CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rugi Tak Beli Dan Makan Telur Penyu Jika Ke Pasar Payang! - Status Wanita Ini Undang Amarah

10-7-2018 11:25 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9668| Komen: 29|Original author: Oleh: Whitney


Ramai yang tahu penyu adalah antara haiwan yang semakin pupus dan dilindungi. Generasi sekarang pun agak sukar untuk melihat penyu apatah lagi generasi akan datang sekiranya populasi penyu mengalami kepupusan. Faktor Kepupusan penyu bukan hanya disebabkan faktor pencemaran tetapi disebabkan aktiviti manusia yang mementingkan diri.

Sebuah badan NGO, Turtle Conservation Society of Malaysia menaikkan status kesal melalui akaun twitternya apabila seorang wanita di dalam grup Facebook ‘Masak Apa Hari Ni’(MAHN) menaikkan status tentang kesedapan memakan telur penyu yang dibelinya.



Rata-rata netizen mengecam status wanita tersebut dan menunjukkan reaksi marah kepada sesiapa yang memakan telur penyu kerana banyak spesies penyu yang semakin pupus. Jadi, tidak wajar telur penyu dimakan sesuka hati tanpa rasa bersalah.

Ada netizen yang pernah mencuba telur penyu dan mengatakan rasa telur penyu tidaklah sesedap mana. Jadi, netizen tidak perlu terpengaruh dengan status wanita tersebut demi menjaga populasi penyu.


Netizen turut mempertikaikan usaha dan tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan Terengganu bagi membanteras penjualan telur-telur penyu di pasar-pasar. Tetapi sayangnya, tiada undang-undang yang boleh menghalang penjualan telur-telur penyu melainkan telur penyu belimbing.


Walau apapun, sama-samalah kita bertanggung jawab menjaga spesies penyu yang kian pupus dengan tidak membeli dan memakan telur-telur penyu. Semoga selepas ini akan ada undang-undang pengharaman memiliki, menjual atau memakan telur-telur spesies haiwan yang dilindungi. Setuju tak? - CARI 
18

Bagus
11

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nonones 10-7-2018 11:42 AM
Apa rasa telur penyu ni?? anyone yang pernah makan boleh bgtau apa rasa dia? sedap ke?
Quote syidasaleh 10-7-2018 11:43 AM
Kdg2 isu mcm ni walaupun remeh tapi tetap penting.bila diaorg ckp penyu dah tak nak kat rantau abang tu terasa sedihnya.dulu kecik2 pernah tgk penyu bertelur.kesian sgt.pemakan2 telur penyu pergi la makan telur binatang lain.telur ayam,telur itik. Hadap sgt eksotik pergi makan telur ular sawa.
Emosi pulak rasa
Quote aHoi83 10-7-2018 11:46 AM
Stok bodoh hidup dlm dunia sendiri. Esok2 ko mkn jah telor aka testis babi
Quote Artemesiaa 10-7-2018 11:48 AM
Orang yang tak faham isu kepupusan je yang masih gigih nak makan telur penyu ni
Quote hasniey 10-7-2018 12:07 PM
Ai xprnah teringin mkn telur penyu.sbb dia mcm lembik2 tu kan kulitnya
Quote neeziee 10-7-2018 12:12 PM
telur penyulah.
anak ketamlah.

semua nak masuk mulut.
Quote cikelon 10-7-2018 12:13 PM
Edited by cikelon at 10-7-2018 12:15 PM
Nonones replied at 10-7-2018 11:42 AM
Apa rasa telur penyu ni?? anyone yang pernah makan boleh bgtau apa rasa dia? sedap ke?


I suka..sedap..mcm telur sparuh masak..tp xsama mcm telur ayam la..dulu2 masa tggal kat sabah ade la makan..skrg2 ni idokla..
Quote mieymiey 10-7-2018 12:59 PM
Iols dulu masa kecik pernah makan. Sekarang dah tobat takmo makan.
Quote fushimi 10-7-2018 01:19 PM
kawan aku suka makan telur penyu

dia cakap sedap

aku tengok dia makan pun tak lalu

Quote chicozinn 10-7-2018 02:13 PM
aku penah makan time aku umo 7 thun dlu..xsdap cair cm tlur xmsak plus berpasir..ekkk
Quote swimswim 10-7-2018 02:41 PM
Tak sedap.rasa macam berpasir je
Quote haliamerah 10-7-2018 02:41 PM
aku tgok mak2 penyu yg naik nak bertelur tu..pastu turun blik ke laut,,,sayu je hati tgok.. yg makan telo ni mcm xde perasaan pulak..
Quote Themilo 10-7-2018 02:42 PM
akak tak pernah makan, walaupun akak pernah menetap di Terengganu selama 3 tahun. kawan bagitau, rasanya memang berlendir.

Telur-telur penyu yang dijual kat Terengganu ada juga yang diimport dari Sabah. Punya la jauh telur-telur tu travel. RIP penyu.
Quote meow_tompok 10-7-2018 02:46 PM
harap acik tu bertaubat bersocmed
harap acik tu lebih peka dgn isu alam sekitar dan kepupusan haiwan liar
Quote dekmieDandy 10-7-2018 02:51 PM
ni yang pernah kes jumpa bangkai penyu tu la kan

penyu tu x sempat naik bertelur pon

diorang tangkap, keluarkan terus telur dari perut dia

kejam tahap apa pon x tau
Quote gdspls 10-7-2018 03:05 PM
kenapa nak marah akk tu..
patut nya g gempur pasar payang tu
bersepah org jual..
Quote diss69 10-7-2018 03:05 PM
Masa kecik2 dulu ddk kt kg, dungun..ada  jugak mkn.. Tp xsdp mana.... Skrng dh tau erti kepupusan dh xlalu nk mkn...
Quote LipasComel 10-7-2018 03:29 PM
telur ayam, telur itik, aku lalu lagi nak makan, sebab bila besar, ayam @ itik tu kita makan dagingnya. kalau telur penyu tu, nak telan pun tak selera bila memikirkan telur tu bila menetas rupa penyu lembek2 tu. erghh
Quote Ratutulip 10-7-2018 03:33 PM
pergi tganu haritu mmg byk jual dkt pasar payang tp tk de lah plak teringin nk cuba ke apa...byk lg makanan terengganu blh kita cuba... telur penyu tu jugak ko nk mkn... aduiiii

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035539 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top