CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Fesyen 'Bertudung' Penyanyi Hip-Hop A$AP Rocky Dihina Seperti Nenek, Tapi Tidak GQ!

7-11-2018 11:20 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8957| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Siapa sangka fesyen ‘bertudung’ menjadi pilihan seorang penyanyi hip-hop yang sedang meningkat naik di Hollywood?


Kredit foto: Vanity Fair

Malam kelmarin, penyanyi hip-hop A$AP Rocky mengejutkan pengkritik fesyen di Malam Gala LACMA Art & Filem anjuran Gucci apabila memilih untuk mengenakan skaf jenama Gucci sebagai sebahagian daripada pakaian diperagakannya. 

Bintang dan fashionista lain yang turut hadir termasuklah Kim Kardashian West, Salma Hayek, Lana Del Rey , Courtney Love dan banyak lagi. Tapi, tiada seorangpun daripada mereka menandingi tumpuan terhadap Rocky pada malam itu.


Kredit foto: GQ


Dengan memakai pakaian yang ditaja Gucci sepenuhnya, Rocky mengenakan sepasang sut lengkap bersama vest dan seluar 'slack', tetapi dalam masa sama memakai skaf bermotifkan bunga-bungaan jenama Gucci yang dikatakan satu pernyataan fesyen berani mati!

Tidak cukup dengan itu, Rocky juga mengenakan kaca mata besar gelap untuk kelihatan seperti bintang klasik filem Hollywood. Walaupun tidak melampau seperti Lady Gaga, A$AP Rocky sering mengejutkan peminatnya dengan pakaian yang dikatakan ganjil seperti denim ataupun pakaian dengan warna monokrom yang mencolok mata.


Kredit foto: US Represented

Pun begitu, pakaian Rocky kali ini dikatakan terlalu buruk oleh peminatnya sendiri. Ada yang menyamakannya dengan fesyen babushka, skaf penutup kepala yang sering dipakai wanita warga emas terutamanya di Rusia. 

Pilihan fesyen Rocky yang ganjil itu juga diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh peminatnya di laman Twitter. 

'Ibu saya pakai begitu apabila dia nak mencuci pakaian di dobi’ kata seorang peminatnya, sementara seorang lagi menyamakan fesyen itu seperti watak Whitney Houston dalam filem The Bodyguard.




Kredit foto: Twitter

Anehnya, tidak semua pengkritik mengeji pilihan fesyen Rocky itu. Majalah fesyen terkenal lelaki, GQ sebaliknya telah meletakkan Rocky sebagai salah seorang bintang berpakaian terbaik pada malam itu. 

“Hanya seorang bintang yang mampu menggayakan fesyen berani sebegini, persis seorang Pengarah dan Ratu Elizabeth menjadi satu, hanya Rocky” komen majalah itu.


Kredit foto: GQ Magazine

Nampaknya, lain padang lain belalang. Anda pula bagaimana? Apa pandangan anda dengan fesyen ASAP Rocky ini? - CARI
18

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 7-11-2018 11:26 AM
inilah LGBT versi syummul

Quote Sang_Pencinta 7-11-2018 11:33 AM
Unik fesyen dia  
Quote kikuri 7-11-2018 12:11 PM
geram pulak iols rasa nak betulkan kedut kedut tudung kat atas dahi tu...
Quote nisako 7-11-2018 12:36 PM
hahaaaaaaaa fesyen sgt
Quote sharlenetexas 7-11-2018 12:37 PM
Lepas ni ikat reben mak itik pulak.
Quote Mary_jane 7-11-2018 12:43 PM
I prefer tudung satin yang macam tu. Banding shawl lilit. Tapi ganjil ya laki bertudung bagai.
Quote Sang_Pencinta 7-11-2018 01:27 PM
Gucci punya scarf mahal tak?
Quote borrow 7-11-2018 01:40 PM
Lol . Dgn jacket tu , tingat acik juma.

za.jpg


Quote kisahkeaku 7-11-2018 02:38 PM
lofa please,imej tudung gini diterima ya di holiwud.maybe lofa blh try tinggalkan turban yg x kena dgn rupa lofa yg comel tu.
Quote whadda 7-11-2018 02:52 PM
dengan kasut bulu2 nampak macam mak jemah sangattt
Quote Sang_Pencinta 7-11-2018 08:03 PM
borrow: Lol . Dgn jacket tu , tingat acik juma. 406687



Dia dapat inspirasi dari ini kot! Lol
Quote nadie90 7-11-2018 08:48 PM
Dri rpa gngsta hip hop trus ke rupa mkck2...xbleh blah btul
Quote tanganbercakap 8-11-2018 08:17 AM
Mak cik bawang sangat rupe
Quote mieymiey 8-11-2018 01:04 PM
Ini baru la dinamakan menutup aurat yach
Hanya mendedahkan tangan dan muka
Quote liyamariska 8-11-2018 06:27 PM
ai ketawa tgk rupa tudung A$AP Rocky cam rupa tudung makcik yg ajar ai ngaji masa kecik2 dulu...
Quote puanbintang 9-11-2018 04:15 PM
bagusnya..nampak muka dgn tangan je
Quote Sang_Pencinta 10-11-2018 08:29 PM
liyamariska replied at 8-11-2018 06:27 PM
ai ketawa tgk rupa tudung A$AP Rocky cam rupa tudung makcik yg ajar ai ngaji masa kecik2 dulu...

Jangan2 Rocky pun buat lawak je ko?
Quote Sayawanieta 15-11-2018 05:08 PM
nenek vogue masa kini hahaha
Quote awexgaban7 27-11-2018 11:55 PM
Bang jat cawangan apreka {:smile

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.075576 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top