CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulut Bau Lipas, Salah Picit Ubat Gigi Jadi Punca Cerai

18-2-2019 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2876| Komen: 5|Original author: Oleh: Myra Rozi

Antara alasan remeh pasangan suami isteri menuntut cerai adalah badan bau lipas, salah picit ubat gigi, tidak pandai gosok baju dan ‘mulut bau longkang’.

Ada yang masih gagal mencari persefahaman walaupun ada yang lebih 20 tahun berkahwin.

Kaunselor Berdaftar Hushim Salleh berkata kepada Harian Metro,

“Pasangan pertama ini mahu berpisah selepas isteri mendakwa badan suaminya berbau lipas dan kerana itu, wanita berkenaan enggan membiarkan dia ‘digauli’ suami sejak empat tahun lalu.

“Akibatnya, lelaki terbabit terpaksa ‘berpuasa’ sepanjang tempoh berkenaan. Pelbagai usaha dilakukan namun si isteri tetap mahu berpisah. Pasangan ini sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak.”

Foto: Harian Metro

Ada kes lain, si isteri tuntut cerai kerana bengang dengan sikap suami kerana kerap memicit ubat gigi sebarangan.

“Wanita berkenaan memicit ubat gigi daripada bawah dan berharap suaminya akan melakukan kaedah sama namun sebaliknya yang berlaku sejak mereka berkahwin enam tahun lalu."

Kes ketiga melibatkan seorang eksekutif mahu menceraikan isteri kerana mendakwa wanita berkenaan tidak pandai menggosok baju.

“Wanita itu suri rumah dan sering dimarahi suaminya kerana lelaki berkenaan bukan saja teliti, malah dia mahukan kesempurnaan.

“Pasangan itu berusia 40-an dan dikurniakan tujuh anak. Suami mendakwa, isterinya gagal menggosok baju dengan kemas sebaliknya penuh dengan kesalahan seperti garisan tidak lurus.

“Lelaki terbabit bertegas mahu bercerai namun isterinya memujuk kerana mereka sudah lebih 20 tahun berkahwin selain berjanji akan mencuba untuk memperbaiki kekurangan berkenaan."

Kes keempat, si isteri tuntut cerai kerana mulut suaminya berbau lipas.

“Wanita itu mengatakan sudah banyak kali menegur suaminya sepanjang tempoh 10 tahun perkahwinan namun lelaki terbabit tidak mengendahkannya sehingga ia membawa kepada bibit perceraian.” -CARI
5

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 18-2-2019 04:40 PM
Anak ramai bukan ukuran seseorang utk jadi matang..buat anak ja pandai..sila cari bini yg kja kdai dobi..bini bkn maid oiii
Quote lee_sakura 18-2-2019 04:54 PM
matbad replied at 18-2-2019 04:40 PM
Anak ramai bukan ukuran seseorang utk jadi matang..buat anak ja pandai..sila cari bini yg kja kdai d ...

aku setuju kata kau, buat anak pandai tp tunaikan tanggungjawab tak pandai
Quote potpetpotpet 18-2-2019 05:07 PM
badan bau lipas tu jangan kan suami, opismate i ada sorang bau kepam lipas pon i sound ok (tapi cakap baik2 la)

bau rokok pon i tak boleh tahan   

sampai kn budak2 laki opis i sediakan perfume dlm drawer mereka.
Quote matbad 18-2-2019 05:54 PM
lee_sakura replied at 18-2-2019 04:54 PM
aku setuju kata kau, buat anak pandai tp tunaikan tanggungjawab tak pandai


Aku tefikir jgk dia ni bini tak complaint ke tau tabur benih je ank smpai 7..buat malu kaum ja
Quote None68 18-2-2019 11:14 PM
Senang ke bercerai klu kes kecik2 mcm tu..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047904 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top