CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mowgli Malaysia, Gambar Budak 14 Tahun Mesra Dengan Haiwan Tular

11-1-2019 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22979| Komen: 231|Original author: Oleh: Myra Rozi

Mohd Syukur Khamis, 14, digelar Mowgli Malaysia, watak seorang budak dalam The Jungle Book yang sangat akrab dengan haiwan.

Gambar Syukor bersama haiwan peliharaan ayahnya yang dirakam oleh seorang jurugambar Nazri Sulaiman telah memenangi anugerah antarabangsa, juara Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic bagi kategori Jalanan/Orang Terbaik.


Foto: FB Syukor Khamis - Kampong Boy
Utusan Online melaporkan, gambar-gambar yang dirakam Nazri menunjukkan betapa mesranya hubungan haiwan seperti kerbau, lembu kambing, angsa dan burung dengan Syukor.


"Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya. Itu biasa.


Foto: FB Syukor Khamis - Kampong Boy
"Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni.

"Sesetengah kerbau ada namanya seperti Awang (dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo," kata Nazri di Facebook.


Foto: FB Syukor Khamis - Kampong Boy

Menurut Nazri lagi, Syukor tinggal di Terengganu dan ayahnya yang dikenali sebagai Pak Khamis akan membawa tetamu ke kandang kerbaunya di Kubang Bujuk bersama Syukor.

Foto: FB Syukor Khamis - Kampong Boy
"Walaupun kerbau-kerbau tu dah kenal dgn Syukor tetapi ia tetap haiwan jugak, faktor keselamatan tetap diutamakan. Sebab itu ayahnya mesti ada bersama.

"Bagi orang dari luar Terengganu yang nak datang sama ada untuk melawat atau mengambil gambar, Pak Khamis ada sediakan bilik di kawasan halaman rumahnya. Jadi tak perlulah nak sewa bilik hotel mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu." -CARI

10

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 11-1-2019 11:50 AM
Kerbau macam kawan - Mohd Syukur
JUMAAT, 11 JANUARI 2019 @ 11:32 AM

Muhammad Syukur Khamis, 14, bersama kerbaunya di Kampung Kubang Bujuk. Syukur menjadi perhatian dunia selepas gambar keakrabannya dengan kerbau yang dirakam seorang jurugambar tular di media sosial. - Foto Ghazali Kori

Muhammad Syukur Khamis, 14, bersama kerbaunya di Kampung Kubang Bujuk. Syukur menjadi perhatian dunia selepas gambar keakrabannya dengan kerbau yang dirakam seorang jurugambar tular di media sosial. - Foto Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: “Tak pernah terlintas di fikiran minat dan kelebihan saya bermanja dengan kerbau membuatkan saya terkenal sehingga ke luar negara,” kata Mohd Syukur Khamis, 14, yang foto memaparkan aksi manjanya bersama haiwan itu tular di media sosial.

Pelbagai aksi pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu dengan kerbau peliharaan bapanya mendapat pujian pengguna media sosial, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyatakan kekagumannya terhadap keakraban dan kemesraan Mohd Syukur bersama haiwan itu yang disifatkannya begitu ikhlas.

Gambar tular itu dirakamkan jurugambar dikenali sebagai Dollah Deen Photography yang berasal dari Kelantan tetapi bekerja di Kuala Terengganu dan Mohd Nazri Sulaiman yang juga anak jati negeri ini tetapi kini menetap di Kuala Lumpur.

Keunikan gambar itu melayakkan Mohd Nazri yang menetap di Kuala Lumpur memenangi anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic -Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.

Malah, selain Mohd Nazri, sebelum ini sudah ramai jurugambar yang memenangi anugerah hasil gambar memaparkan momen Mohd Syukur bersama haiwan ternakan itu.

Mohd Syukur berkata, sejak usia sekecil empat tahun dia sudah terbiasa mengikut bapanya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, di sini, menyebabkan hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat dan akrab.

Malah, ketika mengikuti Mohd Syukur ke kandang kerbau itu haiwan berkenaan umpama taat dan mendengar kata, serta menurut segala arahan remaja itu lantas memudahkan sesi fotografi.

Mohd Syukur yang mesra disapa Kur di kalangan ahli keluarganya berkata, dia tidak takut bermanja dengan peliharaan itu yang dianggap sebagai rakannya.

