CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Kongsi Petua Hamil Secara Semula Jadi, Sarimah Nasihat Tidak Terburu-Buru Buat IVF...

31-3-2019 10:35 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 5057| Komen: 9|Original author: Oleh: SakuraJo

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat bagi menyerikan lagi kehidupan rumah tangga. Tetapi tidak semua pasangan dikurniakan zuriat dengan cepat walaupun pelbagai usaha telah dilakukan lebih-lebih lagi ketika usia telah pun melebihi 35 tahun.



Berkongsi pengalaman hamil pada usaha 41 tahun secara semula jadi tanpa bantuan teknologi perubatan terkini, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim atau lebih mesra dengan sapaan Sarimah berharap ianya dapat membantu pasangan yang masih lagi belum dikurniakan anak. 

Menerusi IG Story, Sarimah mengatakan perkongsiannya itu adalah sebagai menjawab soalan yang kerap ditanyakan kepadanya. 

Cara terbaik untuk mengandung terutama selepas usia 35 tahun..


Kredit foto : Ig Sarimah

"Kami (Sarimah dan suami) mencuba secara semulajadi- mengamalkan pemakanan sihat, senaman, membuat pemeriksaan dalaman dengan doktor..," tulis Sarimah sambil mengatakan yang dia dan suami akan mengelak persekitaran yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti asap dan sentiasa berfikiran positif.

Nasihat Sarimah lagi, bagi yang berniat hendak melakukan IVF, tidak perlu tergesa-gesa sekiranya belum lagi mencuba memperbaiki gaya hidup seperti yang dinyatakan olehnya. 


Bagaimanapun, Sarimah sempat mengatakan setiap orang mempunyai jalan dan cara yang berbeza dan setiap pasangan pasti akan mendapat apa yang dihajati apabila sudah tiba masanya. 

Perkongsian Sarimah itu mendapat reaksi daripada kaum wanita yang rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing. 

kredit foto : Ig Sarimah

Semoga perkongsian Sarimah itu sedikit sebanyak membantu dalam usaha pasangan yang masih lagi belum menimang cahaya mata. -CARI
6

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • tuun

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 31-3-2019 10:58 AM
Hmmm yelah2.,
Quote miracle_forever 31-3-2019 12:02 PM
Sazida: Hmmm yelah2.,

yg penting we made it naturally..gitu!{:good
Quote awoks 31-3-2019 12:21 PM
Mmg la sebelum ivf pun specialist akan check sume whats ur problem khen.

Kdg umur da kertu u rasa time is running out mmg ivf iui is the only option la..
Quote chanteksekali 31-3-2019 12:47 PM
Even nak attempt ivf pun bkn senang n calang2, as candidate of course la kena match on requirements n paling penting moolah, duit! Memang biasa akan buat rawatan secara gradually, check masing2 laki bini, iui apa segala, last choice ivf la kan insya Allah kalau usaha, dulu i selalu baca blog - my arms are empty ke tak ingat dah, lagi sedih perjalanan dia
Quote Fettybombom 31-3-2019 01:42 PM
Btulla tu..umpama org sakit,cpt sgt nk amek supplemnt itu ini walhal tak cek mkn tu elok ke tak,ada exercise ke,tido cukup ke
Quote acik79 1-4-2019 03:06 PM
Aku dulu anak pertama lambat dapat, risau sgt... lps dah dapat berderet pulak yg ke2 dan seterusnya.
Quote FaryneeAwLea 3-4-2019 10:30 PM
{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love
Quote de_ikea 4-4-2019 06:42 AM
Tahniah sarimah. Excited nk dpt baby.
Hope iols dan teman lain pun ada rezeki juga
Quote Adeakukesah11 6-4-2019 08:04 AM
de_ikea replied at 4-4-2019 06:42 AM
Tahniah sarimah. Excited nk dpt baby.
Hope iols dan teman lain pun ada rezeki juga

Amin

Moga ada rezeki kita

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035351 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top