Asyik dengar artis bercerai sahaja sejak kebelakangan ini, pun begitu masih ramai lagi pasangan selebriti yang masih utuh perkahwinan mereka. Antaranya ialah pasangan Que Haidar dan Linda Jasmine yang telah membina mahligai selama 10 tahun setelah diijabkabulkan pada tahun 2009.
Keluarga mereka juga dihiasi dengan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu, 9 dan Tengku Cleopatra, 7. Apabila bahagia pun mesti ada yang dengki. Terbaru, Que telah memuat naik komen seorang individu yang mengecamnya sebagai dayus dan mengamalkan Islam liberal kerana membiarkan isteri dan anak-anaknya tidak menutup aurat. Para netizen juga bengang membaca tuduhan tidak berasas individu itu selain mengharapkan pelakon lelaki itu bersabar. |
kucingitam replied at 30-8-2019 10:52 AM
netizen yg komen tu, pi selongkar balik gambar tok nenek, mak pak ko yang lama, tgk drg tutup aurat ...
ADVERTISEMENT