“Ada orang kata saya ada ilmu penunduk sedangkan tidak. Mungkin sebab saya dah biasa dengan mereka sejak kecil jadi mereka kenal tuan dan mendengar kata. Tetapi sebenarnya saya bukan saja akrab dengan kerbau, tetapi juga lembu, kambing dan angsa peliharaan bapa.

“Cuma untuk sesi fotografi, jurugambar cenderung memilih kerbau kerana jumlahnya yang banyak sehingga lebih 100 ekor,” katanya yang menjadi perhatian jurugambar seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan India sejak 2016.

Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.

“Kalau kambing pula saya rapat dengan Saat. Selepas tiga hari dia lahir, ibunya mati dan saya menyusukannya setiap hari dan menjaganya sehingga bawa tidur bersama di atas rumah. Kerbau yang sangat rapat dengan saya dan sering menjadi teman ketika fotografi bernama Awang juga sudah mati,” katanya.

Anak bongsu dari lapan beradik itu berkata, walaupun sering didatangi jurugambar yang mahu merakam gambarnya, keluarganya tidak pernah menetapkan sebarang bayaran, sebaliknya tumpang gembira apabila jurugambar bertuah memenangi pertandingan antarabangsa.

“Cuma kebanyakan jurugambar ada memberi ‘tips’ dan jika ada saya terima, jika tak ada pun tak mengapa. Saya bersyukur kerana dengan kelebihan saya ini, sehingga kini saya dapat menyimpan kira-kira RM1,000 hasil ‘tips’ yang diterima,” katanya yang bercita-cita menjadi penternak.

Mohd Syukur berkata, selepas tular dan dikenali ramai dia menerima ucapan tahniah daripada guru dan rakan sekolahnya yang turut datang ke kandang untuk merakamkan gambar bersamanya dan kerbau berkenaan.

“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong di sini, hari ini.
Quote Kiah.comei 11-1-2019 11:52 AM
Gambar nya mana tt..
Quote Remyda 11-1-2019 11:52 AM
Foto & Penceritaan Tersendiri
Quote Remyda 11-1-2019 11:53 AM
Kiah.comei replied at 11-1-2019 11:52 AM
Gambar nya mana tt..

TT tengah semput nak tepek

Sabo sat na
Quote Remyda 11-1-2019 11:53 AM
The Kerbau Boy
Quote Remyda 11-1-2019 11:54 AM
Keindahan gambar penuh makna
Quote Remyda 11-1-2019 11:54 AM
Aku anak jati kampung
Quote Remyda 11-1-2019 11:55 AM
Berani betul budak ni
Quote Remyda 11-1-2019 11:56 AM
Bahagia itu tidak ternilai
Quote Tukul.Besi 11-1-2019 11:56 AM
Cantiknya gambar2
Quote Kiah.comei 11-1-2019 11:56 AM
Fuh... memang ada class gambar semua ni..
Cantik...

Quote Remyda 11-1-2019 11:56 AM
Bapaknya ka
Quote Kiah.comei 11-1-2019 11:57 AM
Remyda replied at 11-1-2019 11:53 AM
The Kerbau Boy

Seram pulak tengok tanduk kerbau ni...
Panjang nau...
Quote aHoi83 11-1-2019 12:01 PM
Wow moments pic sgt cantek
Quote Kiah.comei 11-1-2019 12:01 PM
Remyda replied at 11-1-2019 11:50 AM
Kerbau macam kawan - Mohd Syukur
JUMAAT, 11 JANUARI 2019 @ 11:32 AM


Bagus adik ni... terharu membaca nya..

“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong di sini, hari ini.
Quote Kiah.comei 11-1-2019 12:03 PM
Kiah.comei replied at 11-1-2019 12:01 PM
Bagus adik ni... terharu membaca nya..

“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembir ...

Kalau kerbau banyak and ada susu boleh buat mozarella cheese... best..
Quote aikee04 11-1-2019 12:07 PM
Memang cantik....
Quote jpbstarlife 11-1-2019 12:07 PM
tarik napas panjang2 TT.. hehehe
Quote nolya 11-1-2019 12:07 PM
Yaa... tahniah, fotonya very artistic, clear n very sharp.

Lihat semua komen(231)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.128101 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top