CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Malu Kena Halau Tanpa Makluman' - Kerana Flight Overbooked, Lelaki Dihalau Dari Pesawat

5-4-2019 11:53 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7213| Komen: 35|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang lelaki meluahkan rasa terkilan kerana dihalau daripada pesawatnya berikutan berlebihan penumpang dalam penerbangan itu. Lelaki itu, Hanif Hussain berkata beliau membeli penerbangan dari KLIA2 yang dijadualkan berlepas pada 31 Mac lalu. Bagaimanapun, apabila memasuki pesawat, beliau tidak mencari tempat duduknya 32d, kerana kerusi yang ada hanyalah sehingga 31.




Kredit foto: Facebook



Selepas melaporkan kepada pramugari bertugas, beliau diberitahu kapal terbang asal dengan 192 kerusi terpaksa digantikan dengan kapal terbang baru 186 kerusi atas masalah teknikal. Oleh yang demikian terdapat 6 penumpang terpaksa dikeluarkan termasuk Hanif.



Kredit foto: Facebook


Berikutan itu, Hanif meluahkan rasa kesalnya kerana syarikat itu mengambil masa terlalu lewat untuk menjernihkan keadaan, 45 minit selepas gate dibuka. Beliau juga tidak berpuas hati dengan cara kakitangan itu mengeluarkan lebihan penumpang secara rawak.


Kredit foto: Facebook


Walaupun akhirnya diberikan tiket baru dan voucher makan RM20, Hanif berkata beliau terpaksa mengatur semula pengangkutan yang akan mengambilnya di airport dan ke Marudi, sebuah pekan di pedalaman Sarawak.

‘Sepatutnya semasa menunggu boarding, kakitangan sudah boleh mengesan masalah lebih awal dan memberikan makluman’ kata seorang netizen.


Kredit foto: Facebook


'Saya dah beberapa kali kena kes delay, berlepas selepas 5 jam, ketika bulan puasa, cuba hubungi Servis Pelanggan tetapi tidak ada jawapan’ kata seorang lagi netizen.


Kredit foto: Facebook


Sambil menghubungkan status itu dengan laman Facebook penerbangan tersebut, Hanif juga berharap kakitangan penerbangan itu akan memantuhi SOP mereka apabila terpaksa offload penumpang di masa hadapan nanti.


Kredit foto: Facebook


Jadi, pengajaran daripada kes ini, ketahuilah hak anda sebagai penumpang pesawat dengan melayari laman web www.mavcom.com.my. Adakah anda pernah mengalami perkara yang sama? - CARI 

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • zarynzam

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OrkedCattleya 5-4-2019 12:02 PM
Tiket murah, servis pun murah la...
Quote tungkai 5-4-2019 12:27 PM
Company aku dah ban guna AA untuk business travel sebab banyak sgt delay/reschedule/cancel sampai customer pun dah menyampah asyik reschedule meeting
Quote riyadhK 5-4-2019 12:53 PM
Iols mmg tak amek AA dh kalau ada business purposes. Buat sakit hati jah.
Quote palmolive 5-4-2019 12:55 PM
Tak agak2 buat cerita boleh duduk kt kokpit
Quote muggleDylla 5-4-2019 12:56 PM
nasib la dia xde nk naik flight lain nk gi memana plak..kalau x mau lagi hangin..
Quote haiku08 5-4-2019 01:00 PM
Sian..tp AA standard la dengan servisnya...
Quote disneyrecess 5-4-2019 01:09 PM
Eventhough AA lgi gah malindo or ff tp meols prefer those 2 dari AA yach kalu domestic. AA paling bebal bodoh semua cukup lengkap.. ddh bape duit meols burn kt deols... So AA is cancelled long ago.....!
Quote AwanCikDania 5-4-2019 01:11 PM
Iollsss nak balik kg ada AA je. What to do.
Quote groundfloor 5-4-2019 01:35 PM
Kasihan...tapi encik ni mmg penyabar...
Quote umie 5-4-2019 01:39 PM
servis hampeh!! dah lama banned AA
Quote nazzse 5-4-2019 02:52 PM
So ni bukan kes overbooked la kan mcm airlines biasa buat..haram AA nak ngaku salah, especially si tony tu..asyik staff & sop dia je betul
Quote lemak_masin 5-4-2019 03:03 PM
Lenkali beli la insuren air asia tu.. kalu flight delay or cancel leh dapat pmpasan kan..?

Sian brother ni.. takkan dapat voucher makan rm20 je.. dah ler malu kene halau, rugi masa & tenaga plak tu.. time is money
Quote prettyuglybabe 5-4-2019 03:24 PM
hish korang.. jangan la komplen..
sebab ada AA lah rm10 ramai boleh sampai jepun tauuuu...
kata frequent traveller kl indon kl
Quote vespa_oren 5-4-2019 03:26 PM
biasa seat last, last minute check in
zmn bujang dlu selalu last minute check in dgn hrpn dpt hot seat, dpt seat blkg
Quote renko 5-4-2019 03:34 PM
palmolive replied at 5-4-2019 12:55 PM
Tak agak2 buat cerita boleh duduk kt kokpit

baru lah dapat banyak like
kalau ckp duk kt tmpt pramugari pun dah xlogik
lagi duk dlm kokpit
banyak sgt tgk drama pilot usung beg la tu dulu
Quote ekod79 5-4-2019 03:53 PM
Mavcom kan ada...
Quote munchkin 5-4-2019 04:00 PM
Hari tu masa kat kuching balik kl 2 flight mas kena batal
Quote pittjie 5-4-2019 05:03 PM
Edited by pittjie at 5-4-2019 05:05 PM
palmolive replied at 5-4-2019 12:55 PM
Tak agak2 buat cerita boleh duduk kt kokpit

ada dik. seat dlm cockpit belakang pilot tu dipanggil jump seat. sebenarnya dikhaskan tuk staff (especially pilot) yang off duty atau pilot yang tgh training .. nak tgk keadaan sebenar dlm cockpit tu. staff yang dpt previlege dpt tiket free atau harga staff yang murah (contoh : staff MAS) biasanya dia org tak terus dpt seat passanger. dia org kena KIV. atau kata lain .. waiting list. kalau ada kekosongan baru dia org dibagi seat passanger. tapi kalau flight penuh .. biasanya akan dibagi jump seat ni .. provided dgn kebenaran pilot bertugas. tapi seat ni mmg tak selesa la. mcm uols tengok seat steward/stewardess tu. tegak kejung tak leh recline. infact iols penah hampir kena duduk jump seat masa dpt MAS staff fare dulu. pilot pun masa tu siap cari iols kat kaunter CS .. to confim kat iols yang dia dah bagi permission to me to sit kat belakang dia in case flight penuh. hahaha. yes .. pilot dah siap2 kena inform ada waiting list passanger. but fortunately ada kekosongan so idak la i merengsa duduk kerusi tegak sepanjang 4 jam setengah journey tu. tp kinda rugi jgk la sbb tak dpt merasa duduk cockpit. sekarang ni mmg pilot tak boleh simply bagi passanger melawat cockpit macam wayyyy dulu2 tau.


Quote pittjie 5-4-2019 05:04 PM
renko replied at 5-4-2019 03:34 PM
baru lah dapat banyak like
kalau ckp duk kt tmpt pramugari pun dah xlogik
lagi duk dlm kokpit

sila refer to my post kat atas dik.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.045766 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top