CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Memalukan, Sampai Terkencing Atas Kerusi Panggung Wayang! Perempuan Mana Tu?

14-9-2018 11:23 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 11326| Komen: 27|Original author: Oleh: WHITNEY


Ramai yang suka menonton filem di pawagam. Lagi-lagi buat si kaki wayang, pasti tidak akan melepaskan peluang menonton filem-filem terbaru yang menarik. Selain menjadi orang terawal yang menonton filem terbaru, sudah tentu perasaannya berbeza apabila menontonnya di rumah sendiri bukan?

Menonton wayang boleh dijadikan aktiviti santai dan cara sesetengah netizen berhibur dan melepaskan tekanan kerja atau belajar. Malah, ia juga menjadi aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu.

Bercerita tentang menonton filem di panggung wayang, seorang pengguna Twitter telah memuat naik status tentang kerusi di sebuah panggung wayang yang berbau hancing. Mungkin ada penonton yang ‘terlepas’ atau takut untuk ke tandas kerana menonton filem seram sehingga membuatkan dia terkencing di atas kerusi di pawagam.



Keadaan kerusi yang basah dan berbau hancing di dalam panggung wayang

Betul ke orang perempuan yang kencing?

Netizen mempersoalkan tuduhan lelaki tersebut yang mengatakan kejadian itu dilakukan oleh penonton perempuan. Bagaimana dia tahu air kencing pada kerusi tersebut adalah perbuatan seorang perempuan?


Pengotor betul!
Kebanyakan netizen berasa geli melihat gambar kerusi yang basah dengan air kencing itu. Mereka juga menganggap individu yang kencing di atas kerusi panggung wayang itu seorang yang pengotor! Dia turut dilabel sebagai seorang vandalisma kerana telah mengotorkan harta benda pemilik panggung wayang tersebut.

Ke ada pasangan yang buat projek sampai 'basah'

Walaupun status lelaki ini terang-terang menulis kerusi itu berbau hancing, tetapi beberapa orang netizen cuba membuat spekulasi. Mereka meneka kerusi tersebut basah akibat perbuatan tidak bermoral sebuah pasangan yang melampias nafsu mereka di dalam panggung wayang tersebut sehingga terkeluar air mani. 



Entah-entah budak yang terkencing

Malah, ada juga netizen yang merasakan ia adalah air kencing kanak-kanak yang tidak sempat memberitahu ibu bapa mereka apabila hendak membuang air dan terkencing di dalam seluar ketika duduk di atas kerusi tersebut. Nampaknya pelbagai  tekaan yang dibuat kerana masing-masing tidak dapat mengesan si pelaku.


GSC segera gantikan kerusi

Bagaimana pun, setelah kejadian ini tular dan ada netizen yang membuat laporan kepada pihak GSC, kerusi yang kotor itu segera diganti. Jadi netizen yang ingin menonton wayang di GSC Times Square tidak perlu risau jika mendapat tempat duduk tersebut.


Jadi, sebelum masuk panggung wayang, lebih baik kalian membuang air terlebih dahulu. Apabila sedang asyik menonton, mungkin ada yang malas hendak keluar atau diri sendiri tidak menyangka filem yang ditonton begitu seram sehingga boleh terkencing. Memalukan bukan? - CARI 
7

Bagus
18

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
27

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 14-9-2018 11:27 AM
kencing budak ni
Quote manehnya 14-9-2018 11:29 AM
tu pun nk viral ke
Quote prettyuglybabe 14-9-2018 11:36 AM
tengok pic memula seat lebar macam couple seat..
bila tengok bawak single seat je..
Quote Gingerly 14-9-2018 11:38 AM
Hewww nextime g cinema bawa pelapik pakai buang sekali. Motiff
Quote Artemesiaa 14-9-2018 11:40 AM
Bagus ler gsc bertindak cepat dengan menukarkanya.  So pengajarannya sesiapa yang nak tengok wayang tu tak kiralah yang dewasa atau kanak2 elok ler ke tandas dulu sebelum masuk ke hall.  Jadi macam  ni kan ke menyusahkan banyak orang.
Quote matkpop 14-9-2018 11:46 AM
pakai pampers la lain kali
Quote EvieWanKenobi 14-9-2018 12:07 PM
time nak balik tu orang tak nampak
ke seluar dia basah? adoii laa..

Quote MadameOnion 14-9-2018 12:08 PM
prettyuglybabe replied at 14-9-2018 11:36 AM
tengok pic memula seat lebar macam couple seat..
bila tengok bawak single seat je..

omg samalah..i nampak yg atas mcm couple seat n i expect tu air squirt kot..biasa la kapel2 ni lampu tak tutup lagi pun bibir memasing dah melekat..yg bawah tu nampak seat biasa yg single
Quote nisako 14-9-2018 12:19 PM
adui teruknye…………...
Quote nbtech78 14-9-2018 12:27 PM
budak lah tu kencing....
Quote Orgkgdukobesi 14-9-2018 01:03 PM
Takda peradaban langsung
Quote chicozinn 14-9-2018 02:17 PM
euuuwwwwww...
Quote afie_m 14-9-2018 02:28 PM
ingatkan  couple seat tadi...
Quote haryatie 14-9-2018 03:32 PM
kalau org dewasa kencing mesti lah bau hancing kat pakaian dia
lalu kat org mesti da terbau
x malu ker..
maybe budak2 kut..
Quote saviour_09 14-9-2018 03:50 PM
ooooo baru aku tau diorang tukar sebijik terus camtu
ingat tukar kusyen ke sental situ jugak ke
macam kat rumah
Quote BoLapciOus 14-9-2018 06:46 PM
Budak la ni..haishh..
Quote nishikido 15-9-2018 09:53 AM
Kencing budak la ni.. adoii.takkanlah pompan normal dewasa nak kencing atas tu,tak reti nak ke toilet.. lagipon tengok lebar kesan basahan tu,lulz.. cam kecik n sikit.law orang dewasa habis kena satu seat kot sebab ikut lebar punggung tengah duduk..
Quote debab76 15-9-2018 11:16 AM
ada sesetengah perempuan ada sindrom kencing tak sedar ok. lelagi yg dah berusia.
Quote pearl.silver 15-9-2018 11:36 AM
Wekk
Gambo viral tu tunjuk smpi back seat pun basah..
Tp gsc tukar seat bawah tu je

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.127121 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top