CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makanan Bergoreng Sah-sah Tinggi Kalori - Nak Kukus Atau Rebus Lebih Elok?

28-3-2018 02:42 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6768| Komen: 27|Original author: Oleh: Azza Rai

Sebut apa sahaja aneka makanan di Malaysia, sama ada beli di kedai atau masak di rumah, kebanyakannya mesti bergoreng. Menu ayam goreng, nasi goreng, mee goreng malahan kuih muih pun mesti bergoreng seperti donut, pisang, karipap dan lain-lain. 

Lebih dasyat semuanya menggunakan minyak yang banyak bagi menjadikan ia sedap.

Ada satu lagi kaedah memasak yang tidak sihat jika diamalkan berterusan iaitu membakar hingga makanan lekat dengan kehitaman arang.

Bahaya sebenarnya. Apa kata anda tukar pada kaedah mengukus atau merebus bagi menjaga kesihatan. Lebih sihat dan selamat untuk anda sekeluarga

Menurut Italian Association of Dietitian, kaedah mengukus dan merebus sangat baik kerana tidak menggunakan minyak berlebihan.

Namun ada perbezaan antara kedua-duanya iaitu mengukus menggunakan wap dari air yang direbus untuk ‘masakkan’ makanan, sementara kaedah merebus pula menggunakan air mendidih untuk memasak makanan.

Kaedah mengukus paling bagus!

Jadi, apa masalahnya?
Tiada masalah pun cuma bila dibandingkan dengan teliti kedua-duanya, pengukusan mengatasi merebus dari segi kualiti gizi makanan tersebut.  

Ia dipengaruhi dengan faktor lama, suhu dan jenis bahan makanan. Sebagai contoh daging yang dikukus pada suhu 380 darjah celcius selama 5 minit lebih bagus kualitinya berbanding direbus.

Merebus adalah kaedah kedua paling bagus. Foto: Carian internet
Jom tengok perbezaannya
Mengukus tidak melarutkan vitamin larut air, iaitu vitamin B dan C. Sebaliknya jika menggunakan kaedah merebus, vitamin ini akan hilang kerana larut bersama dengan air yang digunakan untuk merebus.

Mengukus tidak menggunakan tambahan lemak atau bahan perisa sebaliknya jika merebus pula akan ada penambahan lemak dari sup atau rempah ratus bagi menambah rasa pada kuah atau air rebusan.

Walau apapun, kedua-dua kaedah ini masih lagi bagus berbanding kaedah menggoreng yang tinggi kalorinya dan membakar yang menghasilkan toksik sekaligus menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik dan pembentukan lemak trans tinggi.

Jom bertukar pada kaedah rebus atau kukus! - CARI 
7

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
12

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 28-3-2018 02:48 PM
Semenjak bli non stick pan mr diy ni, i masak guna minyak yg sgt sikit..
Dulu ayam mampu mkn sup2 je..skang dah boleh buat mcm grill minyak sikitt je nk bg licin ayam atas pan..
Jakun btul i masak dgn non stick pan ni..
Quote manehnya 28-3-2018 03:05 PM
masalah ngan mengkus ni, perlu byk peralatan yg kena basuh.. lecey..

klu rebus pulak nutrien hilang dlm air nya..
Quote myakayina 28-3-2018 03:21 PM
guna air fryer  jela..
Quote barfi 28-3-2018 03:52 PM
pearl.silver: Semenjak bli non stick pan mr diy ni, i masak guna minyak yg sgt sikit..Dulu ayam mampu mkn sup2 je..skang dah boleh buat mcm grill minyak sikitt je n ...

Haha lawak pulak dengar. Iols pakai non stick pan sejak 10tahun lepas lagi.

