CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Hanya di Jepun, 7 Negara Ini Juga Mempunyai Festival Sakura!

1-4-2019 10:40 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 4044| Komen: 14|Original author: Oleh: nameera

Sebut sahaja mengenai pokok Sakura, sudah pasti negara Jepun yang bermain di fikiran anda bukan? Hal ini demikian, Sakura sudah cukup sinonim dengan Jepun memandangkan di negara ini juga Sakura pertama kalinya tumbuh.

Namun, Sakura tidaklah hanya menumbuh di Jepun sahaja, bahkan di beberapa negara lain juga. 

Berikut, ini tujuh negara yang mempunyai festival sakura yang tidak kurang hebatnya.


1. Bandar Jinhae, Korea Selatan

Kredit Foto: idntimes

Tidak ramai yang mengetahui, Sakura juga tumbuh subur di Korea Selatan. Setiap tahun, berpuluh pokok sakura di bandar Jinhae, Korea Selatan akan mekar indah menghiasi jalan-jalan dan sungai-sungai. 


Kredit Foto:Google

Bagi anda yang suka berswafoto, bolehlah singgah seketika di Stesen Gyeonghwa untuk menikmati keindahan pokok sakura. Stesen kereta api ini tidak lagi berfungsi dan kini menjadi kawasan buruan pelancong untuk berfoto sambil menikmati keindahan sakura dengan berlatar belakangkan kereta api yang ditinggalkan di situ.


Kredit Foto : Google

Menurut kepercayaan, dikatakan bahawa sesiapa yang telah berjaya menangkap bunga sakura yang jatuh di telapak tangannya, maka hasrat orang itu akan menjadi kenyataan. Ada yang berminat nak mencuba ke?


2. Amsterdam Bos Park, Belanda

Kredit Foto:IDNTimes

Belanda cukup popular dengan bunga Tulip, dan menjadi bunga kebangsaan negara ini. Tetapi, tulip bukanlah satu-satunya yang didapati di Belanda, bahkan bunga Sakura juga tumbuh subur di negara ini. 

Bagi melihatnya, anda boleh sahaja pergi ke Amsterdan Bos Park. Bunga sakura di taman ini dihadiahkan oleh Japan Women's Club pada tahun 2000 sebagai tanda hubungan di kedua-dua negara dan juga memperingati mangsa Tsunami Jepun pada tahun 2000.

 
Kredit Foto:Google

Buat masa ini, Amsterdam Bos Park sudah mempunyai 400 pokok sakura dan  setiap pokok di sini mempunyai nama yang mana 200 pokok bernama wanita Jepun dan 200 pokok lagi menggunakan nama wanita Belanda. 

Setiap April, festival sakura berlansung di sini dan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan.


3. Jerte Valley, Sepanyol

Kredit foto: Google

Jerte Valley adalah sebuah lembah yang penuh dengan ladang anggur. Namun apa yang istimewa, setiap akhir bulan Mac hingga awal bulan April, bukit ini akan berubah menjadi putih kerana terdapat dua juta pokok sakura yang mekar sehingga menjadikan bukit ini kelihatan putih.


Kredit foto: Google

Untuk mengalu-alukan ketibaan sakura, Festival Bunga Sakura Lembah Jerte atau dalam bahasa Sepanyol bernama La Fiesta del Cerezo en Flor diadakan bagi merayakannya. 

Pada perayaan ini anda tidak hanya berpuas hati melihat keindahan bunga sakura, tetapi menonton konsert muzik, membeli cendera hati di pasar kraf tangan, pameran, dan juga lawatan melihat bunga sakura.


4. Macon, Georgia

Kredit foto:Google

Tidak kalah dengan negara lain, Amerika Syarikat juga mempunyai perayaan Sakura yang cukup meriah. Di Macon, Georgia, terdapat festival yang dipanggil Washington, D.C.'s National Cherry Blossom Festival

Melalui perayaan ini, pengunjung akan melihat 300,000 pokok sakura yang menjadikan bandar ini menjadi merah jambu dalam masa beberapa hari.


Kredit foto:Google

Apa yang lebih menarik, pengunjung tidak perlu membuat bayaran dan bebas untuk masuk dan menyertai perayaan tahunan ini.


