CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asteroid Hentam Bumi Pada Februari, NASA Didakwa Cuba Sorok Kebenaran

3-1-2019 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8700| Komen: 64|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sebelum ini NASA pernah membuat pengumuman mengenai astreoid gergasi yang dijangka menghentam bumi pada 2019.

Batu angkasa yang dinamakan 2002 NT7 itu diramal memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.


Ia berkemungkinan bakal menghentam bumi pada 1 Februari namun ramalan tersebut telah ditarik serta merta oleh pihak NASA.

Daily Star melaporkan, NASA akan membuat perkiraan semulada dan mengesahkan yang ianya bukanlah satu ancaman kepada bumi.

Foto: Youtube
Malah menurutnya, ia bakal melalui bumi tanpa berlaku apa-apa perlanggaran pada 13 Januari nanti.

Sementara itu, ahli teori konspirasi mendakwa NASA cuba menutup ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.


Mereka mendakwa 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai 'risiko impak positif' yang dipercayai bakal menghentam bumi.

Bagaimanapun NASA tiba-tiba mengumumkan ia bukan ancama selepas ia menjadi topik perbualan hangat.

Sepanjang 2018, 75 video mengenai asteroid 2002 NT7 telah dimuat naik ke laman Youtube. -CARI
11

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
7

Sedih
16

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 3-1-2019 08:44 AM
tanda tanda PH akan tumbang
Quote famri7 3-1-2019 08:52 AM
Apa2 apocalypse elohim hanya target ummah semenanjung jah..mengikut ostard sunni...samb share artikel guna gamba movie2 hollywood.
Quote AbukRokok 3-1-2019 08:54 AM
korang yg dah ketakutan silalah sedekahkan wang dalam akaun ke dalam akaun saya
sila pm... moga2 beroleh pahala
Quote cmf_premierleag 3-1-2019 08:55 AM
alhamdulillah...akak mmg suka event2 besar mcm ni
Quote AbukRokok 3-1-2019 08:58 AM
jap lg kluar teori Neon Party Port Dickson 2018...punca asteroid NT7777 hantam bumi
Quote Malaysia.Doom 3-1-2019 09:05 AM
Tolong sebarkan pada 66 orang rakan whatsapp anda.

Jika tidak Allah akan melaknat anda selama 20 tahun.
Quote pearl.silver 3-1-2019 10:05 AM
Baru ni ada org kalut2 kata ada ustaz (xsure) kata bln 3 nnt ada fenomena bergelap selama beberapa hari..pehtu nnt bila terang balik kita dot dot..
Sebab kes asteroid ni ke sebenarnye?
Quote zorrro_03 3-1-2019 10:24 AM
mana2 yang takut mampus sila lah bersembunyi di tempat selamat.  
Quote lipans 3-1-2019 10:33 AM
Seoatutnya jatuh dekat kl. Tapi disebabkan 1 februari cuti hari wilayah, tak jadi.
Quote aHoi83 3-1-2019 10:45 AM
Manusia bakalan pupus spt dinasor
Quote DollahRepek 3-1-2019 10:55 AM
Boleh berforum lagi kah jika asteriod menghentam bumi?
Quote AHMADVW 3-1-2019 11:12 AM
Nasa ni sumber sesat
Quote RatuDunia94 3-1-2019 11:12 AM
Ada lg x tiket ke planet lain?
Quote Spicymami 3-1-2019 11:54 AM
Dah 2019 ni rasanya teknologi da cukup canggih nk tembak asteroid tu pakai laser etc.  Klu NASA sembunyikan pun probably masih dlm stage yg dorg boleh selesaikan instead of hebahkan sana sini creating public panic attack.
Quote giyomi 3-1-2019 12:15 PM
jika benaran, maka kita bermaaf2an lah di porem ni...kt redha jer dgn segala ketentuanNya
Quote Loxlaxman 3-1-2019 12:30 PM
Kecik jaaa...buleh lastik asteroid tu..ubah haluan...ileks aa...sap kok luu.
Quote dess402 3-1-2019 12:40 PM
Loxlaxman replied at 3-1-2019 12:30 PM
Kecik jaaa...buleh lastik asteroid tu..ubah haluan...ileks aa...sap kok luu.

ntah la..  dah 3 batang rokok aku Isap.
tak jugak dapat solution nya.
Quote Dwdrum 3-1-2019 12:50 PM
Wartawan banyak di forum cari yea ?
Quote Remyda 3-1-2019 01:09 PM
Tidak benar asteroid bakal hentam bumi pada 1 Februari - ANGKASA

Astro Awani |  Published Januari 03, 2019 12:48 MYT
NASA sebelum ini mengumumkan asteroid gergasi bergelar 2002NT7 bakal memasuki atmosfera bumi.


KUALA LUMPUR: : Asteroid bakal menghentam Bumi pada 1 Februari 2019? Tidak benar!

Demikian tegas Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan hari ini.

"MESTECC melalui ANGKASA telah menerima pertanyaan dan reaksi orang ramai terhadap laporan berkaitan asteroid bakal menghentam Bumi pada 1 Februari 2019.

"ANGKASA ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah tidak benar," katanya.

Oleh itu, ANGKASA menasihatkan orang ramai agar tidak gusar atau bimbang berkaitan perkara tersebut.

Pada Rabu, memetik portal Daily Star, pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) dilaporkan mengumumkan bahawa asteroid gergasi yang dinamakan 2002NT7 dipercayai bakal memasuki atmosfera Bumi.

Mengikut perkiraan NASA, asteroid itu dijangka menghentam bumi pada 1 Februari tetapi ramalan itu bagaimanapun ditarik balik serta-merta.

ANGKASA berkata, asteroid yang diberi gelaran 2002NT7 itu telah dijumpai NASA pada 2002.

"NASA telah membuat pengiraan berdasarkan teori astronomi bahawa asteroid terbabit akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 dengan kebarangkalian kurang dari 1 peratus.

"Bagaimanapun, dengan pemantauan dan pengiraan semula, kebarangkalian asteroid tersebut menghentam Bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil," katanya.

Hasil semakan dan penelitian ANGKASA, pihaknya mengesahkan asteroid tersebut tidak akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 seperti dilaporkan.

ANGKASA oleh itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan berita yang tular dan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.080804 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top