CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Arab Menyambut Baik Larangan Memandu Ditamatkan Mulai 24 Jun

25-6-2018 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3202| Komen: 18

“Ia adalah detik bersejarah untuk semua wanita di Arab Saudi.” 

“Masa yang terbuang kerana perlu menunggu ketibaan pemandu sudah berakhir.”


“Kami tidak lagi memerlukan lelaki untuk memandu.”

Memetik laporan Bernama, demikian luahan beberapa orang wanita Arab Saudi sebaik saja larangan berusia lebih sedekad yang dianggap sebagai satu penindasan terhadap wanita itu ditamatkan.

sumber : carian internet

Ini termasuk penyampai televisyen Saudi, Sabika al-Dosari yang terus memandu beberapa minit selepas larangan itu ditamatkan di timur bandar Al-Khobar.

Sehubungan itu, tindakan berkenaan diramalkan menyuntik transformasi terhadap ramai wanita kerana membantu mereka membebaskan diri dari bergantung kepada pemandu atau saudara lelaki, sekali gus membawa kepada penjimatan wang yang amat besar.



sumber : carian internet

Awal bulan ini, buat pertama kali kerajaan Arab mula mengeluarkan lesen memandu untuk golongan wanita, termasuk ke atas individu yang membuat keputusan menukar permit memandu antarabangsa mereka kepada lesen memandu negara berkenaan.

Kira-kira enam juta wanita atau 65% populasi wanita dijangka memohon untuk mendapatkan lesen selepas ini.

"Kira-kira tiga juta wanita di Arab Saudi dijangka dapat menerima lesen mereka dan memandu secara aktif menjelang 2020," kata syarikat perunding PricewaterhouseCoopers.

Sebagai tambahan kepada kereta, wanita juga akan dibenarkan memandu van dan trak serta menunggang motosikal.

Pada September 2017, Raja Salman mengeluarkan pengisytiharan mengakhiri larangan yang dikenakan selama berdekad itu.- CARI



16

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tanakkampung1x 24-6-2018 07:37 PM
[youtube]CE4ihQnXWi[/youtube]
Quote tanakkampung1x 24-6-2018 07:37 PM
Quote tanakkampung1x 24-6-2018 07:39 PM
https://www.hmetro.com.my/global ... audi-tamat-hari-ini

Larangan memandu wanita Arab Saudi tamat hari ini



AFP
RIYADH: Larangan memandu ke atas golongan wanita Arab Saudi ditamatkan secara rasmi hari ini, satu pembaharuan bersejarah yang dijangka mengaktifkan era baru gerakan sosial.

Penarikan semula larangan itu yang diadakan selepas operasi besar-besaran ke atas aktivis wanita adalah sebahagian daripada usaha Putera Mahkota Mohammed Salman untuk memodenkan negara pengeluar minyak itu.

Ribuan pemandu wanita dijangka menguasai jalan raya sebaik saja larangan berusia lebih sedekad yang dianggap sebagai satu penindasan terhadap wanita itu ditamatkan.

“Ia adalah detik bersejarah untuk semua wanita di Arab Saudi,” kata penyampai televisyen Saudi, Sabika al-Dosari yang terus memandu beberapa minit selepas larangan itu ditamatkan di timur bandar Al-Khobar.

Tindakan berkenaan diramalkan menyuntik transformasi terhadap ramai wanita kerana membantu mereka membebaskan diri dari bergantung kepada pemandu atau saudara lelaki, sekali gus membawa kepada penjimatan wang yang amat besar.

“Masa yang terbuang kerana perlu menunggu ketibaan pemandu sudah berakhir,” kata seorang penuntut jurusan farmasi berusia 21 tahun, Hatoun Dakhil.

“Kami tidak lagi memerlukan lelaki untuk memandu,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi awal bulan ini, buat pertama kali sejak beberapa dekad lalu mula mengeluarkan lesen memandu untuk golongan wanita, termasuk ke atas individu yang membuat keputusan menukar permit memandu antarabangsa mereka kepada lesen memandu negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 8:56 AM
Quote sharlenetexas 24-6-2018 07:42 PM




Quote dauswq 24-6-2018 09:12 PM
Kawan2 lobai pas aku tak suka dgn berita ni dan mereka kata ni pengaruh yahudi. Bagi mereka, sepatutnya arab saudi kekal dgn polisi lama kerana mereka khuatit pompuan akan berjuang plak utk bukak hijab tanpa larangan.

