Kerjaya seorang guru selalu dibebankan dengan tugasan yang tidak menentu masa. Seringkali kerja terpaksa dibawa balik untuk mengejar masa. Paling mustahak, kertas pelajar juga perlu ditanda, direkodkan dan dipulangkan tepat pada masanya.
Sebab itulah, kadang-kala di tengah kesibukan, musim cuti ataupun semasa berada dalam keadaan kurang sihat, ramai golongan guru masih lagi bersengkang mata menyelesaikan kerja mereka. Menurut pemilik akaun Twitter @Nisa, gambar itu menujukkan guru mereka yang sedang gigih menanda kertas pelajar walaupun sedang ditahan di wad sebuah hospital. Gambar itu juga dikatakan telah tersebar di WhatApps mereka sekelas.
Bersimpati dengan guru tersebut, ramai netizen memuji usaha guru tersebut menyelesaikan tugasannya walaupun sedang ditahan di dalam wad. 'Masa tu kita sedang melawat cikgu kan? Sebak lihat cikgu sedang buat kerja dalam ekadaan sakit' kata seorang rakan sekelas Nisa. 'Semoga urusan Cikgu dipermudahkan, dan kesihatannya bertambah baik' kata seorang lagi. Tidak ketinggalan ada beberapa orang guru yang berkongsi pengalaman yang hampir sama. Seorang lagi netizen menceritakan kegigihan ibunya, seorang guru, yang bertungkus lumus menanda kertas walaupun dalam keadaan berpantang kelahiran kembar. Walaupun begitu, ada netizen yang menyalahkan sindrom lebihan beban guru ini kepada guru besar sekolah yang tidak bertimbang rasa. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang sanggup mengorbankan masa luar pejabat mereka demi mendidik anak-anak.- CARI |
Melorqe replied at 5-4-2019 11:35 AM
sebenarnya bila seseorang tu dah suka dgn kerja dia, tak kira masa dia akan buat.
macam aku dulu wo ...
ADVERTISEMENT