5. Vancouver, Columbia United Kingdom

Kredit foto: IDNTimes

Bunga sakura sudah tinggal di Vancouver, British Columbia sejak tahun 1930-an. Bunga ini dihadiahkan oleh Datuk Bandar Kobe dan Yokohama yang berkhidmat pada masa itu. 

Setelah beberapa dekad, Vancouver mempunyai 43,000 pokok sakura dan 500 daripadanya terdapat di Van Dusen Botanical Garden. Bunga sakura di UK akan muncul pada akhir bulan Mac hingga akhir bulan April dan penduduk akan mengadakan festival yang dipanggil Vancouver Cherry Blossom Festival. 


6. Cibodas Botanical Garden, Indonesia

Kredit foto: Google

Tidak perlu jauh-jauh ke negara Jepun atau Korea, cukup saja pergi ke negara jiran iaitu di Cibodas Botanical Garden, Bogot, Jawa Barat Indonesia kerana di sana juga memiliki pokok sakura.

Sakura mula ditanam pada tahun 1970-an  sehingga akhirnya taman botani memutuskan untuk membuat taman tematik istimewa ini untuk bunga Jepun pada tahun 2007.

Kini, Cibodas Botanical Garden mempunyai sejumlah 435 pokok sakura dan mekar dengan indahnya kerana iklim di taman botani ini sama seperti suhu di Jepun. Uniknya, bunga sakura di Taman Botani Cibodas  juga akan berbunga dua kali setahun iaitu pada Januari-Februari dan Julai-Ogos. 


7. Jardim Botanico, Curitiba, Brazil

Kredit foto: IDNTimes

Brazil adalah salah satu negara yang mempunyai penduduk Jepun paling banyak di dunia. Jadi, tidak hairanlah jika negara ini mempunyai pokok sakura. 

Sakura pertama kali ditanam oleh orang Jepun yang berhijrah ke Brazil sekitar 110 tahun yang lalu. Kini, pokok sakura dapat dilihat di Jardim Botanico atau Jardim Botanical Gardens di bandar Curitiba.

Uniknya, bunga sakura di Brazil tidak berbunga pada musim bunga tetapi permulaan musim sejuk pada bulan Julai. Menarik bukan? - CARI


5

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 1-4-2019 10:50 AM
Kat Taiwan pun ada ...area Yang Ming Shan
Quote Sang_Pencinta 1-4-2019 10:51 AM
Malaysia tak masuk ke??
Quote RatuDunia94 1-4-2019 11:58 AM
Malaysia pon ada..


Quote helicornia 1-4-2019 01:26 PM
tengah menikmati pemandangan sakura di osaka castle Alhamdulillah tahun ni ada rezeki ke jepun
Quote rahiqa 2-4-2019 05:34 PM
Jinhae tu nampak gambar kosong mcm tu kan, padahal orang yang datang sana kemain ramai mengalahkan orang g konsert. nak amik gamba cantik mcm tu mmg x dapat la
Quote Buritan 2-4-2019 06:03 PM
RatuDunia94 replied at 1-4-2019 11:58 AM
Malaysia pon ada..

Jadilaaa.. nak pi jopun susah.. pi kedah pun ok..
Quote ailies 2-4-2019 06:56 PM
rindu sakura di Jepun..very niceee
Quote PasuDurian 3-4-2019 12:24 PM
Bestnya lahai
Quote haryatie 3-4-2019 03:48 PM
cntikkkk
Quote awekz_gedik 3-4-2019 03:59 PM
di Copenhagen pon ada juga

sakura-CPH

sakura-CPH

Quote syidapink88 4-4-2019 12:17 AM
Kena masuk wishlist wit hubs
Quote lee_sakura 4-4-2019 10:11 AM
cantiknya tp iols tak berani nk pegi japan atau korea pd musim sakura ni, serba serbi mahal naik harga
Quote precious_chicas 10-4-2019 02:45 AM
5. Vancouver, Columbia United Kingdom




Kredit foto: IDNTimes






Apsal admin tulis Vancouver, BC tu kat UK? hahaha....Canada la wehh! BC tu kampung mak ai lor.
Quote CikB 29-6-2019 05:34 PM
cantiknya...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.057756 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top