Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong sebagai juara keseluruhan. Apa yang menarik perhatian pastinya persembahan artis Sufian Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Pian yang berjaya memukau dan menyentuh hati para penonton.
Nyanyian merdu dan penghayatan mendalam yang diberikan oleh Pian sepanjang menyanyikan lagu 'Di Matamu' itu benar-benar menusuk hati sehinggakan ramai yang turut menitiskan air mata seolah-olah turut merasai 'penderitaan' yang dialami oleh penyanyi itu. Ramai yang memuji persembahannya termasuklah penyanyi No.1 negara,Dato' Siti Nurhaliza (Tok Ti). Sangat mendalam..
Tok Ti memuat naik status ringkas di akaun Twitternya dan memuji Pian atas persembahan yang sangat mendalam disamping lagu yang teratur. Status Tok Ti tersebut turut mendapat reaksi positif daripada pengikut Tok Ti yang rata-rata turut bersetuju dengan penyanyi No.1 itu. Malah, status tersebut telah dikicau semula ('retweet') lebih dari 21 ribu oleh pengguna media sosial terbabit. Kalau Tok Ti dah puji, memang terbaiklah.. Dapat rasakan kesedihan Pian.. Pasti ramai yang terkesan dengan persembahan Pian itu kerana rata-rata mengaitkan nyanyian dan persembahannya semalam dengan kehidupan penyanyi itu sendiri. Apa pun, Pian sememangnya wajar menerima pujian kerana persembahan mantapnya semalam. Semoga dengan kemenangan Pian merangkul persembahan terbaik semalam dapat mengubati sedikit kedukaan yang dialaminya! -CARI
|
5
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chipsmoremore replied at 4-2-2019 08:04 PM
Entah knp akak x pernah minat lgsg dgn bdk pian ni.. vokal x sedap harap kontroversi je lebih, menya ...
melnanzz replied at 4-2-2019 07:10 PM
budiey sempat record persembahan baby pian from the crowd. This is how it felt dalam dewan. Semua or ...
Incanto replied at 4-2-2019 08:29 PM
Aku pun tak pernah minat Pian
Buhsan tgk
mamastoney replied at 4-2-2019 07:56 PM
Tokti tknak puji ke cara ex bf dia nyanyi Di Matamu masa GV5 dulu....
ADVERTISEMENT