"Saya dan Syafiq belum lagi terfikir atau mempunyai hasrat untuk membawa hubungan kami ke peringkat yang lebih serius." Mimi Lana menjelaskan dia masih belum puas dengan karier lakonannya dan mahu terus tingkatkan diri dalam industri.
Oleh itu, dia masih belum berhasrat membawa hubungannya dengan kekasih, pelakon Syafiq Kyle ke peringkat seterusnya. "Dia sudah mempunyai nama dan sedang dikenali, lebih baik dia terus fokus. Saya juga sama, banyak lagi perkara yang mahu saya capai dan lalui untuk berada di tahap sepertinya. "Saya idamkan untuk membawa pelbagai lagi watak bagi melengkapkan portfolio sebagai seorang pelakon," katanya kepada Gempak. Dalam masa sama, Mimi menepis dakwaan yang menuduh dirinya menggunakan nama dan status Syafiq untuk menumpang populariti.
"Saya tak pernah terlintas untuk menumpang nama Syafiq atau meraih populariti dari perhubungan yang kami jalinkan. Sebelum ini pun, kami diamkan sahaja kasih yang terjalin. "Namun begitu, saya memang merujuk dengan Syafiq dalam setiap aktiviti seni yang saya lakukan. Pengalaman yang dia ada semenjak berlakon bermula tahun 2011 saya ambil dan aplikasikan dalam kerjaya saya," jelasnya. Tegas Mimi, dia hanya menjadikan kisah dan sokongan daripada kekasihnya itu sebagai pembakar semangat. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Tak begitu? - CARI
|
mieymiey replied at 8-10-2019 12:54 PM
Membohongnya gambar atas tu Capik lagi tinggi dari Mimi
c_antique replied at 8-10-2019 02:45 PM
diorg mmg sama tinggi sebab pernah jumpa live kat Rasta TTDI ...tapi masa tu aku tak kenal mimi l ...
rotijohanz replied at 8-10-2019 01:11 PM
sian mimilana.......sapik buat sheols mcm chipsmore....dh la capik kata heols bosan tak mo bgndingan ...
sarukhan replied at 8-10-2019 03:17 PM
Jawapan selamat mimi. Idok ler nampak nau dia terhegeh2 gituu..
puteribaya replied at 8-10-2019 03:54 PM
matilanak..orang dok ship JannaKyle..
ADVERTISEMENT