CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Kenal 10 Negara Paling Selamat Di Dunia!

1-3-2019 11:12 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 11907| Komen: 20|Original author: Oleh: NmeeraR

Tahun lalu, Index Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan Institute For Economic and Peace (IEP) telah menyenaraikan 163 negara paling aman di dunia. 


Ranking ini dinilai berdasarkan tiga kategori yang diambil kira iaitu konflik yang sedang berlaku, tingkat perselisihan dan militerisasi yang dibahagi lagi kepada beberapa sub kategori iaitu penilaian jenayah, keganasan, senjata, rasuah dan aktiviti kerajaan.

Bagi 2019, Global Finance Magazine menyenaraikan ranking terkini "2019 Global Finance of safest countries in the world". Untuk ranking kali ini, ia dinilai dari tiga faktor iaitu perang dan keamanan, keselamatan peribadi dan risiko bencana alam. 

Melalui kategori yang disenaraikan, kedudukan yang disenaraikan Global Finance Magazine berbeza dengan kedudukan di GPI. Walau bagaimanapun, masih ada negara berada di kedudukan sama.


Untuk itu, ini 10 negara paling selamat di dunia yang terkini!

1. Iceland


Kredit Foto: Google

Sejak 2008,  Iceland berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga pertama. Untuk itu, tidak mustahillah andai negara ini sentiasa menjadi destinasi impian kegemaran pelancong di luar sana. 

Negara ini cukup terkenal sebagai tanah api dan ais yang mana sering digambarkan sebagai suasana yang cantik dan selesa. 


Kredit Foto: Google


2. Switzerland


Kredit Foto: Google

Switzerland bukanlah sebahagian daripada Kesatuan Eropah. Walau bagaimanapun, Switzerland tetap dimasukkan ke dalam Kawasan Schengen dan dapat melakukan perjalanan dari negara-negara Eropah lain ke Switzerland tanpa sebarang kerumitan.


Kredit Foto: Google

Selain dikenali sebagai negara yang indah dan tenang, Switzerland dikatakan agak unik kerana tidak mempunyai Presiden dan Ibu Kota. Malah, ia juga merupakan negara bebas memiliki senjata api. Walau bagaimanapun, kadar jenayah di Switzerland adalah salah satu yang paling rendah di dunia. 


3. Finland


Kredit Foto: Google

Finland, terkenal sebagai antara negara paling jujur. Sebagai bukti, Reader's Digest pernah menjalankan ujian kejujuran di Finland dan meletakkan 12 dompet di tempat awam. Mereka terkejut apabila menerima 11 daripadanya.


Kredit Foto: Google

Selain negara yang mengutamakan pendidikan, Finland juga merupakan negara paling bersih. Di Finland, teknologi digunakan untuk membersihkan segala kotoran.


4. Portugal


Kredit Foto: Google

Portugal mempunyai garis sempadan yang ketat sejak 1139 yang menjadikannya negara tertua di Eropah dan juga mempunyai sejarah terpanjang di antara kerajaan-kerajaan Eropah yang pernah ada.


Kredit Foto: Google

Satu perkara unik mengenai orang Portugal adalah mengajar kegembiraan dalam kesedihan yang biasa disebut "saudade". Saudade diterjemahkan sebagai kerinduan, kesakitan kerana pengalaman hebat yang menyeronokkan.


5. Austria


Kredit Foto: Google

Austria  bukanlah negara destinasi pelancongan popular seperti Iceland dan Switzerland. Namun, ia dianggap sebagai negara hijau kerana lebih daripada 60 peratus tenaga elektrik di Austria berasal daripada sumber semula jadi yang boleh diperbaharui seperti angin atau tenaga solar. 


Kredit Foto: Google

Negara ini juga dikenali negara pergunungan di Eropah dengan cerun berselang-seli dan laluan yang berliku-liku. 


6. Norway


Kredit Foto: tmplbackpacker

Norway merupakan negara dengan kos sara hidup yang agak tinggi. Namun, Norway adalah antara negara paling bahagia di dunia. Pernah mendapat ranking pertama bagi World Happiness Report 2017 yang telah diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Penilaian ini berdasarkan beberapa faktor termasuk jangka hayat dan kesihatan, kebebasan dan juga sokongan sosial.


Kredit Foto: tmplbackpacker

Berita baik juga bagi pengembara solo dan wanita kerana tahap jenayah di Norway sangat rendah.


7. Qatar


Kredit Foto: Google

Bagi yang tidak tahu, Qatar sebenarnya pernah menjadi antara negara Teluk paling miskin sehingga berlakunya ledakan minyak yang mengubah nasib negara ini. 


Kredit Foto: Google

Kini, Qatar merupakan antara negara terkaya di dunia dan menawarkan gaji yang lumayan serta merupakan negara paling aman. Lebih menarik, Qatar akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022.


8. Singapura


Kredit Foto: Google

Singapura berjaya berada di tangga kelapan sebagai negara paling selamat dan aman. Keluasan negara Singapura hanyalah 766 km2, namun menjadi negara paling maju di Asia Tenggara dan juga negara moden. 


Kredit Foto: Google
       

9. Denmark


Kredit Foto: Google

Jika penulis diberi peluang untuk tinggal di negara lain, Denmark adalah salah satunya. Di Denmark, pembiayaan pendidikan adalah percuma daripada kerajaan. Bukan itu sahaja, pelajar juga berhak mendapat kemudahan secara percuma dan berkualiti. 

