“Bila imbas pasport keluar di skrin muka orang lain,” kata Sabariah Osman. Wanita ini merupakan seorang daripada 26 jemaah Malaysia yang terkandas di Jeddah sejak Isnin lalu kerana memiliki visa Furada haji palsu.
Bernama melaporkan, Sabariah, 60 yang ditemui ketika tiba di KLIA berkata beliau berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan haji dek kerana memiliki visa palsu. “Saya membayar pakej ini dengan harga RM33,000 namun masih tidak dapat menunaikan haji pada kali ini, tetapi saya anggap semua ini ketentuan dari Allah,” katanya.
Menurutnya, ketika berada di kaunter imigresen di Jeddah, wajah yang diaparkan berbeza menerusi visanya. “Pegawai itu turut bertanya tarikh lahir saya memandang ia tidak sama dengan maklumat yang dipaparkan pada visa yang saya miliki itu. “Bila tanya jemaah lain juga kata ada muka bertukar jadi milik orang Indonesia, Nigeria dan warganegara lain,” katanya. Sabariah turut tidak menyalahkan pihak syarikat Hajar Sazrul Travel & Tours kerana menganggap kesilapan berlaku oleh pihak Arab Saudi. “Saya tidak salahkan pihak syarikat tapi rasakan perkara ini berlaku kerana silap di pihak sana (Arab Saudi),” katanya yang sangat berterima kasih dengan layanan pihak kedutaan Malaysia di sana dan Tabung Haji. - CARI
|
M5 replied at 7-8-2019 05:35 PM
Kawan M tadi ada wasap dia laki bini dlm group ni, kesian pulak mengenang nasib depa
lil_sparky replied at 7-8-2019 09:41 AM
M..dorg kena balik sini ke?
Rasanya ni group dr kedah kn
Mohamad Sazrul Iqram mendakwa permohonan visa furada itu diuruskan oleh pegawai Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
kemaruk replied at 7-8-2019 06:29 PM
Bila ibadah dibuat bisnes.. ini mesti travel agent nak untung lebih.. katanya berurusan dengan pegaw ...
UMMI_MAI replied at 7-8-2019 06:37 PM
saya tak rasa agen bersalah dalam hal ni , knowing how hard dealing with kedutaan arab saudi. somb ...
ADVERTISEMENT