CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Siswa Siswi Kecewa Dapat Dekan Setiap Sem Pun Terpaksa Bayar PTPTN

9-11-2018 11:57 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10417| Komen: 51|Original author: Oleh: Azza



Sejak pembentangan Bajet 2019, pelbagai pandangan diutarakan oleh segenap rakyat Malaysia. Antara yang menarik perhatian ialah tiada bajet diperuntukkan kepada pembelajaran mahasiswa di Universiti Awam. Lebih menyedihkan lagi apabila janji untuk menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya mendapat Dekan setiap semester telah ditarik balik.

Hal inilah yang memberi tamparan kepada pelajar yang selama ini bertungkus lumur belajar untuk mendapatkan kecemerlangan dalam akademik. Bagi mereka, ini satu-satunya cara untuk mendapatkan biasiswa setelah banyak tawaran pinjaman lain di tolak. Apatah lagi  ramai yang berusaha keras ini terdiri daripada pelajar yang susah. Maklumlah, mereka tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang cuma bekerja kampung, misalnya hingga mereka mempersoalkan adakah pendidikan hanya untuk orang kaya semata-mata?



Kredit foto:

Menurut netizen, pelaksanaan sistem ini akan membuatkan 'domino effect' yang sangat teruk apabila semua pelajar termasuk mereka yang mendapat kelas pertama pun terpaksa membayar balik pinjaman tersebut. Maklumlah mesti ramai yang berfikir tiada gunanya belajar bersungguh-sungguh sedangkan tiada keistimewaan diperoleh, sama seperti mereka yang mendapat kelas kedua dan seterusnya.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, pelajar yang berusaha mati-matian bagi mendapatkan kelas pertama setiap semester semestinya berharap untuk mendapatkan ganjaran yang berbaloi. Jadi, jika ada segelintir individu yang merasakan hutang wajib dibayar sebenarnya perlu melihat pada konteks yang lebih besar iaitu tidak semua orang mampu menanggung kos pembelajaran yang tinggi. Jadi, menyedihkan apabila kerajaan menarik balik cadangan tersebut.


"Ya, aku tau Malaysia banyak hutang. Tapi tak cukup ke kau dah buat Tabung Harapan dan lepas tu mansuhkan semua benda. Apa guna kami struggle setiap sem? Ingat senang ke nak dapat dekan?"
Selain pemansuhan 'biasiswa', siswa dan siswi juga merasa terpukul dengan bantuan RM250 dihapuskan, perlu membayar PTPTN apabila bergaji RM1,000 ke atas, MyBrain dimansuhkan serta yuran belajar yang terus meningkat. Sudahlah untuk mendapat dekan setiap semester sangat mencabar (3.67 ke atas), kini terpaksa berdepan dengan pelbagai liku yang sungguh berduri.
Bagaimanapun, tidak semua yang terasa dengan pemansuhan ini kerana bagi mereka hutang tetap WAJIB dibayar. Jadi, janganlah dijadikan alasan cemerlang pun tetap kena bayar.

Kredit foto: Carian Internet

Tidak semua pelajar mampu meneruskan pembelajaran di menara gading. Jadi, dengan harapan apabila belajar bersungguh-sungguh, mereka akan diberi ganjaran, itu sudah cukup menggembirakan mereka terutamanya pelajar daripada keluarga yang susah. Namun, harapan semakin 'sakit' dan mungkin juga ada pelajar yang merasakan tiada gunanya belajar bersungguh-sungguh kerana terpaksa membayar pinjaman pelajaran biarpun akademik cemerlang. Adakah generasi bijak pandai akan pupus akhirnya? - CARI 
13

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 9-11-2018 12:12 PM
Kesian.. maybe next year govt ada cadanga br. Apa2 pun bertabahlah
Quote prettyuglybabe 9-11-2018 12:13 PM
apa niat dorang ni belajar ye? sikit-sikit nak merungut..
u amik loan, itu pilihan u.. tak boleh ke belajar je sampai habis dulu..
dah dapat degree and kalau betul cemerlang, jumpa la ptptn buat rayuan minta diskaun bagai tu..
tak habis-habis mintak orang fikir ko punya struggle belajar nak dapat dean..
struggle pihak lain ko ada nampak ada fikir?
Quote aderaderker 9-11-2018 12:28 PM
Tabiat suka terima,  terima,  terima.
Quote soretos 9-11-2018 12:29 PM
Sebenarnya kerajaan dah banyak tolong..anak2 muda sekarang banyak tak kenang budi..manja sangat hutang dah guna pun tak nak byr..beli macam2 melancong kesana sini boleh pulak.. betul la PM ckp peminjam ptptn ni tak tahu malu..
Quote duri_durians 9-11-2018 12:33 PM
bukan ptptn dapat diskaun ke bila first class?

-- pengguna biasiswa JPA
Quote CiliPadiSedap 9-11-2018 12:39 PM
duri_durians replied at 9-11-2018 12:33 PM
bukan ptptn dapat diskaun ke bila first class?

