"Saya nak semua orang tahu yang saya akan menyokong apa sahaja tindakannya asalkan kakak saya gembira. Saya, keluarga dan rakan-rakan sentiasa berada di belakangnya dalam apa sahaja situasi,” Pengacara dan Usahawan, Neelofa mengambil pendirian untuk menyokong setiap keputusan yang dilakukan kakaknya, Noor Nabila berhubung sekeping foto yang dimuat naik Nabila semalam. Gambar yang penuh kontroversi tersebut adalah di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta. Begitu juga apabila suami Nabila, pelakon Sharnaaz Ahmad memuatkan perkataan 'Sabar' di IG Story nya membuatkan ramai yang berspekulasi bahawa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.
"Saya the only sister yang duduk dengan Nabila, berkongsi rumah, Jebat adalah housemate saya, dari baby pun saya jaga dia." Mengulas lebih lanjut, Neelofa menyedari dia adalah individu terawal yang akan ditanya mengenai apa sahaja perkara yang berlaku melibatkan hubungan kakaknya Nabila dan Shanaz. Tetapi dalam masa sama, Lofa menjawab dia bukanlah orang yang tepat bagi menjawab setiap persoalan media, ujarnya seperti yang diberitahu kepada portal Media Hiburan. “Oh tuhan, dia telah lalui macam-macam dugaan. Tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang dilalui olehnya ketika ini.
|
Boomibulat replied at 30-8-2019 11:03 AM
Semoga nabila pasrah menerima diri ini sbg adik ipar nti..
awanysss replied at 30-8-2019 11:21 AM
uols nak adik dia yg mana satu? jgn smpai nanti kat forum ni memanjang thread pasal "adik ipar nab ...
Boomibulat replied at 30-8-2019 11:23 AM
Nilofa la..tp amira pn ok jgk
Boomibulat replied at 30-8-2019 11:23 AM
Nilofa la..tp amira pn ok jgk
awanysss replied at 30-8-2019 11:24 AM
taste kelangit uols.. takpelah,tak salah berangan kan, mende free
pumpkingirl replied at 30-8-2019 11:11 AM
Muka sama..perangai sama..akhirnya bercerai jua..
ADVERTISEMENT