CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Isteri Dengan Seterika Kerana Lambat Bancuh Air

3-1-2019 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3736| Komen: 29

Hanya kerana lambat membancuh minuman, lelaki tergamak memukul kepala isterinya menggunakan seterika, lapor MalaysiaKini yang memetik BERNAMA.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga suri rumah, 26, mendakwa dipukul suaminya, 43, dengan seterika di rumah mereka di Taman Kerapu, Butterworth kira-kira jam 3 petang pada Isnin.




"Lelaki itu bertindak sedemikian selepas berang terhadap isterinya yang sibuk membuat kerja rumah hingga lambat membancuh minuman untuknya. 

"Disebabkan menunggu terlalu lama, dia tiba-tiba mengambil seterika baju dan terus memukul isterinya hingga menyebabkan kecederaan di kepala.


"Berikutan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis dan memaklumkan insiden tersebut bukan kali pertama, malah mereka berdua sering bergaduh akibat masalah tekanan hidup,” katanya.

Susulan laporan dibuat mangsa, polis menahan lelaki terbabit pada jam 8.40 malam tadi dan direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek memiliki enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah selain ujian air kencing menunjukkan dia positif dadah.

"Pasangan itu telah berkahwin lima tahun lepas dan mereka mempunyai dua anak, polis masih menjalankan siasatan sama ada kanak-kanak terbabit pernah dipukul oleh bapa mereka," katanya. - CARI
14

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 2-1-2019 06:16 PM
Dengan scandal berani xbuat camtu
Quote umbut 2-1-2019 06:17 PM
Umur 26 laki 43 kerja tukang besi... gatai sangat nak kahwin org tua
Quote prettyuglybabe 2-1-2019 06:22 PM
janji bukan andartu kan..
hadap je la walau laki taik dadah pun..
Quote lasagnaklcc 2-1-2019 06:24 PM
Bgn amik seterika libas bini boleh, nak buat air sendiri malas. Mmg jadi raja kat rumah, memerintah je.
Quote PulutSambal 2-1-2019 06:40 PM
Tagline: Asalkan berlaki...
Quote white_musk 2-1-2019 06:41 PM
Tak cium bau syurga kau dik
Quote jazaa100 2-1-2019 06:48 PM
Asal berlaki......
Quote jazaa100 2-1-2019 06:48 PM
white_musk replied at 2-1-2019 06:41 PM
Tak cium bau syurga kau dik

Lama tak nmpak kau...

Bertapa kar gua kelam ek?....
Quote sukacactus 2-1-2019 10:15 PM
Bkn kali pertama berlaku pun sanggup tunggu lg
Quote misc 2-1-2019 10:20 PM
Bongok. Ingat dlm drama minggu ini ke, asyik bini je buat air. Ada kaki tgn boleh je buat air sendiri. jgn pemalas sgt.
Quote cmf_ummi 2-1-2019 11:02 PM
Pulau Pinang darul seterika
Quote MarryPottet 2-1-2019 11:25 PM
kesiannya kat adik ni. dah 5 tahun dia memperhambakan diri kat taik dadah. now ada peluang untuk dia angkat kaki, sila lari jauh2 dari jantan taguna tu & mulakan hidup baru dengan anak2. usia masih muda, ada banyak peluang kerja halal menanti. moga dipermudahkan Allah segala urusan ibu ini & anak2nya serta dilimpahi rahmat & kebaikkan yg berterusan. aamiin
Quote rainbowrainz 2-1-2019 11:34 PM
Urut dada iols baca...
Quote BabyOnEarth 3-1-2019 11:05 AM
ishhh jgnla tinggal serumah dgn drug addict ni.
ada pon buat merana badan je
Quote minguk 3-1-2019 11:38 AM
dah tua pun jahat!
Quote matchstick 3-1-2019 03:08 PM
Buat lah sdiri air tu.. Bukan susah sgt mcm zaman dulu2 kena angkut air di perigi, masak atas dapur kayu pastu baru boleh bancuh air
Quote clarizsa 3-1-2019 03:25 PM
Jantan bangsat cmni
Nak minum pun harap kat bini
Sampah tul
Seb baik bini dh tak bodoh hadap kena pukul
Padanla muka kena repot polis
Quote Malaysia.Doom 3-1-2019 03:27 PM
Stress bisnes kat komtar sendu kot.
Quote myakayina 3-1-2019 04:14 PM
kenapa lah skrg ni ramai lelaki taik dadah ek?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.064097 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top