CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Didie Alias Belum Sedia 'Berhijrah'

7-10-2013 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12950| Komen: 57

 
 Didie Alias

PELAKON dan pelawak, Didie Alias belum bersedia untuk berhijrah walaupun empat anak perempuannya kini sudah pun bertudung.

Bagaimanapun, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini.

"Cita-cita untuk berhijrah itu sudah ada. Cuma, belum sampai masanya lagi. Lagipun, ini bukanlah kuasa kita.

“Insya-ALLAH, jika sudah sampai hidayah untuk saya bertudung, maka saya akan pakai. Tetapi jika dah mula pakai, biarlah ia kekal sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui selepas pra tonton Designer Didie Naik Haji.

Menurutnya, walaupun dia masih lagi mengekalkan imej peliknya itu, anaknya tiada masalah akan keadaan itu.

“Anak-anak tiada masalah. Mereka memahami saya. Tahun ini, anak-anak saya akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Didie mempunyai lima anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.

Dalam pada itu, Didie akan muncul dalam telemovie Designer Didie Naik Haji yang bakal disiarkan pada  15 Oktober ini, jam 10 malam di TV1.

Telemovie ini adalah lakonan pertama Didie Alias bersama produksi terbitan RTM biarpun sudah lama berada dalam industri seni tanah air.

“Saya teruja kerana  dapat bekerjasama dengan pihak RTM buat pertama kalinya walaupun sudah lama bergelar pelakon.

“Sebelum ini, memang  ada beberapa tawaran drama tapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan penggambaran lain.

"Namun begitu, saya banyak terlibat sebagai pengacara dengan pihak RTM,” katanya.

Designer Didie Naik Haji mengisahkan mengenai seorang pereka fesyen yang berhasrat untuk mendekatkan diri dengan agama dan ingin menunaikan ibadah Haji namun mendapat tentangan keluarga.

Ia turut dibarisi pelakon popular Amar Asyraf, Chacha Maembong dan Maimunah Ahmad.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lotionmilo 6-10-2013 10:51 AM
bukan kuasa kita?????
Quote maxim 6-10-2013 10:56 AM
lotionmilo posted on 6-10-2013 10:51 AM
bukan kuasa kita?????

kuasa kita hanyalah pakai pakaian terencat lady gaga
Quote surioo 6-10-2013 10:56 AM
Hah bukan 'kuasa kita'? Apa yang nko mengarut ni didie oi!
Quote Soksek11 6-10-2013 10:59 AM
kalau usaha nak pakai tutup aurat pon xde..susahla..
Quote jonlabu 6-10-2013 11:00 AM
anak sulung ngan bungsu nama sama??
Quote maxim 6-10-2013 11:03 AM
jonlabu posted on 6-10-2013 11:00 AM
anak sulung ngan bungsu nama sama??

sulung Dania, bongsu Diana
Quote jonlabu 6-10-2013 11:05 AM
maxim posted on 6-10-2013 11:03 AM
sulung Dania, bongsu Diana

laaa tak pasan. dia tak kenal huruf lain ka?
Quote tomet05 6-10-2013 11:53 AM
tunggu le sampai bile pun
Quote BuBuComey 6-10-2013 12:01 PM
"Cita-cita untuk berhijrah itu sudah ada. Cuma, belum sampai masanya lagi. Lagipun, ini bukanlah kuasa kita"

mokcik ni kang...kuasa memilih ada dalam diri kita. kita yg pilih nak berubah ke tak, jangan nak salahkan hidayah. sian hidayah taww. buat benda wajib memang kena paksa, ikhlas ke tak..biar je dulu. mcm solat la..wajib buat, kalo tak buat jadik dosa. walaupun hati tak rela sbb kena hasut ngan iblis tp ada akai utk berpikir. akai bagitau kalau tinggal solat, dosa. tapi nafsu meronta takmo buat sbb katanya takpe, nanti bole taubat. kalo sempat tobat takpe..kalo tak sempat? benda cenggini takyah takutla org nak kata hipokrit ke tak. kalo takut malu org cakap hipokrit, abih mengaku muslim tapi tak ikut apa rasul ngan Allah suruh, tak hipokrit?

iol anti betoi bila org ckp takmo tutup aurat sbb takmo hipokrit.
Quote shadowbayang 6-10-2013 12:35 PM
alahai jahilnya statement.
Quote asampodeh 6-10-2013 12:49 PM
jgn smpai jadik mcm nek mariani udah la ye didi.. dh 80 pun umurnye tp masih belum bsedia 'berhijrah'.... Last edited by asampodeh on 6-10-2013 12:50 PM

Quote bobok_berhabok 6-10-2013 05:45 PM
anak2 dara dia muka very the suci murni.. very budak2  baik. ape2 pon anak bujang didie ttp dlm ingatan aku . taste sgt . hehehehe
Quote abby_R 6-10-2013 05:49 PM
sgt x bkenan dgn didie ni ckp tlalu tpekik2...
ade hr tu di intebiu dgn lisa surihani dlm meletop
asyik dia jek nk bckp..smpi lisa pegang lengan dia mcm nk bg stop ckp kejap
Quote jerukkedondong 6-10-2013 05:51 PM
tepek gambo ank bujang didie yg dikatakan taste sngt tu..boleh tak...
Quote misskitty 6-10-2013 06:41 PM
Bagi statement macam x fikir dlu.. Abes anak2 da bertudung caner.. Dah lama Allah bagi suruhan.. Tak payah tunggu hidayah.. Tudung tu wajib.. Apa pun alasan.. Kalau kerja takleh pakai tudung, kene tinggalkan kerja tu..

Tak suka org bg statement cmni,,
Quote muteq 6-10-2013 08:19 PM
Nenek didie mcmana kalau ajal yg dtg menjemput dulu seblm hidayah yg ko mksdkan tu?nak mati senang aje.dah sah2  masa alam roh dulu dah berjanji nk ikut suruhanNya.apa sgt la duniawi yg hanya sementara ni.sekian
Quote degil81 6-10-2013 08:35 PM
semoga doa anak4 dia yg solehah tu akan di makbulkan ALLAH..
Quote KuDa 6-10-2013 08:42 PM
Muga d beri hdayah
Quote anonims 6-10-2013 09:13 PM
She looks older than her age..

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.325871 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top