CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Kapal Mewah, Jet Peribadi Jho Low Turut Akan Dibawa Pulang- PM

13-8-2018 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3634| Komen: 15

Selepas kapal mewah Equanimity dibawa pulang ke Malaysia menerusi kerjasama pihak kerajaan Indonesia, semalam Tun Mahathir mengesahkan jet peribadi milik Jho Low kini dalam proses dibawa pulang juga ke negara kita dari Singapura.


Kredit foto: www.sarawakreport.org

Memetik laporan Sinar Harian, jelas Perdana Menteri itu, Jet jenis Bombardier Global 5000 tersebut turut dipercayai dibeli dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan Singapura untuk membawa pulang jet itu yang dilaporkan ditahan di Singapura awal tahun lalu."

"Ada pihak dalam kerajaan yang sedang menguruskan ‘operasi’ membawa pulang aset milik kerajaan Malaysia yang bernilai US$35 juta (RM143 juta) itu."


“Saya tidak tahu siapa. Ada pihak (dalam kerajaan) sedang menguruskan hal itu. Tetapi memang kita sedang berusaha untuk memperoleh semula wang yang dicuri daripada kerajaan itu.” 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pameran seni bertajuk Tun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Dr Mahathir memberi amaran bahawa kerajaan tahu pihak-pihak yang menyeleweng wang daripada dana 1MDB.

Katanya, semua itu akan terungkai bergantung kepada bukti yang menunjukkan bahawa wang yang hilang adalah milik kerajaan.- CARI
30

Bagus
13

Marah
27

Terkejut
22

Sedih
12

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 12-8-2018 08:35 PM
banyaknya duit... kapal di laut, jet di langit, hotel di darat
curious nak tahu rupa cemana di dlm nya, ni la gambar2 contoh yg sewaktu dgnnya












Quote jcopy 12-8-2018 08:38 PM
sat lagi jemin keluar statement dia dah jumpa pegawai kanan singapore bincang tang bawak jet ni

peygidahhhhhhhhhh

Quote nisako 12-8-2018 09:15 PM
adui kapal terbg pulak.. kayo gilo mamat ni
Quote harisbee 12-8-2018 09:28 PM
Bukan kapal tu milik sykt madey ke?
Entah2 jer ni pun madey punya... tp mengaitkan dgn j low utk mengaburi mata cai yg sedia buta
Quote taikor 12-8-2018 10:02 PM
Kalau BN menang PRU lepas, mesti cinapek ni beli kelab bolasepak EPL
Quote akakmasihvogue 12-8-2018 10:10 PM
so saper sebenarnyerr yg jadi naga besar yg songlap 1mdb tu najib ker jho low
Quote rogayahtop 12-8-2018 10:14 PM
kalau akak jadi jho low tu pun akak beli jet roket semua tu nok. kalau org tgk dia pun mesti ingat still jual dvd secara bergerak kat ampang.
Quote R2D2 13-8-2018 11:42 AM
Quote akusukaq 15-8-2018 12:43 PM
tp spore kata gomem malaysia belum pun buat apa apa tuntutan tentang jet mewah ni.kat sini dengar mcm dah nak lelong.
Quote R2D2 16-8-2018 12:06 AM
Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura
Ogos 15, 2018 19:33 MYT

KUALA LUMPUR: Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Ia dipercayai milik ahli perniagaan yang kini diburu polis, Low Taek Jho atau Jho Low.

Media antarabangsa melaporkan, jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 dan berharga AS$35.4 juta itu, berada di Singapura sejak tahun lepas.
Namun, tidak dapat dikenal pasti kaitan jet peribadi itu dan mengapa ia berada di republik berkenaan.

Dalam pada itu, polis Singapura mengesahkan belum menerima sebarang permohonan rasmi dari malaysia supaya pesawat itu dikembalikan.

Perkara itu turut disahkan peguam negara, Tommy Thomas menerusi kenyataannya pada Selasa.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyuarakan komitmen untuk membawa jet itu pulang ke malaysia.

Walaubagaimanapun, sebarang permohonan pemulangan aset berkaitan 1MDB itu, perlu mengikuti peruntukan perundangan Republik tersebut sebelum boleh dibawa pulang ke tanah air.

Jho Low dilaporkan membeli jet peribadi itu pada 2010, menggunakan dana 1MDB, seperti yang dinyatakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Quote MarryPottet 16-8-2018 12:19 AM
terima kasihlah kat bekas pemimpin umngokngek & para penyokongnya. hasil sokongan tak berbelah bagi korang, maka dapatlah bangkai ni live like a king. dapat beli private jet, super yatch, mansion, estate dan berbagai barang mewah lagi
Quote R2D2 16-8-2018 08:15 PM
Perlu pastikan jet Bombardier dibeli guna duit 1MDB dahulu - Tun Mahathir
Ogos 16, 2018 15:10 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memastikan terlebih dahulu Jet Bombardier Global 5000 yang didakwa milik Jho Low, adalah dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, sebelum membawanya pulang ke Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya lagi, jika terbukti jet bernilai RM122.55 juta itu dibeli dengan wang yang dicuri dari Malaysia, maka ia berhak dibawa ke sini, seperti mana dilakukan ke atas kapal persiaran mewah Equanimity.
“Kita kena establish wang yang diguna untuk membeli jet itu wang yang 'dicuri' dari Malaysia. Kalau dia 'mencuri' wang daripada Malaysia maka wang itu adalah milik Malaysia, sama dengan bot,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital swasta Cardiac Vascular Sentral, di sini hari ini.


Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Ia dipercayai milik ahli perniagaan yang kini diburu polis, Low Taek Jho atau Jho Low.

Media antarabangsa melaporkan, jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 dan berharga AS$35.4 juta itu, berada di Singapura sejak tahun lepas.
Quote aHoi83 16-8-2018 08:23 PM
Jolow ni dah ke serata negara tp tk dpt tangkap2 lg. I is heran betol ke dah kuar waran ke interpol ke or sewaktu dgn nya?? Wujud ke tidak jolow ni?
Quote jcopy 16-8-2018 08:35 PM
aHoi83 replied at 16-8-2018 08:23 PM
Jolow ni dah ke serata negara tp tk dpt tangkap2 lg. I is heran betol ke dah kuar waran ke interpol  ...

kau ingat senang ke nak tangkap jho low, lagi2 dia dah plastik surgery muka dia jadi nyonya cina





Quote aHoi83 16-8-2018 08:45 PM
jcopy replied at 16-8-2018 08:35 PM
kau ingat senang ke nak tangkap jho low, lagi2 dia dah plastik surgery muka dia jadi nyonya cina
...

Hahahah ni betol kelakar kalo jolow dah transform jadi nyonya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.098114 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top