Lagu berhantu dari band legenda British, Queen, ini telah berusia 44 tahun semenjak ia diterbitkan pertama kali pada 31 Oktober 1975. Tajuk lagu legenda ini juga telah dijadikan tajuk filem biografi vokalis Queen, Freddie Mercury. Walaupun mengundang pelbagai reaksi sewaktu diperdengarkan kepada pendengar pra-dengar, lagu ini berjaya menduduki tangga pertama carta lagu United Kingdom pada tahun 1976. Malah, lagu ini berada di tempat ketiga single paling laris di UK sepanjang zaman di belakang lagu Candle in the Wind oleh Elton John, dan lagu Do They Its Christmas oleh Band Aid. Cukup dengan
pengenalan tentang kejayaan lagu yang juga dikenali sebagai Bo-Rhap di kalangan
peminat Queen ini, jom kita baca 10 fakta tentang lagu Bohemian Rhapsody ini. 1.Freddie Mercury mula menulisnya pada tahun 1968. Lagu ini mula ditulis oleh Freddy semasa belajar di Kolej Ealing Art di London. Lirik pertama yang ditulis ialah Mama, just killed a man tanpa melodi. Dia sedang memikirkan tentang Old West semasa menulis lirik, jadi dia menamakan lirik yang belum selesai pada waktu itu sebagai The Cowboy Song. 2.Bohemian Rhapsody menduduki tempat pertama carta UK Single Chart selama 9 minggu berturut-turut sehingga penghujung tahun 1975. 3. Scaramouche yang disebut di dalam lirik lagu ini adalah watak dalam komik Dell Arte, badut yang selalu berjaya terlepas dari situasi sukar. Badut ini seringkali menemukan penyelesaian kepada situasi sulit, tapi dengan mengorbankan orang lain. 4. Lagu ini diperdengarkan buat pertama kalinya di radio oleh pelakon komedi Kenny Everett, yang juga seorang DJ di Capital Radio. Pada mulanya dia merasakan durasi lagu itu terlalu panjang, tetapi setelah mendengarnya pada kali pertama, lagu ia terus mencuri hatinya. 5. EMI pada mulanya cuba untuk memotong durasi lagu ini ke durasi yang lebih pendek. Tapi dibantah keras oleh Queen. Kekalkan durasinya atau tidak menerbitkannya sama sekali, itu kata dua yang pernah diberikan oleh Roger Taylor, drummer kumpulan Queen. 6. 70 jam diperlukan untuk menghasilkan bahagian opera pada lagu ini. 7. Freddie Mercury menulis lagu ini pada buku telefon dan kepingan-kepingan kertas, menyukarkan anggota Queen yang lain untuk memahami lagu ini pada mulanya. 8.180 overdub diperlukan untuk menyiapkan lagu. 180 overdub adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Tapi berbaloi kerana lagu ini menjadi hit sepanjang zaman. 9. Lagu ini diterbitkan semula dalam album These Are The Days of Our Lives setelah kematian Freddie Mercury pada 1991. Ia berjaya mencipta satu lagi fenomena dan menduduki carta pertama pada waktu itu. 10.Persoalan paling penting yang sering ditimbulkan pendengar, apakah makna lagu ini? Jawapan penciptanya, Freddie Mercury, ia boleh jadi apa-apa saja, terpulang kepada anda". - CARI |
8
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
supernaturalee: so...sape2 blh bg sinopsisatau ape sj yg korang faham ttg lagu bo-rhap nieh...mcm xsedap je bunyi singkatan tuseriously, queen's fan?
kisahkeaku replied at 19-2-2019 02:52 PM
my kids suka part gallileooooo...gallileooooooo.....semua menyanyi style opera dah
but persona ...
ADVERTISEMENT