CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kantoi Caj 'Paid Review' Harga Yahudi, Instafamous Mahu Saman Twitfamous?

20-2-2019 10:34 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 30884| Komen: 46|Original author: Oleh: Azza






Antara TwitFamous dan InstaFamous, siapa lagi berpengaruh?

Masing-masing mempunyai aura tersendiri namun apabila dikaitkan dengan pendapatan lumayan, pastinya InstaFamous lebih terkehadapan berbanding TwitFamous. Bagaimanapun apabila Twitfamous membongkar 'rahsia' bayaran 'paid review' yang dikenakan oleh InstaFamous terhadap peniaga-peniaga, ramai InstaFamous menggelupur kepanasan. Ini kerana bagi mereka bayaran tersebut adalah sulit jadi tidak boleh disebarkan sewenang-wenangnya kepada khalayak.

Banyak persoalan bermain di sini, dengan harga 'Yahudi' yang dikenakan oleh mereka, perkhidmatan yang dijanjikan bulan dan bintang tetapi berkecai serta pulangan yang tidak setimpal membuatkan ramai netizen membuka cerita. Alih-alih Insta Famous ini mengugut netizen pula kononnya mendedahkan kerahsiaan 'rate card' mereka. Betul ke nak saman?


Twitter


Semuanya bermula apabila TwitFamous, InjangNation mendedahkan sikap tidak bertanggung jawab Insta Famous yang menganjurkan 'Jangan Bayar Challenge' hinggalah terbongkarnya jumlah bayaran 'paid review' mereka yang bermula dari ratusan hingga mencecah ribuan ringgit untuk satu gambar atau sebuah video pendek.

Oleh sebab itu, ramai yang mula mendedahkan 'rate card' daripada InstaFamous seperti Myra Zainal, Makhluk Macho, Baby Tora, Little Miss Khan, Syafiqah Aina, King Coco, Awek Cendol, Noreen dan ramai lagi. Hal ini membuatkan ramai mula buka mata dengan harga melampau yang dikenakan oleh mereka.

Kredit foto: Twitter

Bagi netizen di Twitter, tiada apa yang perlu ditakutkan apabila 'rate card' mereka didedahkan kerana ini adalah konsep profesional. Tiada Non Disclosure Agreement (NDA) antara InstaFamous dengan pemilik bisnes mengenai 'rate card'.

Apabila keuntungan berpihak kepada mereka tidak mengapa, tapi apabila orang awam mengetahui bayaran mereka lalu boleh membandingkan antara servis lain, pandai pula mereka mengatakan ini tidak adil. Adakah mereka takut dan mahu bersembunyi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri?


Sedangkan Insta Famous sendiri tidak mempunyai syarikat (jika ada pun segelintir), jadi wajarkan itu dijadikan isu untuk menyaman mereka yang telah membongkarkan 'rahsia' ini?


Twitter
Dengan pendedahan tersebut, ramai juga pemilik bisnes menceritakan yang mereka menyesal menggunakan khidmat 'InstaFamous' yang diwar-warkan hebat kerana tidak mendapat pulangan modal pun.



Sementara itu, bagi netizen lain pula menyatakan yang 'InstaFamous' mempunyai kitaran yang sama, iaitu membodoh-bodohkan diri seperti Awek Cendol, kemudian bila popular, membuat 'paid review' dan bila lebih ramai pengikut akhir sekali membuat produk sendiri. Sebab itulah mereka bukannya kategori 'influencer' yang boleh dijadikan contoh tetapi sebaliknya hanya mahu mencari duit dengan cara cepat dan lumayan.


Berbanding 'InstaFamous' yang tidak setimpal pulangannya, ada netizen mencadangkan supaya menggunakan khidmat Siti Nurhaliza dan Alif Syukri yang lebih berbaloi kata mereka.


Setelah sekian lama InstaFamous mengambil keuntungan daripada peniaga-peniaga produk, mungkin sudah sampai masanya golongan ini disedarkan dari lena yang panjang supaya tidak terlalu menekan peniaga. Malahan netizen turut disarankan supaya lebih rasional apabila membuat keputusan. Anda pula bagaimana? - CARI 
13

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HujanBatuTiga 20-2-2019 10:45 AM
Ada hati nk ugut saman. Jgn kau balik yg kene saman dgn kpdnkk sudah. {:smile
Quote chicozinn 20-2-2019 10:46 AM
ptot r sampai insta femes ni leh kluarkn produk timbang kati sendiri sbb rate card mahal namati..

btw xterkejut pun rate2 dorang ni sbb dorang ni muda2 tapi manjang gi oversea la siap bli beg harga2 premium bagai mengalahkan org keje tulang 4 kerat..

cuma terkilan si abg dak ni sbb nampak la dia sbnarnya "jual" adik dia untuk jadi femes smpai ke bini2 skli join jual adik ipar..hanjjjjjj sgt
Quote krustykrab 20-2-2019 11:21 AM
chicozinn replied at 20-2-2019 10:46 AM
ptot r sampai insta femes ni leh kluarkn produk timbang kati sendiri sbb rate card mahal namati..

