Konsert Gegar Vaganza musim Kelima, GV5 telah pun menutup tirainya semalam dengan penyanyi Noryn Aziz menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dalam pertandingan nyanyian anjuran Astro itu.
Bagaimanapun, bekas juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin sempat memuat naik status di akaun Instagramnya dan berharap agar pemenang GV5 tidak menerima nasib yang sama seperti yang dialami olehnya sebelum ini. "Kenangan biarlah tinggal kenangan," tulis Aishah memulakan bicara. Aishah yang sebelum ini tidak berpuas hati apabila hadiah yang diberikan kepadanya sebelum ini merupakan barangan tiruan, berharap agar kejadian yang sama tidak akan berulang kepada rakan seperjuangannya yang memenangi GV5. "Harap-harap kalian semua tidak akan bermasalah untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan," tulis Aishah sambil meminta agar semua tidak mengecam dia kerana tanpa dia dan penyanyi vateren yang dilabel sebagai 'artis sendu' itu, program tersebut tidak akan berjalan seperti yang dimahukan. Aishah turut memberikan penjelasan mengenai status hadiah yang dijanjikan kerana ramai yang bertanya mengenainya. Biar mahkamah yang tentukan.. Aishah turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokongnya. Dalam pada itu, rata-rata ramai yang memberikan sokongan kepada Aishah untuk mempertahankan haknya. Apa pun semoga Aishah berjaya mendapatkan haknya seperti yang telah dijanjikan. Sudah berjanji kenalah tunaikan, betul tak? -CARI
|
chinta89 replied at 19-11-2018 04:00 PM
noryn walaupun menang GV aku rse la x mnyerlah mana pun lps ni. ak rse zamani lagi byk tawaran akan ...
lazim replied at 19-11-2018 04:02 PM
Eh 100k tu byk. Xkisah la sendu pon. Jnji duit dpt.
chinta89 replied at 19-11-2018 04:00 PM
noryn walaupun menang GV aku rse la x mnyerlah mana pun lps ni. ak rse zamani lagi byk tawaran akan ...
ADVERTISEMENT