CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Chindian Kena Reject Tuan Rumah Sewa Kerana Bukan Seratus Peratus Cina

31-12-2018 05:51 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8237| Komen: 34|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sudah lebih 60 tahun merdeka tetapi tidak dapat dinafikan, diskriminasi kaum masih lagi menebal di kalangan masyarakat Malaysia. Tidak kiralah semasa mencari pekerjaan, mahupun ketika mencari rumah sewa, masih ada pemilik yang lebih memilih kaum atau agama tertentu, malahan secara terang-terangan di dalam iklan.



Kredit foto: World of Buzz


Lihat sahaja di mana-mana ruangan iklan suratkhabar. Pasti ada tapisan untuk 'Melayu sahaja', 'Muslim sahaja', 'Indian Only' ataupun 'Chinese Only'. Sehinggakan perkara ini sudah sebati dalam masyarakat dan dianggap biasa.



Kredit foto: Twitter


Baru-baru ini Divyang Hong, seorang bakal guru keturunan kacukan India dan Cina (atau Chindian) memuatnaik status di Twitter menceritakan kepayahannya mencari rumah sewa. 


Memetik sumber World of Buzz, dengan latar belakangnya dari dua kaum utama di negara ini, Divyang menyangka peluangnya untk mendapat rumah sewa akan lebih mudah, tambahan pula beliau boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya!



Kredit foto: Carian Google


Divyang telah menelefon pemilik sebuah rumah di Pulau Pinang yang mengiklankan untuk 'Chinese Only'. Pada mulanya beliau dilayan dengan baik ketika berbual dalam bahasa Mandarin. 


Bagaimanapun apabila mendapat tahu ibu beliau adalah seorang India, tuan rumah serta merta menolaknya. 'Kami tidak terima kacukan, hanya seratus peratus Cina' katanya.



Kredit foto: Carian Google


Kes seperti ini tidak terhad kepada suku kaum Cina sahaja, tetapi kerap berlaku kepada suku kaum lain juga. Divyang dalam tweetnya menggesa warga Malaysia  Baru untuk mengubah persepsi negative masing-masing terhadap sesebuah kaum.


Memetik kata-kata Divyang, mungkin sudah sampai masanya pemilik rumah perlu memilih penyewa berdasarkan kriteria yang adil dan munasabah, bukannya berdasarkan kaum. - CARI 

8

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shop_girl 31-12-2018 06:00 PM
So it's like you can speak like us but you are not one of us   Pandai dah cakap mandarin tu..still tak cukup huh..
Quote merrissa 31-12-2018 06:45 PM
kahkahkah sesama deme pon racist...icerd konon
Quote Orix 31-12-2018 07:50 PM
Ala apa bezanya dgan rumah sewa utk perempuan muslimah shj.... melayu tapi tak muslimah tak erebb tak leh sewa gittuhhhhhhh
Quote Sang_Pencinta 31-12-2018 08:10 PM
Orix replied at 31-12-2018 07:50 PM
Ala apa bezanya dgan rumah sewa utk perempuan muslimah shj.... melayu tapi tak muslimah tak erebb ta ...

Tudung labuh sahaja ke sis?
Quote Orix 31-12-2018 08:24 PM
Sang_Pencinta replied at 31-12-2018 08:10 PM
Tudung labuh sahaja ke sis?

Iya sissssss....... assobiyah tahap apa pun iols xtau nk ckp......
Quote Beautifulliar. 31-12-2018 08:58 PM
Sedap jgk muka heshe
Quote LadyCarefree 31-12-2018 09:57 PM
Orix: Ala apa bezanya dgan rumah sewa utk perempuan muslimah shj.... melayu tapi tak muslimah tak erebb tak leh sewa gittuhhhhhhh


Kihkihkih mlayu isle lg terok kot diskriminasi kt kaum & ugame laen
Quote Spicymami 31-12-2018 10:35 PM
Sukati tuan rumah la dia susah payah beli umah tu ikut suka diala nk preferences dia nk tenant mcm mana sekalipun.
Quote Orix 31-12-2018 11:05 PM
Spicymami: Sukati tuan rumah la dia susah payah beli umah tu ikut suka diala nk preferences dia nk tenant mcm mana sekalipun.


