Jika anda masih ingat pada bulan Jun 2018, satu production dari Singapura, Tropic Monster TV ada menemubual rakyat Singapura yang berbangsa Melayu. Dalam video itu, pengacara itu bertanyakan soalan dalam Bahasa Melayu dan rata-rata Singaporean berbangsa Melayu yang ditemu-ramah tidak fasih berbahasa Melayu dan lebih teruk lagi, ada yang langsung tidak faham Bahasa Melayu. Video itu mendapat perhatian ramai, terutamanya dari orang
Melayu Malaysia. Rata-rata mengatakan budaya Melayu sudah hilang dimakan zaman
di Singapura dan perlahan-lahan identiti bangsa Melayu bakal hilang. Sebenarnya, Tropic Monster TV ada juga bertanyakan soalan
dalam bahasa Mandarin kepada Chinese Singaporean dan sebahagian dari mereka turut tidak faham
dan fasih berbahasa Mandarin. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Adakah penggunaan
bahasa Inggeris yang meluas di Singapura menghapuskan bahasa ibunda mereka
seperti Bahasa Melayu dan Mandarin. Jika kita lihat di Malaysia, penggunaan bahasa Melayu juga
semakin berkurangan dan mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris akan
dipandang sebagai seorang yang bijak. Adakah mereka yang hanya fasih berbahasa
Melayu itu bodoh? Negara seperti Indonesia, Korea Selatan dan Jepun amat
bangga akan bahasa mereka. Jika anda lihat di Indonesia, bangsa Cina bertutur
dalam bahasa Indonesia dalam kegunaan harian mereka, bukannya bahasa ibunda
mereka. Pada 2017, bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim pernah berkata bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa lemah hanya dalam tempoh 20 tahun akan datang jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk memperkukuhkan kedudukannya. Sebagai rakyat Malaysia, identiti negara dan bangsa haruslah dijaga supaya tak hilang
dimamah zaman. Berbanggalah bertutur dalam bahasa Melayu di samping menguasai
bahasa lain supaya dapat bersaing. Jadi, bagaimanakah cara untuk Malaysia mengekalkan identiti negara itu sendiri? Berikan komen dan pendapat anda di bawah! - CARI |
20
Bagus |
19
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Beribear replied at 22-1-2019 12:56 PM
Iolss ada 2 org kawan dari sg ni.. Okay je ckp bahasa dgn iolss. Tp ada sesetengah perkataan tu dorg ...
ADVERTISEMENT