Berkoyan2 non stick pan kat umah I ni sebab tiap kali my husbnd beli barang (my hsbnd kontraktor) dapat free gift periuk & non stick pan dari korea. Mmg yg berkualiti ounya. Mmg dari mak I, family mertua bagai pun dah penuh i hadiahkan periuk pan bagai haha..
Quote fushimi 28-3-2018 04:11 PM
tekak melayu hari hari telan kukus je mual juga

Quote Artemesiaa 28-3-2018 05:34 PM
Kena pastikan bahan apa yang nak dimasak barulah sesuaikan sama ada ia lebih sedap kalau dikukus atau direbus
Quote Abot 28-3-2018 09:18 PM
barfi: Haha lawak pulak dengar. Iols pakai non stick pan sejak 10tahun lepas lagi.Berkoyan2 non stick pan kat umah I ni sebab tiap kali my husbnd beli barang ...

ade dpt hadiah lg x.. bolej sedekah kt sy.. {:nose{:nose
Quote hyie 28-3-2018 11:41 PM
meols hari2 mengukus yach bawak bekal pegi keja...rasa slim lah jugak sikit2 nasi pun meols kukus, dan lagi sedap rasanya...
Quote noraidil_06 29-3-2018 12:37 AM
hyie: meols hari2 mengukus yach bawak bekal pegi keja...rasa slim lah jugak sikit2 nasi pun meols kukus, dan lagi sedap rasanya...

Pakai pengukus yg mcm mn ye?
Quote Cari-Azza 29-3-2018 06:50 AM
Artemesiaa replied at 28-3-2018 05:34 PM
Kena pastikan bahan apa yang nak dimasak barulah sesuaikan sama ada ia lebih sedap kalau dikukus ata ...

haah, betul tu. setuju
Quote airmineral 30-3-2018 01:57 PM
goreng2 sedap, kalau kukus/rebus ni biasanya rasa kurang kick.huhu
Quote jazaa100 30-3-2018 06:51 PM
noraidil_06 replied at 29-3-2018 12:37 AM
Pakai pengukus yg mcm mn ye?

Hyie tu bujang Aidil.....

Blh le kukus rebus selalu....mcm kita ni...takkn nk masak berkali kali....sekali harung je lah....

Org bujang blh guna electric steamer atau lunch box tu.....kat giant rm60++...kat shopee 30++ je...
Quote noraidil_06 30-3-2018 07:04 PM
jazaa100 replied at 30-3-2018 06:51 PM
Hyie tu bujang Aidil.....

Blh le kukus rebus selalu....mcm kita ni...takkn nk masak berkali kal ...

Oooo.kukus leceh.nk basuh pengukus.
Lunch box tu caner rupe?
Quote jazaa100 30-3-2018 07:18 PM
Edited by jazaa100 at 30-3-2018 07:20 PM
noraidil_06 replied at 30-3-2018 07:04 PM
Oooo.kukus leceh.nk basuh pengukus.
Lunch box tu caner rupe?


Ni contoh lunch box....

Blh steam sekali....
Utk sorang mkn....

Quote noraidil_06 30-3-2018 07:25 PM
jazaa100 replied at 30-3-2018 07:18 PM
Ni contoh lunch box....

Blh steam sekali....

Ooo.tq jazaaa
Quote jazaa100 30-3-2018 08:10 PM
noraidil_06 replied at 30-3-2018 07:25 PM
Ooo.tq jazaaa

Klu utk aidil nk bwak bekal gi ofis blh je....

Bwah tu utk nasi, atas letak ayam ke ikan utk Kukus...pilih yg dua layer lah...
Mcm akk dok rumah ni...tak praktikal le guna ni....
Quote noraidil_06 30-3-2018 08:12 PM
jazaa100 replied at 30-3-2018 08:10 PM
Klu utk aidil nk bwak bekal gi ofis blh je....

Bwah tu utk nasi, atas letak ayam ke ikan utk Ku ...

Rumah sy dkt je k jaz. Tp mgkn blh bg bekal kt anak. Ank2 sy suke bekal2 ni
Quote lonso 31-3-2018 02:10 PM
jazaa100 replied at 30-3-2018 08:10 PM
Klu utk aidil nk bwak bekal gi ofis blh je....

Bwah tu utk nasi, atas letak ayam ke ikan utk Ku ...

kira okeylah.. tak berani nak beli takotlah... takot meletup ke time steam.. tu..
Quote jazaa100 31-3-2018 02:46 PM
lonso replied at 31-3-2018 02:10 PM
kira okeylah.. tak berani nak beli takotlah... takot meletup ke time steam.. tu..

eh knp lak?....

produk china ek.....

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.110405 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top