Kann... sama jugak kalo company tak bg pekerja pakai tudung ke hapa, sukati tokey company la susah payah bangunkan syarikat/hotel/kedai ikut suka dia la nak hire org pakai tudung ke tak pndai ckap mandarin ke tak.....
Quote PongKang 31-12-2018 11:34 PM
Sian.. if aku tuan umah mmg aku okey je pape bangsa cuma nak tgk apa pekerjaan dia..mcm bank gak ada credit scoring.. bangsa tak menentukan credit scoring {:handsome{:hero
Quote JunkMail 31-12-2018 11:35 PM
Aku bab menyewakan rumah ni terus jadi racist. Tak sudi aku nak sewakan kat orang Melayu bukan profesional. Tak reti menjaga harta benda orang. Terus aku sewakan kat Korean. Kalau tak biar kosong pun takpe.
Quote Sang_Pencinta 1-1-2019 05:55 AM
Tuan rumah kadang2 ada pengalaman penyewa lalu yg tak bagus. Terus cop kaum tu semua serupa.
Quote pokaibanktokyo 1-1-2019 07:43 AM
Orix replied at 31-12-2018 03:05 PM
Kann... sama jugak kalo company tak bg pekerja pakai tudung ke hapa, sukati tokey company la sus ...

Selalu yang diskriminasi tu bukan tokey. Pekerja saja tapi berlagak macam pemilik
Quote pokaibanktokyo 1-1-2019 07:46 AM
JunkMail replied at 31-12-2018 03:35 PM
Aku bab menyewakan rumah ni terus jadi racist. Tak sudi aku nak sewakan kat orang Melayu bukan profe ...

Bukan melayu yang bukan professional pun sama gak sifat sakainya
Quote pokaibanktokyo 1-1-2019 07:55 AM
Spicymami replied at 31-12-2018 02:35 PM
Sukati tuan rumah la dia susah payah beli umah tu ikut suka diala nk preferences dia nk tenant mcm m ...

Sangat setuju. Bila kaum yang dia suka sangat tu pinjam duit along untuk main judi dia jugak yang mesti baiki rumah sendiri lepas kena simbah cat merah, kena lilit rantai besi kat pagar, kat pintu semua
Quote pokaibanktokyo 1-1-2019 07:57 AM
Sang_Pencinta replied at 31-12-2018 09:55 PM
Tuan rumah kadang2 ada pengalaman penyewa lalu yg tak bagus. Terus cop kaum tu semua serupa.

Kalau dia banyak pengalaman mesti dia tak mau langsung cina. Hahahaha
Quote pokaibanktokyo 1-1-2019 08:06 AM
PongKang replied at 31-12-2018 03:34 PM
Sian.. if aku tuan umah mmg aku okey je pape bangsa cuma nak tgk apa pekerjaan dia..mcm bank gak ada ...

Boleh gak buat credit rating sendiri berpandukan bangsa. Kaum mana selalu kena simbah cat merah engko bagi rating tercorot
Quote Jorja 1-1-2019 11:09 AM
Boleh ke sama kan? Racism = preference? I rasa itu dua benda berbeza
Quote Rogue98 1-1-2019 01:48 PM
Racism kat Malaysia ni memang sangat teruk. Tapi yang asik kena tuduh ialah orang Melayu. Kalau Melayu racist dah lama kaum lain takleh cari makan kat negara ni. Sekarang nak beli sewa rumah pun ikut kaum ye. Kat jobstreet tu berlambak posting Chinese or Mandarin speaking only. Yang post2 rendah saja open to Malays. Patut iklan macam ni diharam kan kat negara ni.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.044616 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top