...
cuma terkilan si abg dak ni sbb nampak la dia sbnarnya "jual" adik dia untuk jadi femes smpai ke bini2 skli join jual adik ipar..hanjjjjjj sgt
yg nidah lama aku nmpk....tp sbb aku bukan la aktif sgt kat socmedia ni, lantak korang lah

Quote ais_kosong 20-2-2019 11:33 AM
amboii harga..
Quote prettyuglybabe 20-2-2019 11:47 AM
kalau takde permintaan takde la dorang buat review..
so sapa yang bodoh sekarang?
Quote MisXoXo 20-2-2019 01:21 PM
meluat dgn abg over tuh..koser nk simpati
Quote Zumbajunkie 20-2-2019 01:54 PM
makhluk macho tu i kenot  la kenapa orang suka sangat, dok gunakan adik dia yg istimewa tu dengan bini dia menempel sekali.
Quote RatuDunia94 20-2-2019 02:09 PM
Sbb tu lah budak2 sekolah skrg x minat belajar.. katanya boleh jd kan instafamous sbg karier.. mamposss...
Quote chicozinn 20-2-2019 02:12 PM
Zumbajunkie replied at 20-2-2019 01:54 PM
makhluk macho tu i kenot  la kenapa orang suka sangat, dok gunakan adik dia yg istimewa tu dengan bi ...

tau xpe..ksian kat adik dia tu..lagi la ble kantoi psal rate card tu lgi la meluat kt makhluk bocor ni

Quote palmolive 20-2-2019 03:20 PM
Edited by palmolive at 20-2-2019 03:21 PM

ni rate instafemes tahap vip..kalo yg tahap rempit murah sikit rate diapadahal ntah apa2 jek review..
sama la cm hos selera bajet..mkn mee goreng mamak pun nak review
Quote makton 20-2-2019 03:52 PM
aku suka tengok keletah afiah tu. tp once abg dia buat ig review, terus aku malas nak tgk video dia dah. laki bini sama je pergunakan kekurangan si adik.
Quote makbedah 20-2-2019 05:33 PM
Bagus pun keluar. Boleh compare kalau ada yan nak guna service review tu.

Macho tu mahal benor... Patut lah tak payah kerja langsung walaupun dah berbini. Mula-mula, I macam kesiannya fam dia but then wonder mana duit dia dtg sebab dulu2 dia buat tangkap gambar.
Now memang ketara kau guna adik kau walaupun selalu claim cakap itu duit adik dia n simpan.
Quote kaklong32 20-2-2019 05:40 PM
lhdn jalankan tugas anda
Quote LadyCarefree 21-2-2019 08:04 AM
Xkan hilang melayu bangang spesis suke tngok video bangang sapot produk timbang kilo bangang padan muka kena tipu bangang.
Alifsyukri pun gigih buat paid review?! Patotlah ig anak pon dikontroversikan bg follwoers naik.
Quote azimodin 21-2-2019 08:52 AM
RatuDunia94 replied at 20-2-2019 02:09 PM
Sbb tu lah budak2 sekolah skrg x minat belajar.. katanya boleh jd kan instafamous sbg karier.. mampo ...

Betul. benda ni jadi kat rumah iouls sendiri. adik ipar iouls ni belajar boleh tahan tapi lately ni kelaut sangat. memanjang tiktok la, update IG la. pastu dok share pasal igfemes yang dok sweet2 laki bini. bila kakak2 tegur sentap pastu boleh pulak kata "si XXX tu elok je jalan2 oversea. kalau adik belajar tinggi macam korang pon belum tentu kaya". geram tau
Quote RatuDunia94 21-2-2019 10:18 AM
azimodin replied at 21-2-2019 08:52 AM
Betul. benda ni jadi kat rumah iouls sendiri. adik ipar iouls ni belajar boleh tahan tapi lately n ...

Yes.. kita sbg org dewasa disekeliling kena nasihat n monitor dorang ni.. mcm iols selalu nasihat kat anak2 buah iols.. instafamous, socmed influencer ni x kekal lama.. sekejap je.. education yang akan bawa uols pergi jauh n bertahan..
Quote pearl.silver 21-2-2019 10:26 AM
Tak sangka makhluk tu pun letak harga yahudi
Quote meow_tompok 21-2-2019 11:03 AM
yg pegi follow instafamous tu dah kenapa ?
cuba follower die jentik2 je bak kat iqram dinzly
mesti menggelupur masing-masing
diaorang pun 'jual' jumlah followers utk marketing paid review

Quote meow_tompok 21-2-2019 11:04 AM
LMK yahudi betul... RM2k harga dia letak

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042939 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top