Sangat memalukan apabila lorong kecemasan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dikesan dijadikan lokasi untuk bercumbu dan memadu kasih oleh sesetengah pengguna jalan raya.
Harian Metro melaporkan tindakan tersebut yang meletak kenderaan sambil leka berpelukan boleh mengundang risiko kemalangan kepada pengguna kenderaan lain. Pun begitu, tindakan degil sesetengah pasangan ini akhirnya mengundang padah apabila dikompaun Bahagian Penguatkuasa Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara kelmarin. Saman telah dikeluarkan yang berjumlah keseluruhannya RM4,800 kepada 16 pemilik kenderaan yang meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya itu.
“Mereka didapati melakukan kesalahan halangan di atas lorong kecemasan di situ dan tindakan penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan tanpa sebarang kompromi. “Polis mendapati sejak akhir-akhir ini pengguna jalan raya tanpa segan silu berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan di situ walaupun terdapat papan tanda amaran dilarang berhenti di kawasan terbabit,” kata Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor. - CARI |
matchstick replied at 6-8-2019 12:06 PM
Dh kenapa kt highway jgk ko nk bercumbuan dlm kereta pun. Kot ye pun sengkek nk sewa bilik parking l ...
matchstick replied at 6-8-2019 12:06 PM
Dh kenapa kt highway jgk ko nk bercumbuan dlm kereta pun. Kot ye pun sengkek nk sewa bilik parking l ...
seri_mawr replied at 6-8-2019 12:31 PM
kesimpulanyang boleh di buat knp mereka memilih emergency lane di tepi highway....
kat highway ...
awanysss replied at 6-8-2019 02:56 PM
rajin ko huraikan satu2 ye hahhaha.. tp ni la paling logic..
awanysss replied at 6-8-2019 02:56 PM
rajin ko huraikan satu2 ye hahhaha.. tp ni la paling logic..
wajaman replied at 6-8-2019 03:07 PM
bercumbu masa tgh drive la...itu pn kne ajar ke
prettyuglybabe replied at 6-8-2019 01:34 PM
ingatkan banyak kereta sebab dorang berhenti then lepak tepi laut tu..
macam ada orang berkelah jug ...
runuha replied at 6-8-2019 04:42 PM
sila diklaim budaye asli maleysie @Modngengade
ADVERTISEMENT