Rapper Caprice mendedahkan ada individu berniat jahat menghantar 'barang tidak baik' ke rumahnya baru-baru ini. Ia lebih dikenali sebagai 'pelesit', Caprice juga sempat merakam video binatang tersebut yang dikatakan dilakukan oleh bomoh tertentu. Memang mengerikan, apatah lagi bagi mereka yang sukar mempercayainya. Namun, menerusi video yang ditunjukkan di IG Caprice, ternyata binatang berupa pelesit itu benar-benar ditujukan kepadanya.
Dalam pada itu, Caprice menawarkan RM30,000 wang tunai kepada sesiapa yang dapat membantunya mencari bomoh dan juga individu yang bertindak jahat ini.
"Caprice baru balik dari tengok movie tibe2 jumpe a dead pelicit macam terbakar with rambut coming out from the body. Im tired bro. I dont know what to believe. I just want answers.
|
ADVERTISEMENT