CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lemaskan Isteri, Mahu Tuntut Insurans RM18 Juta

14-12-2018 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4763| Komen: 27|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang suami didakwa membunuh isterinya semasa bercuti di Phuket.

Lelaki dari Tianjin, China, itu bertindak sedemikian selepas membeli lebih 30 juta yuan (RM18 juta) polisi insurans hayat atas nama isterinya.


Shanghaiist melaporkan, Zhang Weifan, membawa isterinya yang lebih dikenali sebagai Xiaojie dan anak perempuan berusia 20 bulan ke Phuket pada akhir bulan Oktober.

Lemaskan Isteri, Mahu Tuntut Insurans RM18 Juta


Namun pada hari ketiga percutian, ibu bapa Xiaojie menerima panggilan mengatakan Xiaojie lemas di kolam renang.

Timbul kecurigaan apabila ibu bapanya mengetahui yang Xiaojie adalah seorang yang pandai berenang.


Mereka mendapati mayat Xiaojie mempunyai lebam dan melaporkan mengenai Zhang kepada polis.

Semasa dalam siasatan, Zhang mengakui melemaskan isterinya.

Menurut sumber lagi, Zhang berpura-pura pergi bekerja setiap pagi tetapi sebenarnya menganggur.

Kira-kira158 gigabait pornografi turut ditemui di komputernya.

Ibu bapa Xiaojie kini memohon ekstradisi Zhang dari Thailand.-CARI
15

Bagus
10

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
17

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melnanzz 14-12-2018 06:31 PM
Sial lah jantan ni. Beli insuran bini. Lepas tu pergi Thailand dah bunuh isteri. Kaki porn rupanya. So tahulah pergi Thailand tu nak buat apa kan.
Quote gummiebear 14-12-2018 07:22 PM
Pastu kantoi. Apa pun tak dapat. Mereput lah kau dalam penjara!
Quote 234126 14-12-2018 07:55 PM
Dia ingat boleh lepas ye membunuh zaman sekarang ni. Kalau zaman 70-80an mungkin la teknologi belum canggih nak detect any suspiciousness.
Quote slavehunter 14-12-2018 07:59 PM
Ingat polis bodo ker....kat America pun. Ingat bijak. Polis ada Luminol ada Dna semua boleh detect.
Quote moonbug 14-12-2018 09:49 PM
Ingat bijak sangat la tu buat plan nak bunuh wife sampai ke Thailand. Sekali senang-senang je kantoi
Quote sukacactus 14-12-2018 09:59 PM
Byk tengok porn otak lembab...hapah pun xdapat!
Quote kroit92 14-12-2018 10:47 PM
China dengan insurance fraud tak dapat dipisahkan
banyak sangat kes diorang ni

tapi tak tau apa kena mengena dengan report 158gb porn tu
Quote LautBiru52 15-12-2018 10:15 AM
Tak guna punya suami. Dah la tak keje. Suka layan porn. Anak baru 20 bulan. Konon abis cerdik la pegi bunuh isteri dekat thailand. Isteri pulak jenis pandai berenang tapi buat alasan mati lemas. Elok mati je la kau ni
Quote Spicymami 15-12-2018 11:32 AM
Salah ke ada 1 tera porno dlm laptop hehe setau iols child porno je yg xbleh ada kan.. Even satu video pon xleh
Quote r_innalif 15-12-2018 11:33 AM
Sian isterinya mati sia sia.. dh la hdup dpt laki x guna
Quote Jorja 15-12-2018 01:33 PM
Lebih kasihan kt anak dia, mak da mati, bapak bakal masuk penjara
Quote onexox97 15-12-2018 01:39 PM
tula tengok porno sangat
benak la
tak tahu la kaedh membunuh mcmana sepatutnya
Quote cleopatralady 15-12-2018 03:22 PM
sanggupp {:dot
Quote awexgaban7 15-12-2018 07:03 PM
Gila duit cmni la jadinyaaa
Quote AyaqMeloSuam 16-12-2018 01:11 AM
Xcukup researched ttg bini dia nih.. rupanya pandai berenang.. STUPIDDD !
Quote kakyungpilah85 17-12-2018 08:44 AM
bangang..nak membunuh tp xcukup research..bongok..mampus la mereput tunggu mati kat penjara tu
Quote mieymiey 17-12-2018 09:08 AM
Teringat cerita hindi yang Juhi Chawla nak lari dari cengkaman laki dia, buat-buat mati lemas. Padahal juara renang masa kat kolej dulu. Terbalik pula dengan biawak bongok ni. Dah la tak kerja, kaki porn, pembunuh pula. Semoga mampus dalam penjara!
Quote chinta89 17-12-2018 11:37 AM
mieymiey replied at 17-12-2018 09:08 AM
Teringat cerita hindi yang Juhi Chawla nak lari dari cengkaman laki dia, buat-buat mati lemas. Padah ...

cte ape u. nk tgk. mcm best.
Quote mieymiey 17-12-2018 11:45 AM
chinta89 replied at 17-12-2018 11:37 AM
cte ape u. nk tgk. mcm best.

Daraar. Cerita tahun 1996. Haritu i tertengok masa tivi3 ulang tayang

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.071604 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top