Tular di media sosial apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki yang menaiki motosikal bertindak menampar seorang pemandu wanita yang tidak memberi lampu isyarat ketika membelok.
Tindakan wanita itu yang tidak memberi lampu isyarat dikatakan membahayakan lelaki tersebut. Tetapi wajarkah lelaki itu bertindak sehingga ke tahap mencederakan wanita tersebut?
Isu tidak memberi lampu isyarat ini memang sudah lama dan seolah menjadi barah dalam masyarakat kita. Sudahlah membahayakan pengguna jalan raya yang lain malah boleh mengakibatkan kemalangan maut.
Namun begitu, walau kita geram dan marah macam mana sekalipun, usahlah menjadi samseng di jalan raya. Wanita tersebut dilihat dalam video berkenaan telah ditampar berulang kali. Sebelum ditampar, kelihatan kedua-duanya sedang betikam lidah, dan lelaki tersebut bertindak menghentak kereta wanita terbabit. Perbuatan tersebut telah menyebabkan wanita itu mengalami pendarahan di mulut. Melalui pemerhatian netizen, rata rata menyokong tindakan lelaki tersebut mencederakan wanita tersebut atas alasan ianya diharap dapat memberi pengajaran untuk sesiapa di luar sana yang sering mengabaikan keselamatan lalu lintas. Namun begitu ada juga yang menempelak perbuatan lelaki tersebut dan menyatakan perbuatan itu melampaui batas dan 'over'. Benda boleh settle baik-baik, kenapa nak kena lempang? Jadikan pengajaran buat anda yang selalu saja tak bagi lampu isyarat ketika membelok. Benda bukannya kena pasang dekat kenderaan pun kan? Jadi gunakanlah sebaik-baiknya ya! -CARI |
ADVERTISEMENT