Bahkan, anda yang bukan warga Denmark juga berpeluang mendapat pembiayaan pendidikan percuma andai melanjutkan pelajaran di sini.


10. New Zealand


Kredit Foto: Google

Jika anda penggemar filem "The Lord of The Rings" dan "The Hobbit", sudah pasti New Zealand menjadi negara pilihan anda. Negara ini mempunyai tempat indah yang menyajikan suasana mirip dengan latar belakang pengembaraan fantasi Bilbo Baggins dalam filem "The Hobbit". 


Kredit Foto: Google







Sumber dari Global Finance

Di mana Malaysia?

Untuk ranking di Global Peace Index, Malaysia berada di tanggga ke-25, manakala bagi rangking 2019 Global Finance of safest countries in the world pula, Malaysia berada di tangga ke-39. - CARI


Sumber: http://jambi.tribunnews.com/2018/05/01/8-fakta-qatar-negara-paling-kaya-di-dunia-dan-penyumbang-polusi-tak-miliki-hutan-dan-desa,https://garditour.co.id/10-fakta-menarik-singapura-negara-termaju-di-asia-tenggara/,https://ehef.id/post/3-fakta-tentang-denmark-yang-membuatmu-makin-ingin-kuliah-di-sana,http://visionofhumanity.org/
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 1-3-2019 11:28 AM
Singapura ada dalam top 10. Malaysia tangga ke 25. Okla juga.. Boleh tingkatkan prestasi kalau takdak kes ragut, samun
Quote Artemesiaa 1-3-2019 12:26 PM
Seperti dijangka negara2 di europa masih mengungguli
Quote redz85 1-3-2019 12:38 PM
Sebagai contoh,usia di atas 30 tahun wajib menikah, dan berikut hubungan gay di sana adalah illegal, tetapi hubungan lesbian dibolehkan.

ini tidak tepat..

Singapore does not recognise same-sex relationships in any form (such as marriage, civil unions or domestic partnerships)
Quote EvieWanKenobi 1-3-2019 12:47 PM
Japan tak masuk list ye..
Quote mesmerize 1-3-2019 01:23 PM
Dubai pun selamat.. acik2 arab selamba tinggalkan beg tangan branded kat dalam train ... dalam surau.. pastu theyols jalan tempat lain.. takde la kepit handbag 24 jam.. takde sape berani copet.. ada sekali tu ai nak balik msia naik la teksi (toyota camry).. pastu driver teksi tu stop dekat2 ngan area airport nak pegi ambik apa tah.. dia suruh ai tunggu kejap n tinggalkan ai dalam teksi tu ngan  kunci kereta masih terpasang n enjin masih hidup.. tak takut ke ai bawak lari teksi beliau
Quote ashilalat 1-3-2019 02:07 PM
EvieWanKenobi replied at 1-3-2019 12:47 PM
Japan tak masuk list ye..

Japan banyak gempa bumi, tsunami, ribut kot..tu x tersenarai.
Quote ashilalat 1-3-2019 02:08 PM
mesmerize replied at 1-3-2019 01:23 PM
Dubai pun selamat.. acik2 arab selamba tinggalkan beg tangan branded kat dalam train ... dalam surau ...

Acik mesti x pernah pegi Aceh kan? Kat Aceh lama dah teksi2 atau supir2 tinggl kereta gitu je.. xyah g smpai dubai.
Quote mesmerize 1-3-2019 02:57 PM
ashilalat replied at 1-3-2019 02:08 PM
Acik mesti x pernah pegi Aceh kan? Kat Aceh lama dah teksi2 atau supir2 tinggl kereta gitu je.. xy ...

tak penah gi acheh dek.. nak cite pengalaman pun marah ke
Quote yarid 1-3-2019 03:17 PM
Brunei tak masuk ke?
Quote intan_smsb 1-3-2019 03:43 PM
thailand ke 113 uols
Quote NmeeraR 1-3-2019 03:55 PM
Edited by NmeeraR at 1-3-2019 04:00 PM
redz85 replied at 1-3-2019 12:38 PM
Sebagai contoh,usia di atas 30 tahun wajib menikah, dan berikut hubungan gay di sana adalah illegal, ...

mohon maaf untuk info yang salah. saya akan pebetulkannya dgn segera.
Quote uda 1-3-2019 04:21 PM
Edited by uda at 1-3-2019 04:22 PM

Japan no 43 dalam global finance ranking tu,msia no 39
Quote Sang_Pencinta 2-3-2019 10:27 AM
Saya suka tulisan tt mengenai pelancongan kerana dapat memberikan idea untuk tempat2 baru

Teruskan usaha menulis mengenai banyak lagi tempat menarik
Quote Juju89 2-3-2019 03:56 PM
ohh baru tahu negara-negara ini selamat.
Quote cacaumerba 5-3-2019 05:44 AM
wow nz dlm list top 10..
kira secure la jugak walau kdg2 terlupa nak kunci pintu ...
Quote naktaugosip 5-3-2019 10:05 AM
wah switzerland...bila la bole sampai ni?hahaha
Quote kaklong32 5-3-2019 04:04 PM
best nya kalo bleh pegi negara2 tu
sgpore je la penah pon haha
Quote gorjeous 17-3-2019 01:59 PM
New Zealand dan tak selamat dah...
Quote zaziot 21-3-2019 04:14 PM
bile la nk dpt jejak negara2 dlm list tu...Singapore je la penah..and NZ xmo jejak la

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.070902 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top