CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Otak Tajam Macam Tun, Ramai Netizen Tertanya-Tanya Suplemen Yang Diamalkan

17-5-2018 10:33 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9050| Komen: 36|Original author: Oleh: Whitney

Sosok tubuh badan Tun Dr. Mahathir yang kelihatan tegap dan bertenaga di usia 93 tahun menjadi bualan netizen. Tun M yang dilihat masih kuat dan mampu untuk mentadbir negara dicemburui oleh kebanyakan netizen. 


Oleh itu, setiap inci kehidupan dan amalan pemakanan Tun telah menjadi tarikan buat netizen yang cuba mencari rahsia kesihatan mental dan fizikal Tun. Tidak hairanlah melalui sekeping gambar yang di muat naik oleh Tun ketika berada di meja makan, netizen dapat melihat dan mengesan supplemen yang di amalkan oleh Tun.

Seorang pengguna twitter menaikkan status tentang jenama supplemen yang Tun M amalkan kerana ramai netizen yang ingin tahu tentangnya. 


Netizen sangat peka dengan amalan pemakanan Tun M dan isteri. Semua benda mereka ambil tahu kerana teruja dengan kesihatan dan kebijaksanaan Tun.


Inilah suplemen yang dikatakan diamalkan oleh Tun M. Betul ke? Macam dah sama seperti gambar di atas.

Memang ramai netizen yang berminat dengan supplemen tersebut dan pasti ramai yang ingin mengamalkan seperti mana Tun M.


Sebagaimana tular sebelum ini tentang pengambilan supplemen, ada netizen yang menasihati agar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan senaman. Netizen tidak boleh mengharapkan supplemen semata-mata untuk kekal sihat dan bertenaga.  


Menariknya, Dr.Rafidah iaitu seorang doktor pakar merawat penyakit buah pinggang turut memberi respon apabila ada netizen yang bertanyakan tentang pengambilan supplemen seperti Tun M. Ternyata, doktor itu tidak bersetuju netizen perlu mengamalkan supplemen untuk mempunyai minda yang tajam dan kesihatan yang baik seperti Tun M. 


Apa-apa pun, untuk kekal sihat dan mempunyai minda yang cerdas bukan pada supplemen semata-mata tetapi perlu juga jaga pemakanan dan sentiasa melakukan senaman. Selain itu, rajin membaca dan menuntut ilmu, barulah bijak seperti Tun M. Betul tak? - CARI 
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mimz 17-5-2018 10:42 AM
Kemain taat aku menelan berocca ni dulu..lemau jugak badan..hahahahaha skrg dah mls mkn supplement lps bnyk kesedaran dr pakar
Quote palmolive 17-5-2018 10:53 AM
dia kuat membaca sejak dari muda...
agak mustahil dapat tiru dia sebab majoriti org malaysia ni malas membaca...
Quote Catpaw 17-5-2018 10:54 AM
ingatkan dr @ipes2 yang dear_ies tu
Quote sufi^_^ 17-5-2018 11:06 AM
Adessss...rakyat malaysia.
Kalau berjaya kuruskan badan, "Kau makan apa kurus?"
Kalau sehat & awet mudah "Kau makan supplemen apa?"

Konsep healthy living memang tak masuk dalam benak rakyat kita.
Quote myakayina 17-5-2018 11:08 AM
nak otak cerdas dan tajam bukan dek supplement..i pun dah stop mkn supplement semua ni.. amalkan pemakanan sihat jer.. bersenam dgn jaga waktu mkn dan tido..maklumlah semakin meningkat umur ni kena lah jaga..

lagi satu sentiasa gunakan otak selagi boleh..berfikir..latihan mcm buat sudoku..reading.. word search..activity yg gunakan pemikiran..mungkin boleh membantu utk jadi cepat nyanyuk sbb sentiasa berfikir..
Quote HoneyManjer 17-5-2018 11:08 AM
Hahahahahah hahhahahah aku hya mampu ber hahahahahah sajia
Quote AbukRokok 17-5-2018 11:30 AM
minum air masak... bukan teh tarik bangla ais...sirap madu sirap keju.. bandung keju...limau keju
Quote pokaibanktokyo 17-5-2018 11:33 AM
Tajam pebende ? Sedikit nyanyok ade la
Quote nisako 17-5-2018 11:34 AM
bagus ke mkn ni........................
Quote besarkecik 17-5-2018 11:44 AM
Senang sajo, kurangkan mata dari tengok porno. Tapi tulah, asal bukak ig, mesti ada gambar jentens separa bugil
Quote cairel_azlie 17-5-2018 12:00 PM
Bersenam, membaca dan membaca secara kritikal membantu otak dari jadi lembab... ramai yg bekerja bila jadi suri rumah sepenuh masa selepas 10 tahun mereka akan jadi lembab dan otak tak cerdas...kecuali yg aktif bekerja dari rumah. sebab lain bila asik membawang...
Quote monreyes 17-5-2018 12:09 PM
byk kan membaca......esp Al Quran..
keep your brain cells active. My mom ada early stage of alzheimer....she is now 85..sadly my bro baru 66 dah ada parkinson....dia kata dah lama stop reading newspaper..no tv..tido aje
Quote idakamaruddin 17-5-2018 12:21 PM
iols amik blackmores vitamin c 1000mg.. bkn sbb nk cerdik ke apa just nk tmbah antibodi je sbb tua2 ni cpt sgt dpt batuk

Quote Mleeen82 17-5-2018 01:31 PM
brp harganya?
Quote mieymiey 17-5-2018 01:39 PM
Bongoknya netizen
Quote want2bhappy 17-5-2018 02:25 PM
palmolive replied at 17-5-2018 10:53 AM
dia kuat membaca sejak dari muda...
agak mustahil dapat tiru dia sebab majoriti org malaysia ni mal ...

saya rasa ni betul jugak.. prof. ungku aziz tu kata .. salah satu agaknya faktor dia tak nyanyuk .. kuat membaca..  mcm dia sendiri dia tau banyak bahasa... rajin mengaji... orang kita la ni.. ramai muda dah rabun sebab banyak membaca kat phone dgn tablet...
Quote palmolive 17-5-2018 03:22 PM
want2bhappy replied at 17-5-2018 02:25 PM
saya rasa ni betul jugak.. prof. ungku aziz tu kata .. salah satu agaknya faktor dia tak nyanyuk . ...

kalo dia bergambar ngan produk alif syukri gerenti laku keras
Quote want2bhappy 17-5-2018 03:24 PM
palmolive replied at 17-5-2018 03:22 PM
kalo dia bergambar ngan produk alif syukri gerenti laku keras

hahahah kan,, shhhh jangan la terlajak lemau tu baca idea ko ni..
Quote Artemesiaa 17-5-2018 04:12 PM
Nak bagi otak tajam kena banyak membaca nak sihat kena jaga pemakanan.  Dua benda ni memang ramai yang tak minat buat dan jaga mana nak ok.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.041024 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top