CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Elfira Loy Nafi Berlagak Baik

7-10-2013 01:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13904| Komen: 31



Satu persatu kontroversi menjengah pelakon remaja yang kini semakin meningkat naik, Elfira Loy. Sebelum ini pelakon drama ‘Dalam Hati Ada Taman’ ini pernah dilabel sebagai artis yang lupa diri dan berlagak diva.

Melihat pada figura kecil molek ini yang semakin berani tampil berpakaian seksi, Elfira kini dihentam kononnya selama ini dia hanya berpura-pura berlagak baik di depan peminat. Kesempatan bertemu dengan Elfira di majlis pelancaran Sunsilk Hair Fall Solution Hair Tonic, petang Khamis, digunakan GUA bagi mendapatkan penjelasannya mengenai isu yang timbul.

“Saya tak tahu nak komen apa sebab saya tak seperti yang diperkatakan mereka. Kalau nak cakap saya seksi, diikutkan dari awal kemunculan saya dalam industri lagi, saya dah memang berpakaian sebegini. Mungkin mereka mula bercakap sebab sekarang dah ada Instagram dan lebih mudah mereka nak tengok gambar saya,” ujar Elfira mengakui kecewa dilabelkan sedemikian.

“Tipulah jika saya cakap saya tak kisah orang nak kutuk. Dulu masa isu kening, bila kening saya tebal mereka kutuk, bila saya cukur pun mereka komen, jadi saya tak faham apa yang mereka mahu sebenarnya. Jadi, lebih baik saya hanya menjadi diri saya yang sebenar dan tidak hipokrit.”

Menyentuh mengenai perkembangan terbaru karier seninya, Elfira memberitahu dia kini banyak menerima tawaran yang memerlukannya ke luar negara. Terbaru, gadis berusia 19 tahun ini akan terbang ke Filipina dan Thailand untuk sebuah program travelogue. Ketika ditemui, Elfira turut menjelaskan yang dia kini bukan lagi Wajah Eksklusif Astro.

“Saya kini bergerak sendiri dan bukan lagi di bawah naungan Astro. Kontrak saya dengan Astro dah tamat sejak Disember tahun lepas namun saya tidak memberitahu kepada semua kerana rezeki saya masih ada walaupun saya bukan lagi di bawah Astro. Umur saya pun dah nak masuk 20 tahun jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berdikari dan bergerak sendiri,” ujarnya mengakhiri perbualan.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 7-10-2013 08:56 AM
erk .. sape yang propa sangat nih
Quote dayana88 7-10-2013 09:01 AM
tunjuk sikit gambau seksi seksa beliau?
Quote cikatilia 7-10-2013 09:07 AM
Jadi, lebih baik saya hanya menjadi diri saya yang sebenar dan tidak hipokrit.”

asal seksi aje tak hipokrit
bodoh la.
dah la berlakon sendu
Quote kendricklamar 7-10-2013 12:24 PM
dier ni ok je aku tgk.neelopak lagi trukkkkkkkkkkkkkk
Quote tipuware 7-10-2013 01:02 PM
maybe pasal lakonan dia yg awal2, bertudung, so org terus cop baik dan suci..

tapi dia berlakon so far ok aje, boleh berlakon tapi belum boleh mendapatkan pujian kot. lakonan biasa2, belum dapat watak2 yg betul2 berkesan. sekadar watak2 glamor dan bergandingan dengan pelakon2 yg dah terkenal. tapi perjalanan dia masih jauh, boleh lagi timba pengalaman.
Quote hyie 7-10-2013 01:15 PM
dia ni jenis yang happy2 kan...biorle dia nak idop...budak2 kann...

p/s: belum sampai seru
Quote 311gurl 7-10-2013 01:17 PM
sheols mcm buat threading je,,,kening dia nmpk lain pulak
Quote mamaezah 7-10-2013 01:21 PM
dulu ingat dia ni related to Ummi aida...ya ka?
Quote BuBuComey 7-10-2013 10:36 PM
baru nak masuk 20..patutlaaa
Quote ayu_malaya 7-10-2013 11:16 PM
Tak abis-abis berita pasal dia ni sombong, berlagak and suka menunjuk.
Dan .... tak berenti dia men-deny segala ... siap dapat backup dr Michael Ang utk menepis segala tuduhan itu.
Tapi ntah la kan .... tak pernah lak bertembung dgn dia ni.
Quote putriworld 8-10-2013 12:29 AM
Org nampak die berlagak xyah tunggu nak bertembung...cara die express diri dgn Ig dah cukup berlagak...die selalu terima brg2 dr instashop..at the end of d day, die kutuk gak instashop ..
Quote 311gurl 8-10-2013 12:34 AM
putriworld posted on 8-10-2013 12:29 AM
Org nampak die berlagak xyah tunggu nak bertembung...cara die express diri dgn Ig dah cukup berlagak ...

i kalau tgk cara el promot instaseller kt ig pun mcm terpaksa je,,
pernah kan dia marah sbb komen2 kt gmbar dia smua "pls visit my ig"..


Quote Donatello86 8-10-2013 12:39 AM
Girl u better belajar how to communicate to peoples outside...
Quote Roca 8-10-2013 02:21 AM
Hanya yg satu sekolah tau... maaflah berlagak expect org treat dia mcm diva .. Kalau ko tgk mean girls tu .. Itula dia .. Kawan2 pun mcm bodoh tlg belikn makanan kat kantin... Suka guna stationeries org tak reti beli sendiri... Hakikatnya mcm kaya sgt khenn..

Pnh ada satu pengawas tegur dia tak pakai lencana dia boleh jwp... Tak pakai pun org kenal aku saper.. Bajet hot jer

P.s. Dr sumber terdkat aku

Tu blom masuk kes spm dia...  Tp takperla psl dh lpskn Last edited by Roca on 8-10-2013 02:23 AM

Quote bantal_busuk 8-10-2013 02:44 AM
Berlagak tu owkey lagik,jgn hati tu busuk sudah,sebab penyakit hati ni dari benci timbul nya fitnah,demdam dan bunuh. betol tak.
Quote munchkin 8-10-2013 02:47 AM
tengok dia cam je...dalam fear factor tu
Quote RatuDunia94 8-10-2013 03:08 AM
Kalau nak cakap saya seksi, diikutkan dari awal kemunculan saya dalam industri lagi, saya dah memang berpakaian sebegini.
Jadi, lebih baik saya hanya menjadi diri saya yang sebenar dan tidak hipokrit.

Nota kaki :
Sebegini = sedar seksi tp "in denial" sbb nk sedapkan hati sendiri.
Tidak hipokrit = alasan untuk terus hidup dlm "in denial"

Jawapan2 di atas akan digunakan oleh para retis utk soalan "bila nk berhijab, kenapa pakai seksi, kenapa tak tutup aurat, kenapa suka bergambar peluk dgn lelaki, dsbg nya..


Quote 311gurl 8-10-2013 03:08 AM
Roca posted on 8-10-2013 02:21 AM
Hanya yg satu sekolah tau... maaflah berlagak expect org treat dia mcm diva .. Kalau ko tgk mean gir ...

el pergi public ke private school?
oh kisahnya,,ni mesti2 el jadi queen bee kt sekolah kan..
spm result dia mestilah ok kan dia dpt skolar dari kdu...
Quote rosasa 8-10-2013 06:32 AM
kesian dia ketot sikit mcm nelofa kalau tak nmpk cantik juga kalau myeksi.. lol

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.068150 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top