CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Soto Untuk Suami Ini Nampak Biasa, Tapi Buat Ramai Netizen Tumpang Bahagia!

9-4-2018 03:33 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 8828| Komen: 78|Original author: Oleh: Khair



Bak kata orang dulu-dulu, salah satu cara nak memikat hati suami adalah dari perutnya dahulu kerana setiap juadah yang disediakan isteri mempunyai nilai kasih sayang yang mendalam.



Baru-baru ini, satu tweet daripada seorang suami telah membuatkan ramai netizen berasa bahagia apabila melihat apa yang telah disediakan oleh isterinya.

Menurut lelaki dengan akaun yang menggunakan nama Amy Medusa itu, ada satu ketika dia terpaksa pulang lewat daripada kerja dan isterinya telah menyediakan makan malam iaitu soto kegemarannya. 


Apa yang membuatkan ramai kagum adalah paparan skrin penerangan isterinya tentang makanan yang disediakannya.





Daripada paparan skrin itu, kita boleh tahu bahawa isterinya merupakan seorang yang penyayang apabila dia menyediakan hidangan lengkap walaupun dia pulang lewat.

Bukan setakat soto yang disediakan, pencuci mulut pun ada! Untunglah bro dapat isteri penyayang macam ini.



Ramai netizen yang membaca tweet ini berkongsi rasa bahagia pasangan itu dan mengatakan betapa beruntungnya dia sebagai suami. Malah, ramai juga yang sudah tidak sabar ingin mendirikan rumah tangga. 


Foto: Twitter

Mungkin akan ada yang mengatakan memang sudah menjadi tugas isteri melayan suami, tetapi hakikat sebenarnya dalam perkahwinan, ia merupakan win-win situation yang mana kedua-dua pihak perlu saling bantu-membantu dalam hal kerja rumah. - CARI
22

Bagus
14

Marah
20

Terkejut
13

Sedih
27

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 9-4-2018 03:39 PM
Bagus dpt isteri mcm ni. Alhamdulillah..tp jgn upload selalu ok.
Quote fushimi 9-4-2018 03:52 PM
iols kadang menyampah kalau laki suka update ober over kebaikan bini heols

sebab jantan yang suka merempan kat socmed ni jenis bila suka dia akan poja poja ko like ko malaikat tapi bila dah menyampah ngan ko heols akan tulis macam celaka pasal pempuan

iols selalu warning laki meols supaya tak upload apa apa pasal weols kat socmed

bahagia tak perlu tunjuk duka pun tak perlu tunjuk

Quote barfi 9-4-2018 03:54 PM
Bagusla wife dia. Ko hargai bebetol.. jangan ko kuli2 kan wife ko plak
Quote DollahRepek 9-4-2018 03:56 PM
Motif nk viral? Ramai lagi isteri yang buat mcm tu pada suami termasuk isteri aku. Takda pulak aku terhegeh2 nak update dekat social media semata2 nak hadap like.
Quote zameyla 9-4-2018 04:00 PM
baru kawen kot....
Ramai ja para isteri macam nie....
tak yah la nak upload selalu...
Quote mizruncing 9-4-2018 04:17 PM
aku slalu jgk bwt cm ni. tp tak de la sedetail mcm laki aku tu bodoh sgt haha.takkan la mkn soto pn taktau ada rencah-rencah dia. takkan la smpai nk bgtau klu nk sedap kena panas kan sup dlu. kata mknn favorite kannnnn. automatik mmg dah tau ape yg nk buat. ke mmg dah plan nk bg viral
Quote paz 9-4-2018 04:29 PM
Tiba-tiba teringin makan soto. Tengah diet, kenalah tabah.
Quote prettyuglybabe 9-4-2018 04:39 PM
bodohnya laki dia.. semua nak kena bagitau ke?
pity the bini lepas kawin terpaksa ambil alih tugas mak si laki..
or bini terpaksa bagitau details sebab tak nak laki kecahkan dapur..
masa tak ada pompuan lain boleh la nak bangga..
esok anak dah berderet, si bini sibuk sampai lupa celur toge untuk soto pun kena maki..
Quote Artemesiaa 9-4-2018 04:58 PM
Untung ler ada bini yang masih rajin nak masak makan
Quote krustykrab 9-4-2018 05:03 PM
mizruncing replied at 9-4-2018 04:17 PM
aku slalu jgk bwt cm ni. tp tak de la sedetail mcm laki aku tu bodoh sgt haha.takkan la mkn soto pn  ...

hahha sama la dgn laki aku...dia lagi terer masak...kalau aku siap boh gambo mcm ni, gelak je dia sambil senyum sinis
Quote chinta89 9-4-2018 05:16 PM
kdg2 rse mcm... perluke nk tunjuk sgt pasangan ko baikkkk or pasangan ko jahat?

jgn terlalu menunjuk. sb kalau kite ditimpa sesuatu yg tak OK dlm hubungan, org gelakkan je.

tak kisahlah org nk ckp ak makcik bawang ke ape, tp ini reality guys. so, berpada2 lah.
Quote Idgaf 9-4-2018 05:51 PM
Semua nak kene explain.. letih ya dapat laki cmni.
Quote lumie 9-4-2018 08:24 PM
mizruncing replied at 9-4-2018 04:17 PM
aku slalu jgk bwt cm ni. tp tak de la sedetail mcm laki aku tu bodoh sgt haha.takkan la mkn soto pn  ...

Aku pun bila baca aku rasa cm, ini bukan sweet, ni mesti laki tu bebal sgt. Yg sejenis tak reti nk cari mkn sndiri. Ape yg nmpk depan mata, tu jelah. Kihkihkihh
Quote orgsepang 9-4-2018 08:48 PM
Untung suami akak serba boleh, tak perlu le akak tinggal nota bagai...letak atas meja ke atas dapur tau le dia urus
Quote che-cikL 9-4-2018 09:40 PM
Nape rasa biasa je?

Biasalah kita tinggalkan makanan kat suami, pesan je kata yg ni dlm peti ais, yg tu dlm microwave - takde pulak setiap satu nak kena instruction bergambar lagi. Mungkin sebab suami kita tak lembam kut.
Quote che-cikL 9-4-2018 09:41 PM
lumie replied at 9-4-2018 08:24 PM
Aku pun bila baca aku rasa cm, ini bukan sweet, ni mesti laki tu bebal sgt. Yg sejenis tak reti nk ...

Lebih kurang sama lak komen kita.
Quote NadineNajmie 9-4-2018 10:18 PM
Anggap je dia tak pernah masuk dapur. I harap wife dia bertabah untuk 3 7 25 tahun lagi
Quote dani-rox 9-4-2018 10:27 PM
jiwangnya mcm gambar dia jugak kat atas tuh
Quote Orix 9-4-2018 10:30 PM
Bongoknya lelaki tersebut... kowserr I... elok hempuk jah kepala dgan penutup sup tu bebal sgat semua benda nk diajar

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.106236 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top