-- pengguna biasiswa JPA

dah dimansuhkan oleh nobita. duit xde nak bayar hutang najib .
Quote armin 9-11-2018 01:34 PM
CiliPadiSedap: dah dimansuhkan oleh nobita. duit xde nak bayar hutang najib .

Nobita dengki anak melayu dpt belajar free. Padahal blh je tolak benda lain tp nk jgk tolak kos pendidikan{:spec
Quote mieymiey 9-11-2018 01:54 PM
Jadi ini semua salah siapa anak-anak?
Quote wadiunong 9-11-2018 02:27 PM
prettyuglybabe replied at 9-11-2018 12:13 PM
apa niat dorang ni belajar ye? sikit-sikit nak merungut..
u amik loan, itu pilihan u.. tak boleh ke ...



Betul tu uols. ingat negara kita ni kaya raya macam negara Ereb tu? semua nak free.

tak paham betul la yg dapat anugerah ni nak hadap free je. dah grad nanti takde nya company pandang ko dapat anugerah ke tak. inila akibatnya bila dah lama dijadikan amalan so menurun la sampai nenek moyang nak benda free.

kira untongla masih ada PTPTN yg bagi hutang belajar, kalo tak bergolok bergadai la parents korang nak byr yuran
Quote julia5094 9-11-2018 02:44 PM
Dah kemana hilangnya ayat, "kalau mau free, belajar la rajin2 bagi dapat dean list..."
Acik hanya senyum simpul je...
Quote julia5094 9-11-2018 02:48 PM
wadiunong replied at 9-11-2018 02:27 PM
Betul tu uols. ingat negara kita ni kaya raya macam negara Ereb tu? semua nak free.

tak pah ...

Ehhh..dulu ramai yang tak tau ni u...menteri2 terutamanya azmin ali tu siap bagai ceramah..ptptn harus di bagi free. Hutang ptptn ni lain dengan hutang kereta. Hutang ptptn ni hutang yang terpaksa ambik, kalau tak ambik, tak boleh belajar...jadi patut free. Hutang kereta tu satu kehendak je...wajib bayar..kata azmin la..bukan iols kata...Pak menteri dok ajar budak2 dan makpak budak..Bila diorang termakan dengan hasutan..budak2 pulak di marah sebab mau benda free...


Quote wadiunong 9-11-2018 03:04 PM
julia5094 replied at 9-11-2018 02:48 PM
Ehhh..dulu ramai yang tak tau ni u...menteri2 terutamanya azmin ali tu siap bagai ceramah..ptptn h ...



ye ke uols??

sorry la iols tak pernah ambik tahu pon mana2 parti punya manifesto sebab iols tahu semua sama je suka kencing


Quote chicozinn 9-11-2018 03:28 PM
alah, aku ni dinafikan biasiswa JPA aman2 je steady pinjam ptptn tapi da keja bayar la..kes aku lagi teruk nama da msuk list penerima JPA tapi sampai kat U kne buang sebab alasan aku budak direct intake bukan budak dari matrix U tu..sialan yachhh
Quote belilies 9-11-2018 04:07 PM
Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Quote palmolive 9-11-2018 04:33 PM
sian ko nak..dh pulun tiap sem tak dapat gak pengecualian..
nanti tak dapat kerja org ckp ko memilih kerja..

dh pulun2 teruk takleh pilih kerja...
Quote sheqim 9-11-2018 04:45 PM
bukan ke zaman meols, grad taun 2013, sape first class sape guna ptptn, ptptn convert to scholar... ke aku slh?

bagi aku ptptn is ok je kalu takde bunga weh.. ko pinjam 35k, ko bayau 70k.. rabak oi.... bagi aku kalu kjaaan buat cam pinjam 35k byr 35k asenya aku sgt2 bersyukur.. skang ni byr pt cam xpernah abis hahaha
Quote besarkecik 9-11-2018 04:48 PM
Kesian siapa yang turun berdemo. Nasib baik dapat belajar dekat kolej Mara, jadi Mara bagi elaun rm30, kediaman free, makan free pagi, tengahari, petang. barang pun free. Yuran setiap sem cuma RM65. Cuma 1st sem tu kena bayar rm150. Walaupun aku dikutuk dikeji kawan aku yang belajar uitm, katanya IQ aku low bukan setaraf budak uitm, tapi aku tak berhutang macam dia.
Quote julia5094 9-11-2018 05:16 PM
wadiunong replied at 9-11-2018 03:04 PM
ye ke uols??

sorry la iols tak pernah ambik tahu pon mana2 parti punya manifesto sebab ...

Ye chuols..ada kat youtube boleh tengok lagi...nasib iols tak pinjam ptptn..kalau tak, mesti terpedaya dengan janji manis ittew..
Quote fizahafiza 9-11-2018 05:58 PM
zaman i dulu memang sape yang dapat result bagus takyah bayar ptptn, dah takde eh benda tu?

btw dah kerja bayar la thru direct debit nanti boleh dapat 10% discount

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.083872 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top