Individu berdepan hukuman penjara dan denda jika tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika nyanyian lagu Negaraku berkumandang, lapor Harian Metro. Pelaku yang tidak menghormati lagu kebangsaan itu boleh ditahan mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968.
“Berdasarkan akta itu, individu berkenaan boleh ditahan jika perbuatan itu dilakukan di hadapan pegawai polis yang melihatnya. “Namun, buat masa ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian tular di laman sosial membabitkan lapan individu dan seorang wanita yang tidak menghormati nyanyian lagu Negaraku dipercayai berlaku dalam satu majlis di Sarawak.
Tambah Mior, pihaknya juga membuka kertas siasatan susulan tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Perempuan (P) Methodist, Pulau Pinang melarang bacaan doa mengikut agama Islam. Sekolah itu sebaliknya mengarahkan pelajar membaca doa mengikut bacaan agama Kristian pada Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar 2019. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan. “Berhubung kejadian itu, polis menerima banyak laporan termasuk daripada ibu bapa murid sekolah terbabit. “Sehingga kini, polis sudah memanggil dan merakamkan percakapan hadirin yang menghadiri majlis itu termasuk pengurusan sekolah serta ibu bapa murid-murid berkenaan,” katanya. - CARI
|
Kurex replied at 30-9-2019 02:56 PM
kenapa kosong je? ke pc ni tak boleh tengok?
FanTasyCreaTioN replied at 30-9-2019 04:16 PM
PC tu tak leh tengok ..
link dari FB ..
ada guna Adblock tak?
ADVERTISEMENT