Sempena bulan kemerdekaan ini, stesen televisyen pasti berlumba-lumba ingin mengeluarkan isi yang menerapkan semangat patriotik dalam diri penonton. Tak kurang juga saluran 8TV di bawah naungan Media Prima menampilkan kelainan dengan membawa sebuah telefilem bertajuk 'Back To You' yang menceritakan perbezaan budaya dan agama hasil coretan Simon Long dan Moo Siew Keh.
Yang menariknya, telefilem ini menampilkan barisan pelakon drama Melayu yang hebat seperti Azizah Mahzan, Jasmin Suraya Chin, Ernest Chong, Remon Lim, Charlie Numan Salleh, dan Yuna Rahim. Nah trailernya: Telefilem ini mengisahkan tentang seorang ibu, Xiu Min yang terpaksa menyerahkan salah seorang anak kembarnya, Cai Yun kepada keluarga lain kerana masalah kewangan yang dihadapi dan atas desakan suaminya pada 28 tahun lalu. Xiu Min kemudian diberitahu bahawa keluarga angkat anak gadisnya itu telah muflis dan mereka meninggalkan Cai Yun di rumah anak yatim. Selepas itu, Xiu Min tidak menerima apa-apa berita tentang anak gadisnya. Zhi Cheng yang merupakan adik beradik kembar Cai Yun berusaha untuk mencari gadis itu akhirnya membuahkan hasil apabila mengetahui keberadaannya. Xiu Min yang sangat teruja untuk berjumpa dengan anak gadisnya terkejut melihat penampilan Cai Yun yang dibesarkan keluarga Muslim berhijab dan fasih berbahasa Melayu. Namun, dapatkah Cai Yun menerima ibu kandung yang telah ‘membuang’ nya pada suatu ketika dahulu? Atau dapatkah Xiu Min memujuk anak gadisnya itu? Rata-rata netizen menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk menonton telefilem ini kerana kelainannya selain memuji 8TV kerana berani membawa kisah berat seperti ini. Tak kurang juga ada netizen yang berkongsi bahawa jalan hidup mereka juga sama dengan plot yang disampaikan kisah 'Back To You' ini. Tak sabarnya! -CARI |
ladydolph replied at 18-9-2019 03:21 PM
ahernya jumpa jugak yang bersubstitle ....
ADVERTISEMENT