Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Mac Miller; penyanyi rap, penerbit dan juga mantan kekasih Ariana Grande dilaporkan meninggal dunia kerana overdose. Beliau berumur 26 tahun.
Sumber TMZ mengesahkan mendiang dijumpai di rumahnya yang terletak di San Fernando Valley, California dan doktor mengesahkan beliau sudah mati di tempat kejadian ketika ditemui oleh rakannya. Menurut sumber TMZ lagi, perkakasan yang dijumpai turut mengesahkan mendiang mati kerana overdose dadah. Walau bagaimanapun, wakil pengurusan penyanyi rap itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kini. Dalam pada itu, laporan terbaru TMZ semalam juga menyatakan seorang pemanggil lelaki yang menghubungi 911 mendesak agar datang segera ke kediaman Mac. Pemanggil itu juga dikatakan merayu, "tolong segera."
Mac Miller yang berasal dari Pittsburg diketahui mempunyai sejarah ketagihan yang panjang. Pada tahun 2012, beliau mengumumkan kejayaannya mengawal ketagihan dadah jenis promethazine. Beliau juga secara terbuka membincangkan masalah dadahnya dalam dokumentari Stopped Making Excuse yang diterbitkan pada tahun 2016. Mac Miller menjadi bahan akhbar tabloid beberapa bulan lalu ekoran hubungannya dengan penyanyi terkenal, Ariana Grande. Beliau kemudiannya ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan hubungan mereka putus di tengah jalan sebelum Ariana beralih cinta kepada ahli komedi dan pelawak SNL, Pete Davidson. Mac Miller baru sahaja menerbitkan albunmnya yang ke lima berjudul Swimming yang menceritakan penderitaan dan bebanannya. Beliau sepatutnya dijadualkan memulakan jelajah konsertnya pada 27 Oktober bersama Thundercat dan J.I.D sebagai artis jemputan.- CARI |
24
Bagus |
33
Marah |
46
Terkejut |
40
Sedih |
38
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT