Taasub membunuh dalam satu permainan komputer telah mendorong seorang remaja menikam seorang pelajar perempuan sehingga mati. Remaja berusia 15 tahun dilaporkan mahu merasai sendiri kepuasan membunuh dalam kehidupan sebenar.
Daily Mail menyatakan, Alexey Maximov menikam Daria Evdokimova, 21, sebanyak 12 kali selepas mangsa mengeluarkan wang dari ATM di Moscow. Maximov menikam mangsa di mangsa di leher, mata, kepala dan dada dengan pisau sambil melakon semula babak dalam permainan komputer PlayerUnknown’s Battlegrounds yang menjadi kegemarannya.
Polis telah meyiarkan rakaman video yang menunjukkan detik terakhir mangsa ketika lelaki itu mengikutinya. Maximov berkata, “Saya tidak berniat membunuhnya, tetapi ada suara dalam diri saya yang mahu saya melakukannya. “Saya sentiasa mahu merasai bagaimana membunuh seseorang.” Selepas membunuh, dia melarikan diri dengan wang £350 (RM1,900) yang dicuri daripada mangsa. Dia berjaya dikesan polis melalui isyarat kamera pengawasan dan telefon bimbit di rumahnya. Polis berkata, “Dia bermain permainan kegemarannya itu apabila ditahan polis. Dia tidak mengelak, malah terus mengaku melakukan pembunuhan itu." -CARI
|
ADVERTISEMENT