever...
Quote hambaallah1709 27-3-2018 04:45 PM
dulu-dulu penah viral pisang goreng cheesse...
sekarang dah takde kot...
benda viral ni kjap jer...pastu senyap
Quote sabar_sabariah 28-3-2018 11:40 AM
pisang goreng cheese - blm pernah try
milo ais kepal - belum pernah try
shell out - belum pernah try
keria antarabangsa - pun belum pernah try

kesimpulannya, curiosity aku agak rendah dan aku tak berapa kisah sgt pasal makanan ni
Quote chicozinn 28-3-2018 12:04 PM
sama la dulu cam kopi ala2 starbuck tu..pirate coffee la pe benda la sampai berduyun2 orang meniaga bende alah tu..skang bila teringin nak minum balik cari2 takde lak dia ganti teh ais dhaka..konfem da meninggal kot bisnes pirate kopi dia sebab tu ganti bisnes teh ais dhaka plak..
Quote gummygummy 28-3-2018 12:17 PM
pernah beli keria gula melaka kat dataran melaka which bukan yang keria antarabangsa. mang ai manis bonar. cakap dalam hati memang takkan beli da. but last few weeks kawan belikan keria antarabangsa,, im so surprise sedap dan tak manis ponnn

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046377 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top