No wonder orang kata pas semakin jumud.  Ni sah2 lah hak asasi wanita yg dikekang sekian lama.
Quote tanakkampung1x 25-6-2018 07:44 AM
Wajah2 wanita Arab Saudi lepas dibenar memandu







Quote yusryimran 25-6-2018 08:07 AM
kesian perempuan arab ddk negara sendiri memandu pun x boleh.. skrg dah boleh memandu Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote azwanaliori 25-6-2018 03:18 PM
Wahh minah ereb nmpl rambot jambul kaler2 blonde segala.  Klu ikot mazhab bani melayu mesti minah2 ereb ni ahli neraka jahanam kan kan
Quote BoLapciOus 25-6-2018 03:35 PM
Good..empower woman
Quote Artemesiaa 25-6-2018 03:36 PM
Baguslah makin laku ler penjulan kereta disana nanti bila dah makin ramai dah boleh memandu
Quote ipin 25-6-2018 03:43 PM
korang tahu kan mcm mana pulau people..  bangsa J . dan ummah gedebe  memandu..

bangsa arab ni lagi hazab..  
Quote lkick2113 25-6-2018 04:09 PM
dauswq replied at 24-6-2018 09:12 PM
Kawan2 lobai pas aku tak suka dgn berita ni dan mereka kata ni pengaruh yahudi. Bagi mereka, sepatut ...

mark my words,

kalau lepas ni putera Mohd salman kata tudung bukan wajib, apa jadi pada peniaga tudung di Malaya???? keh keh keh.....aku dah kata rambut bukan aurat, hanya takrifan olamak sahaja, tu lah kita tengok....as for lobai bodo PIS, pi mampos lah lobai tu.....
Quote lkick2113 25-6-2018 04:12 PM
tanakkampung1x replied at 25-6-2018 07:44 AM
Wajah2 wanita Arab Saudi lepas dibenar memandu

kenapa dia tak tutop aurat betul2 @Maideen.   @FOTHER_MUCKER


Quote Maideen. 25-6-2018 06:26 PM
lkick2113 replied at 25-6-2018 04:12 PM
kenapa dia tak tutop aurat betul2 @Maideen.   @FOTHER_MUCKER

Ntah lah Lkick.... Yang mencukur bulu kening pon ramai Maideen tengok seolah olah mereka tak tahu dalam Isle bulu mana yang harom dicukor kerana itu dikira mengubah ciptaan Allah dan bulu mana pula yang sunat dicukor sebab itu laen......laennnnnnnnn.

Mungkin pakar aurat Malaya yang kerja di bahagian aurat (yakni Unit Aurat) JAKIM harus dihantar ke Saudi Arabia dengan segera untuk menyelamatkan akidah wanita arab ni.

Kalau tidak, esok kat Mahkamah Allah menjawab lah mereka....
Quote lkick2113 26-6-2018 08:07 AM
Maideen. replied at 25-6-2018 06:26 PM
Ntah lah Lkick.... Yang mencukur bulu kening pon ramai Maideen tengok seolah olah mereka tak tah ...

jakim pun ada unit aurat ye maideen???
Quote Maideen. 26-6-2018 09:03 AM
lkick2113 replied at 26-6-2018 08:07 AM
jakim pun ada unit aurat ye maideen???

Unit Aurat ni kecil ajer yang dianggotai oleh 25 orang pegawai, 75 orang kerani dan 30 orang peon yang diketuai oleh seoeang Ostad sebagai ketua unit.

Unit besar  macam Unit Akidah dan Unit Kejar dan Pukol Pondan (UKPP), lebih ramai anggotanya.

Wallahualam.
Quote lkick2113 26-6-2018 09:13 AM
Maideen. replied at 26-6-2018 09:03 AM
Unit Aurat ni kecil ajer yang dianggotai oleh 25 orang pegawai, 75 orang kerani dan 30 orang peon  ...

dahsyat lah maideen, sampai bilangan kakitangan pun tau

apa jadi ye maideen, sekiranya arob saudi buat fatwa bahawa rambut wanita bukan aurat dan terserah siapa nak pakai tudung boleh pakai , siapa yang tak nak pakai pun boleh, apa impak pada lobai malaya???
Quote JalakLenteng 26-6-2018 09:22 AM
Inilah boqti keindahe Isle...

Daley Isle... Pompuan dibenarkan memandu tawww!

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.146916 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top